RESEPI RISOLES

RISOLES
RISOLES

BAHAN-BAHAN:
adunan batter/kulit
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tpg ubi
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 cawan santan cair/susu segar/air kosong
bahan-bahan diatas dikisar sampai sebati dan tapis

CARA-CARANYA:
Dengan menggunakan nonstick pan ambil 1 senduk adunan dan masukkan dalam pan yang dipanaskan terlebih dahulu. Layang-layangkan dengan nipis pada permukaan pan tadi..tak perlu terbalikkan nampak dah kering terus angkat.. seperti nak buat kulit ketayap/ropa

ADUNAN INTI:
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong dadu
  • 4 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 1 cawan isi ayam dipotong dadu kecil
  • 4 batang sosej (optional)
  • 1 biji lobak dipotong dadu kecil
  • secukup rasa jika takde garam dan sedikit gula sebagai pengganti ajinomoto
  • daun sup dan daun bawang dipotong kecil
  • lada sulah sedikit/lada hitam
  • 1 cawan susu segar/susu cair + 2 sudu tepung gandum (kacau)
  • Air secukupnya utk empukkan kentang
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak masak sedikit.
  • masukkan bawang-bawang yang dipotong dadu.
  • Naik bau masukkan kentang dan sedikit air.
  • Masukkan isi ayam, sosej yang dipotong kecil-kecil lobak yang dipotong dadu kacau sehingga hampir empuk.
  • Kemudian masukkan campuran susu dan tpg tadi serta kacau biar sekata. serta lada sulah.
  • Tambah garam dan sedikit gula sebagai pengganti ajinomoto kacau sehingga pekat dan sedikit kering dan masukkan daun bawang/sup yang dipotong halus siap!!
Aktiviti menggulung risoles
  • kacau sebiji telur dan dicampur sedikit dengan adunan batter tadi dalam 1/2 cawan.
  • 2 cawan breadcrumb/serbuk roti (campur putih dan oren)
  • letakkan inti pada kulit dan gulung seperti kita buat kuih gulung
  • celup dalam adunan telur dan masukkan pula dalam bekas yang mengandungi breadcrumb tadi. buat sampai habis dan bolehla digoreng.
  • Lagi sedap dimakan panas dan sambil makan sambil gigit cili hijau..fuh!! heaven.
Kredit resepi: Empunya Resepi

No comments:

Post a Comment