Makan tengahari nasi padang di Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam

 Kebetulan aku ada hal sikit dekat Shah Alam ni, sebelum balik, nak cari port makan tengahari yang sempoi sikit area Shah Alam ni. Hasil dari googlelan aku, terjumpa la Restoran Padangs On Wheels ni yang terletak di Syeksen 13, Shah Alam. Restoran ni berkonsepkan nasi padang. Apa tu nasi padang?...Nasi Padang adalah hidangan nasi yang berasal dari kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ini adalah salah satu jenis masakan Indonesia yang popular dan terkenal di seluruh negeri tersebut. Nasi Padang terdiri dari nasi putih yang disajikan dengan berbagai macam hidangan lauk-pauk dan sambal yang pedas.

Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam
Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam

cantik juga dalam restoran ni
cantik juga dalam restoran ni
Biasanya, hidangan lauk-pauk dalam Nasi Padang terdiri dari berbagai daging seperti ayam, daging sapi, ikan, atau kerang. Makanan laut seperti udang dan sotong juga sering dihidangkan. Hidangan lainnya termasuk gulai (semacam kari kental) yang beragam, rendang (daging lembu kering yang dimasak dengan rempah-rempah), dendeng (daging lembu asap), telur balado (telur rebus dengan sambal pedas), dan banyak lagi.

beraneka jenis lauk pauk
beraneka jenis lauk pauk

boleh pilih yang mana korang suka
boleh pilih yang mana korang suka

ada juga kuih muih
ada juga kuih muih
Nasi Padang juga dikenali dengan hidangan sambalnya yang pedas. Ada berbagai jenis sambal yang korang akan jumpa dalam hidangan ini, seperti sambal hijau, sambal merah, sehingga sambal balado. Hidangan ini biasanya disajikan dalam portion yang kecil dengan hidangan lauk-pauk yang ditempatkan di atas meja. Korang boleh pilih hidangan yang korang suka, dan hanya membayar untuk hidangan yang korang makan saja. Tapi dekat sini aku tak pasti macam mana praktisnya.. Mungkin diorang apply jugak kot..sebab aku ada nampak meja sebelah aku diorang buat macam tu..Wallahualam....Tapi yang aku makan ni, bayar macam biasa ler...😁
ikan keli goreng
ikan keli goreng

ikan keli masak lemak cili api
ikan keli masak lemak cili api

terung berlado
terung berlado

ni set lauk yang aku makan, tambah juga kuah kari kosong
ni set lauk yang aku makan, tambah juga kuah kari kosong

siap dengan nasi lapik dengan daun pisang
siap dengan nasi lapik dengan daun pisang
Gambar-gambar kat atas ler menu yang aku makan..memang sedap dan padu...recommended untuk korang try.
Restoran Padangs On Wheels ni buka setiap hari kecuali hari Isnin, bermula dari jam 7.30 pagi hingga 7 malam dan beralamat di no 60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Selain di Syeksen 13, Restoran ni juga ada cawangan di tempat lain. Sebagai panduan korang, disertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.
GPS Koordinat: 3°04'52.4"N 101°32'24.3"E atau 3.081219, 101.540082

1 comment:

  1. Masakan Padang memang sangat menyelerakan.
    Banyak pilihan lauk-pauknya.

    ReplyDelete