RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

SOTONG BAKAR BERSAMBA
SOTONG BAKAR BERSAMBA

Bahan-bahannya:
  • Sotong (saiz besar)
  • 10 tangkai lada kering - dikisar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara:
  • Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
  • Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. 
  • Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Kredit Resepi: Dzanariah

RESEPI MEE JAWA

MEE JAWA
MEE JAWA

Bahan untuk kuah:
  • 1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 btg serai*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya:
  • Panaskan minyak kedalam periuk.
  • Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Sedia dihidang.
Bahan-bahan yang lain:
  • 1 kg mee kuning - dicelur
  • 1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
  • 1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
  • 300 gm taugeh - dicelur
  • 3 keping tauhu - dihiris nipis
  • Daun sup & daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili hijau / cili merah - dihiris
  • Telur rebus
Selamat mencuba...

kredit resepi: Maz Samad

Resepi ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Berempah

Bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil-kecil)
  • 3 inci Halia
  • 3 labu bawang putih
  • 8 batang serai
  • 3 sb jintan manis
  • 3 sb ketumbar
  • 2 sb tepung jagung
  • Telur sebiji
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
  • Daun kari secukupnya
  • Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
Cara-cara:
  • Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
  • Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
  • Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
  • Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng ranggup dan tabur bersama-sama ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap

Resepi kuih kapit inti coklat

 

Kuih kapit inti coklat
Kuih kapit inti coklat

Bahan:
  • 200gm tepung gandum
  • 1 cawan santan santan
  • 3 biji telur
  • 200gram gula halus
  • Secukupnya minyak
  • Secukupnya
  • inti coklat atau lain-lain 
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Ayak tepung gandum
  • Pukul telur bersama gula
  • Masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung dan kacau perlahan-lahan
  • Masukkan santan dan garam garam secukup rasa kacau hingga adunan menjadi sebati.
  • Panaskan acuan kuih kapit dalam minyak panas
  • Tuang satu hingga dua sudu adunan ke dalam acuan dan kapit ke dalam minyak panas untuk digoreng
  • Apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan
  • Buka tudung acuan dan keluarkan isinya. letakkan sedikit inti di dalamnya dan lipat dengan segera

RESEPI AISKRIM HOMEMADE BLEND

AISKRIM HOMEMADE BLEND
AISKRIM HOMEMADE BLEND 

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula 
  • 1/4 cwn gula perang 
  • 3/4 cwn susu full cream 
  • 1 setengah cawan whipping cream anchor 
  • 1.5 tsp esen vanilla
  • Secubit garam
  • Kekacang, chocolate rice, chocolate chip (optional untuk hiasan)
CARA-CARA:
  • Dalam satu bekas, campurkan gula,gula perang dan serbuk koko.. Guna whisk untuk sebatikan bahan.
  • Masukkan susu.. Kalau hand whisk.. Kacau bahan lebih kurang 3 minit untuk larutkan gula.. Kalau guna mixer dalam 1 minit dah ok.
  • Sekarang dah boleh tuangkan krim. Mix sebati
  • Kalau ada ice cream maker.. Anggaran dalam 20 mnit untuk jadi soft ice cream.. Kalau nak keras lagi biarkan lama sikit..
CARA MENGGUNAKAN BLENDER
  • Masukkan semua bahan dalam blender.. Dan blend menggunakan high speed hingga sebati..
  • Masukkan dalam freezer.. Sejukkan dalam 8 jam. Siap!
NOTA
*Yang guna blender, seeloknya lepas sejukkan, keluarkan dan blend lagi. Buat dalam 2-3 kali untuk dapatkan tekstur yg betul-betul macam aiskrim.
*Untuk dapatkan ais krim yang lebih terasa lemaknya, cari krim yang kandungan lemaknya 35% ke atas

Resepi adunan tepung ayam goreng

adunan tepung ayam goreng
adunan tepung ayam goreng

Bahan-bahan:
  • 700g tepung gandum
  • 1kg tepung beras
  • 300g tepung ubi kayu
  • 3sudu serbuk lada putih(sudu teh)
  • 7sudu stok ayam serbuk(sudu makan)
  • 7sudu Ajinomoto (sudu makan)
  • 7sudu garam(sudu makan)
(Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)

Campur semua bahan dan kacau sehingga merata... Ok siap tepung ayam buatan sendri..
Saya akan campur tepung segera yang beli dengan buatan sendiri...

