Showing posts with label patin tempoyak. Show all posts
Showing posts with label patin tempoyak. Show all posts

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan patin disiang , cuci dgn tepung dan asam jawa (gunakan limau untuk hilangkan bau hanyir dengan lebih pantas)
  • 20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
  • kunyit hidup 2 inci
  • tempoyak ikut kepekatan
  • daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
Cara Membuat:
  • Tumbuk cili api dan kunyit.
  • Bila hancur masukkan tempoyak dalam lesung biar sebati dgn cili lalu dilumur pada ikan dan diperap sebentar biar sebati.
  • Masukkan ikan di dalam periuk kemudian masukkan air dan letakkan atas diatas api.
  • Masak hingga mendidih .
  • Masukkan garam , bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga mendidih.
  • Sedia untuk dihidang.
P/s : Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak memang sedap jika dimakan bersama nasi panas.

Untuk sesiapa yang sukakan tempoyak boleh ditambah tempoyak sebelum dihidang.Lebih enak jika dihidang bersama teo ais .

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahannya:
  • 4 keping ikan patin
  • 10 tangkai cili api } Di tumbuk
  • Sedikit kunyit hidup } Di tumbuk
  • Sedikit tempoyak
  • Sedikit daun kunyit dan kesom
  • Garam dan gula

Cara membuatnya:
  • Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan ikan patin, daun kesom dan daun kunyit
  • Angkat apabila ikan telah pun masak.

Sumber resepi: Wanita Idaman

Makan patin ori Termeloh di Cafe Gerobok Koi, Bertam Kepala Batas

 

Cafe Gerobok Koi
Cafe Gerobok Koi
Menu utama Cafe Gerobok Koi yang terletak di Bertam,Kepala Batas Pulau Pinang ni adalah masakan patin tempoyak. Ikan patin yang diorang guna ni memang di ambil direct dari Pahang, lebih spesifik ikan patin termeloh. Kalau korang nak beli ikan patin pun boleh, ada jual yang sejuk beku punya, tak ranjau ampa....
Menu utama cafe gerobok koi
Menu utama cafe gerobok koi
Jadi peminat masakan ikan patin ori dari termeloh, tak payah susah-susah nak pergi termeloh bagi yang duduk area kepala batas, cari saja di disini. Gps koordinat dan google map seperti di bawah;

GPS koordinat: 5°31'00.4"N 100°26'54.5"E atau 5.516777, 100.448480

Restoran Ayahman, tempat makan menu ikan patin terbaik di Cameron Highlands

 Restoran Ayahman terletak di Kea Farm, Cameron Highlands. Bersebelahan dengan Ayahman adalah tempat famous tumpuan ramai iaitu The Sheep Sanctuary. Lepas melayan kambing biri-biri, boleh la makan pula di restoran Ayahman.

Restoran Ayahman, Ikan Patin Pahang
Restoran Ayahman, Ikan Patin Pahang

Jika korang masuk restoran ni jer, menu wajib yang korang kena makan adalah patin pahang tempoyak dan pais patin tempoyak. Pais patin tempoyak ni adalah menu ikan patin yang dibakar bersama-sama dengan perapan sambal tempoyak.
patin pahang tempoyak ( dah tinggal kuah ja)
patin pahang tempoyak ( dah tinggal kuah ja)

Pais patin tempoyak (patin bakar)
Pais patin tempoyak (patin bakar)

Sangat sedap dan korang mesti cuba. Isi yang lembut ditambah pula dengan patin yang disaluti sambal tempoyak...memang terbaik! 
pais patin tempoyak in progress
pais patin tempoyak in progress

selain patin, ada juga talapia dan keli bakar
selain patin, ada juga talapia dan keli bakar

Itu menu special di Ayahman. Selain patin, ada juga menu-menu sampingan masakan lain yang di sediakan oleh Ayahman.
menu-menu lain yang ada di Ayahman
menu-menu lain yang ada di Ayahman

Memang berbaloi la makan tengahari di sini. Lagi-lagi bila dah dapat parking di Kea Farm ni. Mencari parking adalah cabaran besar di Kea Farm. Dah dapat parking tu, jom la kita menikmati ikan patin sedap dan sempoi ni.
nasi dan daging goreng sayur
nasi dan daging goreng sayur

nasi, sambal belacan dan rebung masak lemak (sedap rebung ni)
nasi, sambal belacan dan rebung masak lemak (sedap rebung ni)

air asam pelengkap menu
air asam pelengkap menu
Jadi, sila la datang ke restoran Ayahman ni. Salah satu tempat makan tengahari yang sedap di Cameron Highlands ni.
Walaupun korang dah tahu Kea Farm ni kat mana, aku nak juga sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke Ayahman ni.
GPS koordinat : 4°30'14.5"N 101°24'26.4"E atau 4.504017, 101.407337