Senarai Pasar Malam di daerah Seremban, Negeri Sembilan

 Pasar malam memang tempat yang paling best kalau nak cari pelbagai makanan. Aku kalau pergi jer pasar malam, penuh plastik kat tangan bawa balik makananπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Selain makanan yang selalu orang cari, dipasar malam juga jual barang-barang basah untuk keperluan dapur seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya...Di pasar malam juga ada peniaga yang menjual barangan lain selain makanan...ada pakaian, ada mainan kanak-kanak...

Kalau korang berada di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, terdapat banyak pasar malam yang korang boleh pergi....Biasanya pasar malam akan mula beroperasi dari jam 5.30 petang hingga ke jam 10 malam.

Di bawah ni adalah senarai pasar malam yang terdapat di daerah Seremban mengikut hari.

Hari Isnin
Lokasi
  1. Taman Ampangan
  2. Taman Jujur
  3. Taman Kelab Tuanku
  4. Taman Rasa Sayang
  5. Jalan Tuanku Antah (Depan JKR Workshop)
  6. Jalan Tun Dr Ismail (Taman Makmur)
Hari Selasa
Lokasi
  1. Bandar Baru Ampangan
  2. Taman Rasah Jaya Fasa 1
  3. Surau Garden Homes Seremban 2
  4. Lobak
  5. Taman Bukit Chedang
Hari Rabu
Lokasi
  1. Batu 3 Mambau
  2. Kampung Baru Mambau
  3. Taman Duyung
  4. Kampung Sentosa
  5. Taman Satria
  6. Taman Bukit Mutiara
  7. Taman Desa Permai / Sikamat II
  8. Taman Pnchor Jaya Kampung Baru Rahang
Hari Khamis
Lokasi
  1. Taman Sri Mawar
  2. Taman Desa Rhu
  3. Taman Temiang Jaya
  4. Jalan Tok Ungku
  5. Taman Tasik Jaya
  6. Garden Avenue Seremban 2
Hari Jumaat
Lokasi
  1. Bandar Baru Ampangan
  2. Rasah Jaya Fasa II
  3. Kampung Baru Sikamat
Hari Sabtu
Lokasi
  1. Taman Kobena
  2. Kampung Baru Rasah
  3. Kampung Baru Paroi
  4. Taman Bukit Kaya
  5. Seremban 2
Hari Ahad
Lokasi
  1. Taman Senawang Jaya
  2. Taman Dusun Setia
  3. Taman Seremban

No comments:

Post a Comment