Muzium terbalik, UPSIDE DOWN, Ipoh Perak

Muzium Upside Down, Ipoh Perak
harga tiket Upside Down
Upside Down ni adalah muzium yang mempamerkan susun atur barangan secara terbalik. Kebanyakannya adalah susun atur barangan perabot yang selalu terdapat dirumah. So, dalam ni kita boleh bergambar secara yang relax-relax tapi bila tengok balik gambar tu korang akan nampak bertapa extreme nya korang bergambar. Kena tengok gambar tu secara terbalik, baru boleh nampak. Kalau korang masukkan gambar-gambar tu dalam desktop, rotate kan mengikut angle yang sesuai.
Muzium Upsiede Down yang aku pergi ni terletak di Ipoh, Perak. Masa aku datang sini, muzium ni baru dua minggu buka. Masuk je dalam muzium tu, terus boleh bau cat... maklum la baru buka sangat-sangat.
Tiket untuk pemegang mykad a.k.a rakyat Malaysia la, harga tiket untuk dewasa adalah RM16, untuk kanak-kanak pula RM10 manakala untuk warga emas RM10. Bagi kanak-kanak yang tinggi kurang dari 100cm, masuk adalah percuma.
Berikut korang boleh tengok contoh-contoh upside down yang ada di dalam muzium nih. Memang aku ambil semua gambar dalam ni, tapi tak boleh la nak share semua sekali, nanti takut nampak bersepah plak blog aku ni...dah la dah nampak bersepah dah..hahahaha.. Gambar-gambar tu aku dah rotate kan siap-siap untuk korang tengok..
bergantung pada bangunan tinggi

naik tangga secara terbalik

bergayut secara terbalik di dinding

aksi acrobatic
berani sangat la tu berdiri di hujung tangga
Kepada yang nak berkunjung ke Muzium Upside Down di Ipoh ni, boleh setkan gps korang mengikut gps koordinat yang aku dah sertakan di bawah ni.
gps koordinat upside down : 4°35'50.7"N 101°04'43.9"E atau 4.597407, 101.078854

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...