Jom kita goreng ayam:
  • Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah-basah tu pecahkan telor sebiji atau 2 biji..tengok banyak mana ayam...
  • Taburkan sedikit tepung dalam ayam tadi bagi memekatkan keadaan ayam..
  • Dalam bekas yang lain sediakan tepung ayam yang banyak untuk sadur ayam..
  • Ambil ayam tadi dan gaul dalam tepung tadi.. jangan nipis sangat..jangan tebal sangat...
  • Terus masukkan kedalam minyak yang banyak dengan api sederhana. 
  • Siap....
Tips:
Tepung ayam tu memang dia tulis tanpa telor tapi nak sedap dan cantik letaklah telor....

Kredit resepi: yayar b awang noh  

RESEPI MUFFIN COKLAT HAZEL NUT

MUFFIN COKLAT HAZEL NUT
MUFFIN COKLAT HAZEL NUT

Bahan-Bahan:
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan coklat cip
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar nutella
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/3 cawan kacang hazelnut
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung atau mazola
Cara Penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
  • Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, minyak jagung/mazola dan nutella. Kacau sebati. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
  • Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
  • Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
  • Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.

RESEPI APAM MEKAR TEPUNG BERAS

 

APAM MEKAR TEPUNG BERAS
APAM MEKAR TEPUNG BERAS

Bahan-Bahan:
  • 200 g tepung beras (2 cawan)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna atau emulco
Cara Penyediaan:
  • Panaskan kukusan. Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih.Satukan tepung beras, baking powder dan gula. Gaul sebati.
  • Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco.
  • Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit. Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja.

RESEPI ROTI BAKAR PISANG KARAMEL

 

ROTI BAKAR PISANG KARAMEL
ROTI BAKAR PISANG KARAMEL

BAHAN ROTI BAKAR:
  • 8 keping roti
  • 4 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • 4 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 3 sudu kecil gula
  • 1 sudu keci serbuk kayu manis
  • Sedikit garam
BAHAN PISANG KARAMEL:
  • 2 biji pisang | dipotong bulat
  • 4sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
CARA MEMASAK:
  • Gabungkan semua bahan utk roti bakar kecuali roti dan mentega. Pukul sehingga sebati. Cairkan sedikit mentega dlm kuali dgn api sederhana. Kemudian celupkan roti dalam bahan yg dipukul tadi. Masak roti dlm kuali. 
  • Dalam kuali lain, cairkan mentega dan masukkan gula. Pastikan api kecil dan biarkan gula mencair. 
  • Sebaik gula menjadi keperangan, masukkan ekstrak vanila dan pisang ke dalamnya. Biarkan pisang dikaramelkan. 
  • Angkat roti dan letakkan pisang karamel atas roti. Jika mahu, tuangkan sedikat sirap karamel dari pisang di atas roti.
  • Sebaiknya, masaklah setiap sisi roti lebih kurang 3 minit hingga menjadi keemasan dan rangup.

Resepi White Macadamia Cake

 

White Macadamia Cake
White Macadamia Cake

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A: 
  • KEK SPAN VANILLA
  • 300g sponge cake mix (beli kat Bagus)
  • 300g telur (guna timbang)
  • 75g air
  • 75g minyak jagung
Bahan B:
CUSTARD FILLING
  • 400g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
  • 200g instant custard powder
  • 500g susu full cream
  • 125g kacang macadamia (dipanggang lebih kurang 5 minit)
Bahan C: 
WHITE CHOCOLATE GANACHE
  • 250g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
  • 500g white compound chocolate (beli jenama Beryl's)
NOTA: 
Semua bahan bahan yang diperlukan untuk buat kek ni mudah didapatkan dia kedai baking goods macam Bagus, Bake With Yen, etc. Kalau cari kat Tesco, mesti ada yang tak jumpa.

Cara menyediakan dan memasak:

UNTUK BUAT KEK SPAN VANILLA: 
  • Panaskan oven 175-180 darjah Celcius. Sediakan 2 tin cake bulat 8 inci. Minyakkan tin cake, dan lapikkan dasar tin cake dengan kertas minyak supaya memudahkan kerja mengeluarkan kek.
  • Campurkan sponge cake mix, telur, dan air bersama dan pukul hingga sebati guna high speed. Ini kena guna mixer ok, kalau guna tangan takut tercabut tangan nanti :). Pukul lebih kurang 10 minit sampai adunan sebati, kembang, dan ringan.
  • Campurkan minyak jagung dan adun hingga sebati menggunakan low speed.
  • Bahagikan adunan sama banyak ke dalam 2 tin cake tadi. Bakar selama 30-35 minit hingga masak. Kek ni confirm jadi kalau ikut steps kat atas ni. Setelah masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas redai kuih.
NOTA: 
Masa timbang telur, kalau telur terlebih sedikit atau terkurang sedikit dari 300g, jangan susah hati. Lebihkan atau kurangkan air supaya jumlah timbangan telur dan air jadi semuanya 375g. Tak payah susah payah nak keluarkan telur nak dapatkan exact 300g. Anggaran telur yang digunakan dalam 5-6 biji bergantung kepada saiz telur.

UNTUK BUAT CUSTARD FILLING: 
  • Pukul UHT whip cream hingga bertanduk dan sejukkan dalam peti sejuk.
  • Di dalam satu mangkuk, campurkan susu full cream dengan instant custard powder dan kacau sebati. Boleh gunakan senduk saja.
  • Keluarkan whip cream tadi, campurkan dengan custard hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk. Ini adalah cream yang akan digunakan untuk cake filling.
UNTUK BUAT CHOCOLATE GANACHE: 
  • Panaskan UHT whip cream sampai berbuih-buih kecil di tepi periuk. Cuma nak panaskan cream ni sampai suam suam kuku.
  • Masukkan white chocolate dan kacau sehingga white chocolate cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Ganache ini akan digunakan sebagai topping cake.
CARA SIAPKAN KEK: 
  • Setiap kek di potong 2 lapis. Jadi jumlah nya adalah 4 lapis.
  • Lapiskan kan setiap lapisan kek dengan custard filling. Taburkan kacang macadamia keatas custard filling sebelum diletakkan lapisan kek yang seterusnya. Setelah siap dilapiskan, salutkan keseluruhan kek dengan custard filling.
  • Dah siap salutkan filling, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit sebelum dituangkan ganache.
  • Setelah 30 minit, keluarkan kek, letak atas redai, dan tuangkan chocolate ganache sehingga keseluruhan kek disalut dengan chocolate. 
  • Hiaskan dengan kacang macadamia lagi ikut kreativiti masing masing. Dan sejukkan kek sehingga chocolate ganache set.
Kredit resepi: MyResipi

Resepi Ayam Goreng SOS Lemon

Ayam Goreng SOS Lemon
 Ayam Goreng SOS Lemon

Bahan-Bahan:
  • 3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - pisahkan tulang dan bersihkan
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam - ambil putih telur saja
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa
  • minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam
Cara Memasak Ayam:
  • gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur
  • selepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.
  • panaskan minyak dalma kuali dan goreng tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak.
  • angkat dan toskan kemudian potong sesuai cita sara dan tuangkan sos lemon diatasnya.
Bahan-Bahan Sos Lemon:
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu makan pekatan pati oren sunquick
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 biji limau sunkist - ambil jusnya lebih kurang 1 cawan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan stok ayam pekat maggi
Cara Membuat SOS:
  • panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.
  • masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat
  • akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi.

