DAGING AIR ASAM

DAGING AIR ASAM
DAGING AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm daging
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 biji tomato – dihiris
  • 2 biji limau kasturi
  • 8-10 biji cili padi – dihiris
  • 1cm belacan – boleh lebihkan. Lagi sedap
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
  • Bersihkan daging dan rebus hingga empuk.
  • Satukan semua bahan hiris, belacan dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  • Perahkan jus limau kasturi. Pastikan biji dibuang terlebih dahulu.
  • Bila daging dah empuk, hiris nipis kemudian masukkan ke dalam mangkuk beriis bahan-bahan yang dihiris tadi.
  • Tambahkan air rebusan daging secukupnya bergantung pada jumlah daging.
  • Rasa dan tambah perasa jika kurang. Jika suka rasa yang masam, tambahkan jus limau kasturi atau limau nipis ikut citarasa.
  • Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resepi: Rasa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...