8 JENIS RESEPI MEE YANG SEMPOI DAN SEDAP

Resepi Mee Jawa
Resepi mee bandung 
Resepi Mee Hailam
Resepi Mee goreng basah
Resepi Mee/Maggie 
Resepi Mee Kuah
Resepi Mee Basah
Resepi Mee Champa + Mnyak Bawang Putih

*****************************************************

1. Resepi Mee Jawa
Bahan-Bahan:
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • Mesin halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • Sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • 100 gm udang kering
  • sedikit cili padi, jika suka pedas
  • 2 sb cili kisar
  • 3 sb serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara menyediakan:
  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau
  • Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  • Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  • Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.
*****************************************************

2. Resepi mee bandung 
Anggaran utk mee 1/2kg
Bahan untuk Blend:
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Lada kering 10 tangkai (kurangkan klu taknak pedas)
  • Udang kering 2 peket 
Bahan lain:
  • Mee kuning 1/2kg
  • Kacang tanah segenggam (goreng & tumbuk)
  • Tepung gandum 2 sudu bancuh dgn air biar cair
  • Gula garam aji
  • Daging sotong udang (ikut suka)
  • Sayuran(sawi, carrot, tahu)
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Telur
Cara-cara:
  • Tumis bahan blend, letak gula..tumis sampai pecah minyak
  • Masuk daging & kcg tanah
  • Masuk air dalam 1 jug
  • Dah didih masuk tepung bancuh tadi
  • Masuk segala seafood
  • Masuk sayur, daun sup & bawang goreng
  • Last sekali masukkan garam aji/sedap rasa
  • Pecah telor sebijik-sebijik jangsn pecah ye..
  • Masukkan mee yang dah dicuci
  • *Mee boleh jugak celur dulu lepas tu serve dlm mangkuk & curah kuah yg tgh panas tu
  • *Tepung tu utk pekatkan kuah, biasa guna tepung jagung..tapi kat rumah jarang ada tepung jagung kan so boleh je guna tepung gandum
  • *Gula biasa lebih sikit..ikut citarasa korang nak manis tahap mane
  • Dah siap bolehlah letak dlm mangkuk tabur bwg grg & daun sup
Kredit: halimatussaadiah sidek

*****************************************************

3  Resepi Mee Hailam
Bahan-bahan:
  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu

Cara-caranya:
  • Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
  • Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
  • Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
  • Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. (sukatan mengikut citarasa anda)
  • Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
  • Kemudian anda masukkan mee.
  • Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
  • Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
  • Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
  • Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
  • Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
  • Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.
*****************************************************

4. Resepi Mee goreng basah
Bahan-bahan:
  • 1 peket mee kuning
  • minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar
Lauk:ikut citarasa
  • ayam cincang
  • udang
  • daging
  • telur 
  • sawi
  • tomato
  • Sos & Perasa
  • 5 tbsp sos cili
  • 1tbsp sos tomato
  • 2tbsp sos tiram
  • 1tbsp kicap manis
  • 2tbsp kicap pekat
  • 1tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2tsp ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air 
Cara penyediaan:
  • panaskan minyak masak,tumis bawang putih
  • masukkan bawang holland,cili kering kisar
  • masukkan lauk pauk,tumis lagi
  • letak sedikit air dan semua sos
  • udang masuk kemudian pun takpa
  • pecahkan telur dan masukkan mee
  • masukkan sayur,kacau sebati.siap!
kredit resepi : Suhasnida Ismail

*****************************************************

5. Resepi Mee/Maggie 
Bahan-bahan untuk kuah:
  • Sup bunjut adabi 3pcs
  • 6 btg serai
  • 5 cm halia
  • 5 cm lengkuas
  • Kicap adabi
cara-cara:
  • Daging seketul 1/2kg 
  • Msukkan air ke 2 jug besar ke dalam periuk,masukkan semua bahan diatas,rebus sampai menggelegak,masukkan garam,,aji sikit,maggi cukup rasa sikit,last masukkan kicap
  • perut lembu kna rebus asing ye,tak campur sekali dalam kuah
  • Sambal lada
  • *blend cili padi dengan cuka
Lada jeruk:
  • basuh lada besar hijau,,toskan,dah betul-betul kering,potong kecil-kecil masukkan dalam botol,masukkan cuka,sampai tenggelam lada, biarkan beberapa jam sebelum guna.
Minyak bwg putih:(rahsia sedap)
  • 3 labu bwg putih dipotong bahagian depan dan hujung,jangan dibuang sampai licin,tinggalkn sedikit kulit bawang pada bawang,basuh,tumbuk bawang sampai lumat,jangan blend sebab taknak ada air,kemudian panaskan 2 cawan minyak,msukkan bawang putih,goreng sampai garing,awas!!jangan smpai hangit,,angkat dan sejukkan,tutup rapat dalam botol,boleh simpan untuk guna next time.
  • Sawi dipotong kecek,gaulkan dengan taugeh,,rendam dalam air
Bahan lain:
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Lobak masin
  • Daun sup
  • Bwg goreng
  • Asam limau nipis
  • Serbuk lada putih
  • Kcg tanah goreng dan ditumbuk,
  • Bihun
  • Mee
  • Kueh tiaw
Dah siap semua,angkat daging dalam kuah tadi,toskan,potong kecil-kecil
Potong perut kecil-kecil
Mula-mula masukkan bihun/mee/kueh tiaw dalam mangkuk,masukkan sayur,lauk,garam,gula,sambal lada,lada jeruk,serbuk lada,mnyak bawang putih,daun sup apa semua kat atas tu,pastikan kuah menggelegak ye,hati-hati masa cedok kuah tu,masukkan dalam mangkuk,,kasi asap naik skit,tabur daun sup,bwg goreng,perah asam limau,sedia untuk dimakan

