Jalan-jalan cari barang antik di Pasar karat @ Loken @ Memory Lane Ipoh, Perak

Kalau korang ada di Ipoh pada pagi Ahad, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke pasar karat ataupun loken ataupun memory lane atau apa saja yang penduduk tempatan panggil. Kat sini memang syurga untuk pengemar barangan antik. Panjang juga la pasar karat ni dari hujung ke hujung. Letih juga la kalau nak berjalan...tapi kena berjalan juga la alang-alang dah datang kan...
Pintu gerbang memory lane Ipoh
Selain barangan antik dan peminat barangan lama, ada juga gerai yang menjual pakaian, kasut dan juga ada yang menjual makanan...Pasar karat ni buka dari pagi hingga pukul 1 tengahari. Panas sikit la kalau datang dah tengahari, but worth to see, jalan-jalan cuci mata walaupun tak membeli. Berikut adalah beberapa snap shot gambar yang aku sempat ambil untuk diabadikan dalam blog aku ni...
barang-barang lama yang dijual

mai pilih pilih 

ramainya orang walaupun matahar idah pacak atas kepala

pelbagai peralatan mesin untuk pertukangan

lagi barangan antik dan terpakai

dan ada lagi....................
Bagi yang pertama kali untuk nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang. InsyaAllah akan di bawa terus ke pasar karat ni...boleh la jalan-jalan cuti mata...

gps koordinat pasar karat/memory lane/loken Ipoh : 4°35'55.3"N 101°04'58.3"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...