Resepi Keria Ball

 

Keria Ball
Keria Ball 

Bahan-bahan:
  • 500 gm keledek putih/kuning 
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 s/b tepung ubi
  • 1sudu besar majerin
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
  • 1 cawan gula-
  • 1/2 cawan air
Cara-Caranya:
  • Buang kulit Keledek lepas tu potong kecik. Masukkan keledek, garam dan ayaq secukupnya kat dalam periuk. Rebus sampai lembut.
  • Tos air lepas tu lenyek keledek sampai lumat semasa masih panas lagi. 
  • Sejukkan dulu keledek yang dilenyek lepas tu gaulkan dengan kedua2 tepung serta marjerin dan bulatkan ikut besaq mana hampa suka.
  • Goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan minyak.
  • Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat. Tutup api dan masukkan kuih keria. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Kacau rata hingga gula melekat pada keria ball dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment