1

2

3

4

Showing posts with label belimbing buluh. Show all posts
Showing posts with label belimbing buluh. Show all posts

Resepi Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh

 

Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh
Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh

Bahan-bahan:
  • 6 biji telur itik - dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • 2 kotak kecil air
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun kunyit - dibuang tulang daun dan dihiris halus
  • 10 biji belimbing buluh - dibelah dua
  • Garam
  • Serbuk perasa
BAHAN TUMBUK LUMAT:
  • Segenggam cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 biji bawang besar
Cara-cara:
  • Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali.
  • Kacau dan masak hingga airnya sedikit kering.
  • Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah.
  • Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi.
  • Pastikan sentiasa dikacau.
  • Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. Tak perlu kacau sehinggalah telur keras dan masak.
  • Kemudian, perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali.
  • Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.

Pokok Buah Belimbing Buluh dan khasiatnya

Ternyata selain buahnya yang sedap dimakan,bahagian-bahagian lain pokok ini juga mempunyai banyak khasiat:

DAUN:
Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, 
Cara:mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

merawat sawan@sawan tarik.
Cara:kerap mandi dengan memasukkan daun ini ke dalam air mandian. Guna beberapa helai daun, lagi banyak lagi bagus.

Merawat:
Gatal-gatal kulit yang ringan.
Jerawat, panau dan sakit-sakit sendi.
kulit muka. 
Cara:Ambil beberapa helai daun, tumbuk halus dan dilumurkan pada tempat yang dimahukan. 

BUNGA:
Rawat sakit gigi:
Cara: Bunga ditampal digigit yang sakit.

Rawat batuk:
Cara 1: Bunga direbus dgn gula batu (rock Sugar) dan minum airnya.

Cara 2, bahan-bahan:
Segenggam bunga belimbing buluh.
Sedikit jus dari pegaga yg ditumbuk. 
2 biji bawang merah
Kulit kayu manis sebesar jari kelingking.
CARA: Rebus semuanya,tapis dan campurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari. 

BUAH:
menurunkan tekanan darah tinggi
merawat pitam
Cara: Petik 3 biji buah belimbing buluh.
Potong kecil-kecil dan rebus bersama air.
Minum air rebusannya selepas mengambil sarapan pagi, setiap hari.

Sambal bilis belimbing buluh

Sambal bilis belimbing buluh
Sambal bilis belimbing buluh

Bahan:
  • Ikan bilis*
  • Cili merah & cili padi* - ejas la nak pedas camner
  • Bawang merah*
  • Belacan* (optional)
  • Belimbing buluh
  • Petai
  • Garam
  • Gula

cara-cara:
  • Tumbuk bahan * ikut suka nak kasar @ halus
  • Belimbing buluh - hiris bulat2, klau suka masam boleh lebihkan..
  • Petai - hiris-hiris je (optional)
  • Tumis bahan tumbuk, campak ler belimbing & petai.
  • Tumis sampai garing & pecah minyak, perasakan garam & gula, siap!