Showing posts with label roti bakar. Show all posts
Showing posts with label roti bakar. Show all posts

RESEPI ROTI BAKAR PISANG KARAMEL

 

ROTI BAKAR PISANG KARAMEL
ROTI BAKAR PISANG KARAMEL

BAHAN ROTI BAKAR:
  • 8 keping roti
  • 4 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • 4 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 3 sudu kecil gula
  • 1 sudu keci serbuk kayu manis
  • Sedikit garam
BAHAN PISANG KARAMEL:
  • 2 biji pisang | dipotong bulat
  • 4sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
CARA MEMASAK:
  • Gabungkan semua bahan utk roti bakar kecuali roti dan mentega. Pukul sehingga sebati. Cairkan sedikit mentega dlm kuali dgn api sederhana. Kemudian celupkan roti dalam bahan yg dipukul tadi. Masak roti dlm kuali. 
  • Dalam kuali lain, cairkan mentega dan masukkan gula. Pastikan api kecil dan biarkan gula mencair. 
  • Sebaik gula menjadi keperangan, masukkan ekstrak vanila dan pisang ke dalamnya. Biarkan pisang dikaramelkan. 
  • Angkat roti dan letakkan pisang karamel atas roti. Jika mahu, tuangkan sedikat sirap karamel dari pisang di atas roti.
  • Sebaiknya, masaklah setiap sisi roti lebih kurang 3 minit hingga menjadi keemasan dan rangup.

Resepi Cheezy French Toast

 

Cheezy French Toast
Cheezy French Toast

Bahan:
  • 8 kpg roti
  • 4 kpg cheese
  • 3 bj telur
  • 3 sb susu uht
  • 1 sk serbuk cukup rasa
  • sedikit serbuk blackpeppper
  • sedikit butter
Cara Buat:
  • pukul telur, serbuk cukup rasa, black pepper & susu hingga sebati.
  • roti & cheese dilapiskan seperti sandwich & potong 4 tiap satu.
  • panaskan non stick pan dgn sedikit butter.
  • celup roti td dalam adunan telur & goreng atas pan dengan api yang kecil.. balik-balikkan hingga kekuningan..siap.
Kredit resepi: resepicampakcampak (IG)

Resepi Roti Telor Cheese Bakar

Roti Telor Cheese Bakar
Roti Telor Cheese Bakar

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur 
  • 2 sudu besar planta
  • Serbuk lada putih
  • Lada hitam kasar
  • Mushroom seasoning 
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Kepingan cheese

Cara-cara: 
  • Rebus 4 biji telor kemudian kupas kulit telor dan masukkan dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu. 
  • Masukkan planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), musroom seasoning, dan mayonis. Gaul semua sehingga sebati  
  • Ambil roti, letak cheese sekeping dan sapu planta di bahagian luar roti  
  • Grill atas non-stick kuali, jangan letak minyak ke apa-apa, pusingkan sampai roti tu garing. 
  • Angkat. Potong tepi roti dan belah tengah. Makan panas-panas!

Kredit resepi: Yatiekitchen 

Sarapan pagi di Roti Bakar Hutton Lane, George Town Pulau Pinang

 

Roti Bakar Hutton lane
Roti Bakar Hutton lane

Roti Bakar Hutton lane
Roti Bakar Hutton lane
Roti Bakar Hutton Lane yang terletak di Jalan Phee Choon, George Town, Pulau Pinang merupakan salah satu tempat viral dan famous yang sering dicari oleh orang ramai untuk bersarapan di Pulau Pinang ni. Gerai Roti Bakar Hutton Lane ni bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang. Kalau korang jumpa Ibu Pejabat Polis ni, betul la tu Roti Bakar Hutton Lane yang korang tengah cari tu😁
beratur panjang tunggu giliran nak order makanan
beratur panjang tunggu giliran nak order makanan
Tempat ni agak mencabar sikit la untuk korang nak cari parking kalau datang dari arah jalan depan. Korang kena masuk dari arah belakang. Kat situ ada banyak parking dan jalan tak sibut sangat.

