Makan tengahari di restoran Gerak 23 Kampung Baru Kuala Lumpur


Restoran Gerak 23 Kampung Baru Kuala Lumpur
Kawasan ataupun tempat yang menjadi tumpuan masyarakat kota untuk makan tengahari di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur ni adalah di Kampung Baru.                 Di Kampung Baru terdapat banyak restoran pilihan untuk kita nak menjamu selera tak kira la sama ada nak sarapan ke, makan tengahari ke or nak makan malam. Disebabkan aku datang untuk makan tengahari, jadi tajuk posting aku pun di mulakan dengan makan tengahari....
Pilihan makan tengahari hari kali ni di Kampung Baru adalah Restoran Gerak 23. Sebelum ni aku nak pernah makan di Restoran Gerak 21, juga di Kampung Baru. Di Restoran Gerak 21 pun berkonsep macam Gerak 23 jugak. Aku tak pasti kenapa diorang letak mana 'gerak'...kalau korang tahu jawapan tolong le bagitau iye.....yang gerak 21 korang boleh tengok posting aku yang lepas.
beratur nak ambil nasi
suasana dalam gerak 23
Restoran yang besar dan luas, namun tetap nampak sesak dengan orang ramai yang tak putus-putus datang. Dan macam pergi kenduri kahwin dah aku rasa. Nak ambil makanan pun kena beratur panjang. Tambah-tambah kalau ada rombongan bas singgah, lagi la panjang korang nak beratur. Aku rasa masa nak ambil nasi tu je kot yang buat lambat sikit, masa nak pilih lauk tu ok la sikit sebab kita akan pusing-pusing cari lauk apa yang kita nak sebat....masakan lauk-pauk di restoran gerak 23 ni memang banyak pilihan la....selain tu ikan bakar pun ada, ulam-ulaman pun ada....cuma satu je tak best kat sini, panas beb! tengah-tengah hari pulak tu, dengan orang ramai yang bersesak-sesak lagi....better aku suggest cari tempat yang ada kipas la...itu pun ikut nasib, sebab nak cari meja kosong waktu peak memang susah sikit la. Kat bawah ni ada la aku sempat snap gambar lauk pauk, ulam-ulam dan ikan bakar sebagai gambaran kat korang...At least korang dah boleh imagine dulu tempat ni macam mana sebelum nak terjah ke sini...


pelbagai hidangan lauk pauk

ikan bakar

ulam-ulaman


Boleh la korang nak datang sini kalau nak cuba makan di restoran gerak 23 ni... senang je cari Kampung Baru ni...lepas dah jumpa Kampung Baru, korang pusing-pusing je kat situ, InsyaAllah jumpa...kalau tak dapat cari juga, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map untuk korang senang nak cari.

gps koordinat restoran gerak 23 kampung baru : 3°09'38.7"N 101°42'09.0"E

No comments:

Post a Comment