Nak tahu macam mana rasa makan lobster, mai datang ke Mr Lob's Cafe, Bertam Kepala Batas


Restoran Mr Lob's Cafe, Bertam
logo Mr Lob's
 Jarang-jarang kita jumpa restoran yang ada jual hidangan lobster. Agak mahal jugak la kalau nak makan lobster ni. Sebab tu kebanyakan kedai makan biasa-biasa takde lobster. Kalau korang rasa teringin nak makan si binatang lobster ni, di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang ada menyediakan hidangan lobster. Nama kedai pun Mr Lob's Cafe. So special menu dah tentu-tentu la si bintang lobster yang mahal tu. Harga setiap hidangan lobster tak fix. Ikut berat lobster tu. Kalau lagi besar dan berat, lagi mahal la korang kena bayar. Di Mr Lob's ni harga di kira ikut berat...RM19.90 untuk setiap 100gram. Kebiasaannya, berat lobster dalam average 400++ gram. So dalam RM80++ gak la sekurang-kurangnya. RM100++ pun ada jika pilih yang lagi besar. Selesai dah pilih lobster, korang boleh pilih hidangan/masak yang macam mana yang korang suka. Ada empat pilihan masakan iaitu lobster thermidor, bakes cheese aragosta, speghetti aragosta dan Mr Lob's special lobster.
lobster thermidor

4 hidangan untuk lobster
Daripada ke-empat-empat hidangan tu, diorang cadangkan kat aku untuk try lobster thermidor, sebab ramai yang order lobster thermidor kalau datang ke Mr Lob's ni. Rasanya? memang terbaik dan sedap betul, dengan sos yang creamy-creamy pun sedap....dan akhirnya sampai tinggal kulit je la lobster tu aku kerjakan...hihihi...
Selain makan lobster, aku order juga la menu-menu yang lain yang ada di sini. Antaranya adalah spaghetti cabonara, spaghetti bolognese dan mushroom soup with garlic bread.
spaghetti cabonara

spaghetti bolognese

mushroom soup with garlic bread
Mr Lob's ni juga pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Payung oren JJCM TV3 tu ada tergantung kat restoran tu. Kalau nak tengok menu lain yang ada di Mr Lob's ni, boleh tengok senarai menu seperti di bawah ni.
Senarai menu Mr Lob's

payung JJCM TV3
lagi satu, selain lobster, korang boleh cuba makan king crab...harga boleh tahan gak la..lebih RM300++ sehidangan. Itu apa yang diorang cakap kat aku la...aku cakap nak try lobster dulu, king crab lain kali...kena menabung..hihihihi..
Kalau korang nak datang sini, senang je, restoran ni dekat Bertam, Kepala Batas. Dulu kat tempat lama yang juga di Bertam dan sekarang pindah ke bangunan baru. Dekat je dengan tempat lama. Aku kasi untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang kalau datang la....tokey Mr Lob's, kalau baca posting aku ni, belanja la aku king crab ke lobster ke...dah up masuk blog ni...hihihhii..
gps koordinat Mr Lob's : 5°30'54.8"N 100°26'55.1"E atau 5.515217, 100.448624

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...