Sedapnya makan di restoran halal, Sami Kitchen, Hatyai Thailand

Makan tengahari aku di Hatyai, Thailand, aku nak cuba makan di restoran Sami Kitchen...Restoran ni halal..jangan takut nak makan ek...sekurang-kurangnya bila tengok pekerja semua Islam, takde la nak compius sangat status halal..lagi-lagi ada disediakan surau...lepas makan boleh terus solat...
Restoran Sami Kitchen signboard...siap ada tulis halal lagi
Pandangan dalam restoran Sami Kitchen
ruang parking yang luas sesuai untuk beberapa buah bas
Biasanya, bas-bas rombongan akan datang sini untuk makan tengahari...dan kebiasaannya juga yang datang dengan bas ni, diorang siap-siap dah order, so datang terus makan...tak payah tunggu lama..Jadi kalau kita sampai di Sami Kitchen ni, nampak ada 2-3 buah bas kat parking, pastikan korang tanya dulu di kaunter sama ada diorang tu dah order awal atau pun baru nak order...kalau baru nak ambil order, better pergi cari tempat lain la jawabnya...sebabnya nanti kena tunggu lama baru turn kita nak sampai makanan...
Restoran Sami kitchen ini sebenarnya dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada 8 December 2012.
Plat perasmian Sami Kitchen
Sejarah penubuhan Sami Kitchen juga di tulis dalam buku menu...bagaimana diorang bermula dari gerai yang kecil hingga la sekarang. Boleh baca sejarah tu dalam gambar kat bawah ni...panjang sangat aku nak salin balik..hihihihi..
Catatan sejarah Sami Kitchen
















Makan kat sini memang sedap...menu siakap tiga rasa ikan tu diorang potong-potong kecil..Biasa kita makan siakap tiga rasa ikan siakap tu di goreng seekor terus kan...menu lain telur dadar, sayur, lagi satu aku lupa apa ntah nama menu tu...kuah kuning..macam masak singgang...but overall memang terbaik bak hang!!!!!
siakap tiga rasa yang di potong-potong
Juadah dah lengkap...jom makannnnnn....
Kepada yang nak makan di sini, Sami Kitchen Hatyai, Songkla ni, boleh la berkunjung ke sini berpandukan google map dan gps koordinat yang aku dah sediakan untuk korang ni.....selamat melancong, selamat bercuti dannnnnnnn selamat menjamu selera!

GPS ke Restoran Sami Kitchen Hatyai : 7°04'00.1"N 100°29'20.7"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...