*****************************************************

6. Resepi Mee Kuah
BAHAN:
  • 3 batang rusuk daging(ikut suka nak tulang bahagian mana pun janji tulang)
  • Sotong 1/2kg
  • Udang kecik (rebus sekali kulit lepas tu blend halus sekali air rebusan)
  • Ketam 5 ekor(basuh ja jangan buang kulit)
  • Cabai kering 25 biji(digoreng)
  • Bawang besar(5 biji)/bawang merah(20 biji)(digoreng)
  • Kacang tanah dalam 3 cawan(digoreng)
  • *macam nak buat kuah kacang tu
  • 1 botol kecil cili sos
  • 1/2 botol kecil sos tomato
  • 1/2 botol kicap
  • Ubi keledek or ubi kentang 2-3 biji untuk pekat kuah(rebus dan lenyek)
  • Sikit air asam jawa(agak-agak lah yer)
  • 2 sudu lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Nak bagi sedap lagi boh 2 kiub pati daging  
Cara-cara:
  • Rebus dulu tulang sampai empuk.air daging tu jangan buang tau sebab tu yang akan jadi kuah.
  • Cabai, bawang blend 
  • Kacang blend 
  • Bila daging dah empuk masuk semua bahan yang blend tu.
  • Masuk udang yang blend tu
  • Masuk ketam
  • Masuk sotong
  • Pastu masuk sos cili
  • Masuk sos tomato
  • Masuk kicap
  • Masuk garam/ gula/lada
  • Masuk air asam jawa
  • Masuk ubi yg dilenyek tu
  • Bila dah secukup rasa semua tutup api . 
Bersedia untuk tumis darat:
  • Hiris 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Panas minyak tumis bawang yg dihiris sampai kekuningan lepas terus tuang dalam kuah mee(masuk sikit minyak yang goreng bawang tu)..potong daun sup dan daun masuk dalam kuah.
Kredit resepi: Norizah Saad

*****************************************************

7  Resepi Mee Basah
Bahan-bahan:
  • Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos...
  • Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos..
  • Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
  • Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos..
  • tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 ..
  • Cili kisar 4sudu besar..
  • Sos cili 5sudu besar..
  • Sos tiram 1sudu besar..
  • Sos ikan 1sudu besar..
  • kicap pekat 1sudu besar..
  • Kicap manis 5sudu besar..
  • Kicap mee 2sudu besar..
  • air putih 1cawan kecil...
  • Minyak masak 2sudu besar untuk menumis...
  • Bahan2 tumbuk
  • Cili api 10biji
  • bwg putih 3ulas...
  • Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...
Cara-cara:
  • Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar..
  • Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
  • masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
  • Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap
  • Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup..
Kredit resepi: Ieda Roslida

*****************************************************

8  Resepi Mee Champa + Mnyak Bawang Putih
Bahan Untuk Kuah:
  • 1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni. Tapi kalau takde boleh la abaikan.
  • Daun ketumbar seikat
  • Daun bawang.
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga cengkih*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging
Cara-Cara:
  • Rebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.
  • Caranya didihkan air rebusan dulu. Masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.
  • Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya.
  • Kemudian masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
  • Sementara daging kita empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
  • Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.
  • Rebus dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.
  • Time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan, korang kene tapis guna penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee tu. So dapat kuah yang suci bersih je.
Sambal Lada:
  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20-30 biji cili api*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • sedikit garam
Cara-Cara:
  • Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap
Minyak Bawang Putih:
  • 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
Bahan Lain:
  • kuey teow, mihun, mee champa
  • Daun ketumbar
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin yang dipotong halus
  • Sambal lada
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/lada hitam
  • Gula (tambahan jika suka manis)
  • Sos ikan jika perlu
Kredit resepi : tahrunnisah jali

No comments:

Post a Comment