Cara (resepi) Membuat Rojak / Pasembur

Rojak / Pasembur
Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camt serbuk penaik
  • 3/4 camt garam
  • 1/2 camt gula
  • 155-165 ml air
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
  • minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 camt serbuk penaik
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 1 camt gula
  • 1/4 camt garam
  • 125 ml air
  • 1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
  • 450 gm keledek - direbus empuk
  • 2.5 liter air
  • 2 camt serbuk cili
  • 3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
  • 1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
  • 2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
  • Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
  • kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
  • serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
  • masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
  • selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
  • kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
  • masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
  • kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
  • last sekali bolehlah dimasukkan bijan

No comments:

Post a Comment