Resepi kerabu perut lembu

 

kerabu perut lembu
kerabu perut lembu

BAHAN-BAHAN:
  • 100 gm kacang panjang | dipotong 3 cm dan dicelur
  • 500 gm perut lembu
  • 20 biji cili padi | ditumbuk halus
  • 10 ulas bawang merah | ditumbuk halus
  • 5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • 2 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
  • 2 biji bawang besar | ditumbuk halus
  • 3 batang serai | dihiris haluss
  • 2 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 1/2 biji kelapa | dibuat kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa 
CARA MEMASAK:
  • Perut lembu dibersihkan dan direbus hingga lembut. Kemudian dihiris kecil memanjang. Ketepikan.
  • Ambil bahan yang telah ditumbuk halus dan masukkan ke dalam bekas.
  • Satukan dengan perut lembu, kacang panjang, serai dan kerisik dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.
  • Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
kredit resepi: resepi.my 

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

SAMBAL GORENG JAWA
SAMBAL GORENG JAWA

Bahan Hiris/ Potong:
  • soo hoon sebungkus kecil - digunting dan direndam
  • 5 keping tempe - dihiris kecil dan nipis
  • 5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal dan kecilikan 
  • bilis - di goreng
  • 3 keping tauhu basah - potong kotak kecil
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 3 keping tauhu kering - digunting bentuk kotak dan direndam
Bahan Kisar:
  • 10 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili kering/padi
  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci serai
  • 1/2 cawan ikan bilis - direndam terlbih dahulu
Bahan Tambahan:
  • 1/4 cawan asam jawa
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • kicap lemak manis
  • gula dan garam secukupnya
Cara Buat Sambal Goreng Jawa:
  • kentang yang sudah di potong tadi di goreng kemudian toskan airnya. selepas tu goreng tauhu basah, tempe, dan ikan bilis
  • siapkan kuali dan panaskan minyak goreng semua bahan kisar. kemudian kacau sehingga harum dan naik bau. masukan juga bawang besar yang sudah dihiris.
  • masukan semua bahan yang sudah di potong dan di goreng tadi. tetapi sedikit demi sedikit ya. bila semua bahan dah masuk kacau rata sekali lagi. masukan juga soo hoon yang direndam tadi dan tauhu kering.
  • masukan asam jawa, kicap lemak manis, dan santan pekat. kemudian masukan juga gula, garam, dan perasakan. kemudian kacau terus sehingga kering.
  • bila sudah kering sambal goreng jawa siap dihidangkan

resepi ayam goreng cili kering

ayam goreng cili kering
ayam goreng cili kering

Bahan:
  • 7@8 ketul ayam-bersihkan dan potong kecik
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • Garam n perasa
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn cili sos
  • 10 tangkai cili kering-gunting pendek
  • 2 biji bwng besar-belah 2 & hiris
  • 4 ulas bwng putih-hiris
  • 5@6 tangkai daun kari
Cara:
  • Gaul ayam dengan garam,perasa,serbuk kunyit,sos tiram dan cili sos dan kemudian goreng ayam tersebut..
  • Bila siap semua ayam di goreng...tinggalkn sedikit minyak dalam kuali yang sama..tumis semua bhn hiris..cili kering dan daun kari hingga naik bau..
  • Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.. 
Kredit resepi: mazliza ahmad via mahn  

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan patin disiang , cuci dgn tepung dan asam jawa (gunakan limau untuk hilangkan bau hanyir dengan lebih pantas)
  • 20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
  • kunyit hidup 2 inci
  • tempoyak ikut kepekatan
  • daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
Cara Membuat:
  • Tumbuk cili api dan kunyit.
  • Bila hancur masukkan tempoyak dalam lesung biar sebati dgn cili lalu dilumur pada ikan dan diperap sebentar biar sebati.
  • Masukkan ikan di dalam periuk kemudian masukkan air dan letakkan atas diatas api.
  • Masak hingga mendidih .
  • Masukkan garam , bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga mendidih.
  • Sedia untuk dihidang.
P/s : Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak memang sedap jika dimakan bersama nasi panas.

Untuk sesiapa yang sukakan tempoyak boleh ditambah tempoyak sebelum dihidang.Lebih enak jika dihidang bersama teo ais .