Tempat famous kan... jadi kena bertabah sikit la nak kena beratur panjang. Special menu kat sini tentunya la roti bakar diorang. Selain tu diorang buat jugak la roti canai. Semua menu ada inovasi yang rare sikit dari yang lain. Contohnya roti bakar telur goyang cheese, roti canai cheese dan sebagainya lah... Korang tengok sendiri la menu diorang ni kat gambar bawah niπŸ˜‹πŸ˜‹

senarai menu di Roti Bakar Hutton Lane
senarai menu di Roti Bakar Hutton Lane
Disebabkan diorang cakap roti bakar di sini sempoi, jadi aku order la roti bakar.... nak rasa sempoi ke tak, tapi roti canai pun selit order gak la sekali, roti canai kosong jer...πŸ˜‡
roti bakar telur goyang cheese
roti bakar telur goyang cheese

roti canai kosong
roti canai kosong
tudiaaa.... beratur panjang, tunggu punya la lama...last-last beli tu jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... Takpe la kan, sekurang-kurangnya kalau orang tanya dah pernah makan roti bakar hutton lane, dah boleh buat modal sembang😎

Kepada yang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map untuk korang sebagai panduan.

GPS koordinat: 5.417400957694726, 100.33053752691524

Makan malam roti bakar arang ARANGO PARK di Kepala Batas Pulau Pinang.

ARANGO roti bakar arang
ARANGO roti bakar arang selain korang boleh makan untuk sarapan pagi di ARANGO sarapan pagi,  Tempat sarapan pagi dengan tempat makan malam ARANGO ni tak sama ek. Sarapan pagi tempat lain, makan malam tempat lain. Untuk makan malam ni, lokasinya di tapak tempat letak kereta berhanpiran simpang tiga bertentangan dengan bangunan wisma persekutuan. Bertentangan dengan jalan yang satu lagi, adalah mee pokok cherry. Disebabkan ARANGO ni dekat parking, ARANGO ni juga dikenali sebagai ARANGO PARK.
Jadi pada sesiapa yang nak makan roti bakar telur meleleh yang rare sikit, boleh la datang cuba di ARANGO ni. Ada banyak menu pilihan disediakan. Kawasan untuk ARANGO makan malam ni pun agak luas dan selesa. Malam-malam ramai juga orang yang datang ke sini. Cara nak order, kena pi ambil menu sendiri kat kaunter. tulis dalam satu kertas yang disediakan menu pilihan korang. Pasti kan korang tulis betul-betul ni meja korang sebelum hantar ke kaunter. Aku dah terkena bila aku order empat menu je, tetiba datang menu double dengan menu yang aku tak order pun. Puncanya, ada customer di meja lain tulis no meja main cincai-cincai. Kebetulan no meja yang dia tulis seakan-akan no meja aku. kan dah terkona....hahahaha..
Empat menu ARANGO yang aku order tu, korang boleh tengok di bawah ni....
ARANGO sosej (aku order 2 set)

ARANGO mambo lamb grill

ARANGO hot cheezy special
Banyak lain menu lain yang menarik dan sedap. Semua menu tu korang boleh rujuk dalam senarai menu yang aku sempat snap seperti di bawah ni....
senarai menu 1

Senarai menu 2

Senarai menu 3
ARANGO PARK ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula 7 malam hingga 11.30 malam. Sebagai panduan tambahan lokasi ARANGO PARK (makan malam ni), aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang cari. 
GPS ARANGO PARK Kepala Batas : 5°30'48.2"N 100°26'08.4"E

Sarapan pagi di Restoran Nasi Lemak Nooraz, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas


Restoran Nasi Lemak Nooraz
Restoran Nasi Lemak Nooraz terletak di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Nasi lemak kat sini special sikit sebab di sini nasi lemak lauk boleh pilih, boleh makan di kedai or boleh bungkus. Biasanya kalau nasi lemak lauk pilih ni, kita selalu tengok stall di tepi-tepi jalan je kan dan hanya untuk bungkus bawa balik. Pagi-pagi memang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersarapan di sini. Selain dibuka untuk sarapan pada waktu pagi, restoran ni juga buka pada sebelah malam. Banyak juga pilihan lauk yang ada. Sambal pun sedap. Nak ambil nasi lemak, kena beratur dulu, diorang yang tolong cedokkan. Selain menu utama nasi lemak lauk pilih ni, di Nooraz ni juga, ada disediakan menu pelbagai jenis roti bakar dari roti bakar biasa hingga ke roti bakar telur meleleh/goyang. Oleh disebabkan aku dah terlajak datang ke restoran nasi lemak nooraz ni, aku pun order la sekali dengan roti bakar tu.
pelbagai lauk pilihan untuk makan nasi lemak
nasi lemak
roti bakar
Boleh la kalau korang nak cuba makan di sini. Selalunya pagi-pagi kita cari roti canai je kan. dah jemu makan roti canai, cari la pulak nasi lemak. Bagi orang tempatan, mungkin dah tahu tempat ni kat mana kan. Bagi orang luar, mungkin gps koordinat dan google map dapat membantu korang untuk cari. Boleh rujuk seperti di bawah:

