Harimau Menangis Di Restoran Din Ikan Bakar, Kepala Batas Pulau Pinang

Kalau korang ada di area Kepala Batas, Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Din Ikan Bakar untuk makan tengahari. Sebenarnya aku dah pernah review restoran ikan bakar ni, dan posting aku tu antara yang ramai reviewer. Korang boleh rujuk SINI(klik sini) untuk posting aku yang lepas berkenaan restoran ni. 
Apa yang lainnya posting aku kali ni dengan yang lepas, adalah Din Ikan Bakar ni dah berwajah baru! Baru yang macam mana? Restoran diorang adalah restoran baru namun di tapak yang sama dengan tapak asal, tapi dianjak kebelakang sikit kerana restoran lama terpaksa dirobohkan atas sebab pembesaran jalan utama disitu.
Restoran Din Ikan bakar, Kepala Batas (baru)
Restoran Din Ikan bakar, Kepala Batas (baru)

Restoran ni dah tutup lama atas sebab-sebab pembinaan bangunan baru. Sebaik saja bangunan siap, terpaksa sambung lagi tutup. Kali ni atas sebab Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) disebabkan isu pendemik COVID19. Sekarang dah beroperasi semula.
orang ramai makan tengahari di Din Ikan Bakar
orang ramai makan tengahari di Din Ikan Bakar

orang ramai makan tengahari di Din Ikan Bakar
orang ramai makan tengahari di Din Ikan Bakar

Walaupun bangunan baru, keaslian dan kesedapan ikan bakar dan lauk-lauk lain maintain sama. Terutamanya Daging Harimau Menangis. Daging Harimau Menangis ni lah yang buat aku selalu nak repeat makan di sini.
longgokkan daging harimau menangis
longgokkan daging harimau menangis

Daging tu, bila dah ambil, jangan lupa minta diorang potongkan. Takdanya orang nak makan seketul daging besar tu. Tapi kadang-kadang aku tgk ada yang ambil seketul terus tanpa potong. Mungkin dia first time datang la kot.
Antara ikan bakar yang ada di Din Ikan Bakar
Antara ikan bakar yang ada di Din Ikan Bakar

Selain ikan bakar, ada juga lauk-lauk yang lain
Selain ikan bakar, ada juga lauk-lauk yang lain

Selain Daging Harimau Menangis yang aku minat tu, korang boleh juga pilih udang bakar, ketam bakar, sotong bakar, ayam bakar, ikan bakar sambal dan macam-macam lagi lah..
Gulai batang pisang dan sup daging pun sedap di Din Ikan Bakar ni selain ulam-ulaman bersama sambal tempoyak dan air asam yang sedap.

ni juadah makan tengahari aku di Din Ikan Bakar
ni juadah makan tengahari aku di Din Ikan Bakar

Din Ikan Bakar ni memang tempat makan tengahari famous di Kepala Batas. Kalau korang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 5°30'57.6"N 100°25'20.6"E atau 5.515995, 100.422386

2 comments: