Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

RESEPI AISKRIM HOMEMADE BLEND

AISKRIM HOMEMADE BLEND
AISKRIM HOMEMADE BLEND 

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula 
  • 1/4 cwn gula perang 
  • 3/4 cwn susu full cream 
  • 1 setengah cawan whipping cream anchor 
  • 1.5 tsp esen vanilla
  • Secubit garam
  • Kekacang, chocolate rice, chocolate chip (optional untuk hiasan)
CARA-CARA:
  • Dalam satu bekas, campurkan gula,gula perang dan serbuk koko.. Guna whisk untuk sebatikan bahan.
  • Masukkan susu.. Kalau hand whisk.. Kacau bahan lebih kurang 3 minit untuk larutkan gula.. Kalau guna mixer dalam 1 minit dah ok.
  • Sekarang dah boleh tuangkan krim. Mix sebati
  • Kalau ada ice cream maker.. Anggaran dalam 20 mnit untuk jadi soft ice cream.. Kalau nak keras lagi biarkan lama sikit..
CARA MENGGUNAKAN BLENDER
  • Masukkan semua bahan dalam blender.. Dan blend menggunakan high speed hingga sebati..
  • Masukkan dalam freezer.. Sejukkan dalam 8 jam. Siap!
NOTA
*Yang guna blender, seeloknya lepas sejukkan, keluarkan dan blend lagi. Buat dalam 2-3 kali untuk dapatkan tekstur yg betul-betul macam aiskrim.
*Untuk dapatkan ais krim yang lebih terasa lemaknya, cari krim yang kandungan lemaknya 35% ke atas

Sejukkan tekak jap dengan aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur

 

aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang
aiskrim llaollao, di Pavilion Bukit Bintang
Saja jer aku nak cakap aku jalan-jalan dalam Pavilion Bukit Bintang, terjumpa la dengan aiskrim llaollao ni... Ini jer yang mampu aku beli dalam Pavilion ni, yang lain semua mahal-mahalπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. Berjalan di luar Pavilion ni panas, so beli la aiskrim ni nak sejukkan tekak jap...
aiskirm llaollao
aiskirm llaollao
Korang bole cari aiskrim ni dala Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

GPS koordinat: 3.1494107645185956, 101.7129297035756

aiskrim rare, POPSTICK, di Kea Farm, Cameron Highlands

gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
Aiskrim popstick ni memang rare la di cameron highlands ni...dekat tempat lain jarang la aku jumpa aiskrim popstick ni...kalau korang pernah jumpa di tempat lain tu, cer bagitau dekat komen... Trend di Cameron highlands rasanya dengan airskrim yang macam ni. Ada pelbagai flavor yang korang boleh pilih...
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni

pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
Selain daripada aiskrim, popstick ni juga ada pelbagai jenis popcorn dengan flavor yang berbeza. Ada juga popstick air....Tapi dari pemerhatian aku, pengunjung kebanyakan membeli aiskrim dari benda lain...
popstick popcorn
popstick popcorn
Aiskrim popstick yang aku jumpa ni, dekat Kea Farm...boleh la korang nak cari di sini.

GPS koordinat:4°30'13.4"N 101°24'25.5"E atau  4.503709, 101.407072

makan aiskrim llaollao, di Design Village batu kawan, Pulau Pinang

kedai aiskrim llaollao, design Village
kedai aiskrim llaollao, design Village

ada banyak perisa yang korang boleh pilih
ada banyak perisa yang korang boleh pilih
Jalan-jalan shopping di Design Village ni waktu tengah panas terik, memang satu penyiksaan...kering tekak ooooπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..

Sekali terpandang kedai aiskrim pulak dalam desgin village ni...apa lagi yang ko tunggu, terus ler aku terjah beli aiskrim ni..ni kedai aiskrim llaollao...aku pun first time nak try llaollao ni...

ni antara menu-menu diorang ler
ni antara menu-menu diorang ler

masa aku datang ni, yang ni kira flavor terbaru diorang
masa aku datang ni, yang ni kira flavor terbaru diorang
Dan dengan bangganya, aku berjaya mendapatkan semangkuk aiskrim berperisa coklat...fuhhh nikmat oooo makan aiskrim waktu panas terik ni....
tudiaaa...asikrim yang aku beli ni
tudiaaa...asikrim yang aku beli niπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
settle makan, jom sambung shopping di design village ni.... yang nak try aiskrim ni boleh le singgah design village kalau korang ada di area Batu Kawan.

GPS design Village, Batu Kawan: 5°14'34.0"N 100°26'12.4"E atau 5.242782, 100.436776

RESEPI AISKRIM HIPSTER COKI-COKI

AISKRIM HIPSTER COKI-COKI
AISKRIM HIPSTER COKI-COKI

BAHAN-BAHAN
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 4 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
  • Secubit garam
  • 3 paket choki choki
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.
2.Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
3.Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
4.Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
5.Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki.
6.Tuangkan susu separuh plastik dan ikat. 
7.Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.

Anggaran aiskim 25-27 bungkus.**

Kredit Resepi:FB Resepi Memikat Suami