KAILAN SOS TIRAM

KAILAN SOS TIRAM
KAILAN SOS TIRAM

Bahan:
  • 1 genggam kailan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb air
  • 1/2 sdt minyak bijan
  • 1 cawan air
  • 2 sdb minyak masak
  • garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara:
  • Masak air dalam periuk dan titiskan sedikit minyak masak
  • Celur sayur Kailan, jangan terlalu lama angkat tos dan susun atas pinggan
  • Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya dan masukkan sos tiram, garam dan lada sulah
  • Biarkan mendidih seketika dan masukkan bancuhan tepung jagung
  • Bila kuah agak pekat sedikit angkat dan curah keatas sayur tadi.
  • Taburkan bawang goreng semasa menghidang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...