Makan Malam Di EE Burger Pekan Rabu, Kuah Langkawi

EE Burger ni sebenarnya buka jual burger je. Ada banyak menu-menu makan malam yang lain di sini. Ada makanan western, ada juga yang goreng-goreng macam nasi goreng, mee goreng. Aku pernah datang dulu kat EE Burger Pekan Rabu ni. Boleh tengok posting aku yang lepas pasal EE Burger Pekan Kuah ni. Masa tu aku just beli bungkus je burger dan makan di hotel.
Kali ni aku datang lagi, tapi nak makan terus kat sini je. Hujan la pulak! kena tunggu customer lain yang duduk bawah meja berpayung habis makan dulu...
EE Burger Pekan Kuah
EE Burger Pekan Kuah

EE Burger Pekan Kuah
EE Burger Pekan Kuah
EE Burger ni tepi jalan jer... Kalau korang dari jeti Kuah, tak sampai 5 minit korang akan sampai. Cari di area Pekan Rabu, tak payah masuk ke dalam, boleh nampak tepi jalan jer. Antara menu-menu lain selain burger yang ada di EE burger, korang boleh tengok antara senarai menu yang aku sempai snap kat bawah ni.
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu


EE Burger Menu
EE Burger Menu
Jadinya, lepas aku dah dapat port baik duduk bawah meja berpayung, aku pus terus mengorder. Makanan kena pi ambil sendiri bila diorang sebut nombor giliran kita. Jadi kena alert la panggilan-panggilan nombor tersebut.
Dari menu-menu tersebut, aku makan malam aku adalah seperti gambar-gambar di bawah ni.
garlic bread
garlic bread

mushroom soup
mushroom soup

burger daging
burger daging

nasi goreng
nasi goreng

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara
Begitu la kisahnya makan malam aku di EE Burger Pekan Rabu ni. Kalau korang nak cuma makan di sini, cari la di Pekan Rabu, area Kuah. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 6°19'04.2"N 99°51'04.5"E atau 6.317831, 99.851258

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...