GPS koordinat Restoran Nasi Lemak Nooraz : 5°31'09.1"N 100°29'01.1"E

Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang (sarapan pagi)

Sebut je roti canai, semua orang dah boleh imagine bentuk roti tu macam mana, roti lembut, kuah dal or kuah kari, roti banjir, roti kuah asing....yup! semua tu roti canai.. Tapi korang akan tambah lagi satu dalam imiginasi korang kalau penah singgah kat roti canai transfer road ni. 
Roti Canai Transfer Road, guna koridor je kedai diorang
Roti Canai Transfer Road - suasana dalam kedai
Roti Canai Transfer Road - department buat roti canai
Apa yang rare kat sini? jeng jeng jeng....roti canai kat sini ada lauk beb! Korang boleh pilih nak lauk ayam atau daging. Diorang akan letak seketul ayam or daging. Cam makan nasi plak aku rasa, siap lauk bagai. Ni aku belanja gambar contoh roti canai lauk ayam kat orang..

Arango Roti Bakar Arang

Satu tempat yang agak special untuk sarapan pagi, boleh try kat Arango Roti Bakar Arang. Tempat ni terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Diorang ada satu lagi cawangan kat Seberang Jaya. Tapi disebabkan aku try kat Kepala Batas, so gambar-gambar dalam post ni, semuanya di cawangan Kepala Batas. Aku pernah post pasal satu warung roti bakar Adik Abang di Permatang Pauh. Yang kat Kepala Batas lagi best roti bakar dia...lagi banyak menu compare dengan yang warung adik abang tu. Kedai buka setiap hari untuk sarapan/breakfast sahaja. Kedai simple je, main pakai khemah pasar malam je, tapi customer ramai datang.
Arango roti bakar arang - tempat diorang masak
Arango roti bakar arang banner
Arango roti bakar arang - kawasan tempat makan pelanggan
Roti kat sini, diorang pakai roti benggali. Semua menu berasaskan roti benggali. Macam-macam stail ada. Boleh rujuk menu kat bawah nanti. Aku and famili aku ada la try 2-3 menu roti bakar ni. Antara yang kitaorang try, arango beef cheese, arango sosej cheese, arango bread dan arango sosej.

Warung Adik Abang - Sarapan Pagi

Warung adik abang ni terletak di Kawasan Kampung Pertama, Permatang Pauh. berdekatan dengan Ikan bakar Amzar dan warung pokok asam - nasi daging. Warung adik abang ni hanya menyediakan menu sarapan pagi sahaja. So, kalau datang tengahari, memang kedai ni dah tutup la..Kedai ni tutup setiap hari rabu. Tak tahu la aku pasal apa diorang pilih hari rabu, bukan hari lain. Nak tau kenapa rabu, tanya tokey sendiri...Menu special warong ni lain sikit dari yang lain, diorang buat roti bakar. Roti pakai roti benggali...yang ni aku tak sure benggali yang buat or saja je pakai nama benggali sebab nama roti benggali dah jadi trekmark...sedap ooooo roti benggali..tambah plak makan waktu petang-petang sambil cicah kopi 0  perghhhh!!!!!!......

Ok, berbalik kepada warung adik abang ni, sebelum aku melalut benda lain, aku ada order dua menu roti bakar ni...set roti bakar telor goyang dengan set roti bakar telor separuh masak..set roti bakar telor goyang tu, kalau korang angkat pinggan, pastu goyang sikit, bergoyang beb telor tu...sebab tu nama dia telor goyang hahahahahaha..pandai tak aku buat lawak..menu yang lagi satu tu telor separuh masak dia memang sempoi..letak kicap sikit dengan lada, terangkat beb....roti benggali yang dah dibakar disapu dengan kaya yang menambahkan lagi keenakkan dan kelazatan sebenar roti benggali bakar...aku la rasa sedap..korang rasa la sendiri kihkihkih....
roti benggali bakar telor goyang 1 - warung adik abang
roti benggali bakar telor goyang 2 - warung adik abang