Mykori Dessert Cafe, Bertam Kepala Batas

Ni first time aku jejak kaki ke restoran Mykori Dessert Cafe yang terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Untuk pengetahuan korang, Mykori Dessert Cafe ni bukan saja ada di Bertam Kepala Batas, Mykori Dessert Cafe juga ada ditempat-tempat lain seluruh Malaysia. Peminat-peminat Mykori Dessert mesti tahu setiap lokasi restoran ni. Aku rasa aku je yang baru tahu Mykori ni, sebabnya sepanjang aku dalam restoran ni, aku perhatikan orang sentiasa je masuk ke Mykori ni..
Mykori Dessert Cafe, Bertam Kepala Batas
Mykori Dessert Cafe, Bertam Kepala Batas

sentiasa ada peminat mykori dessert nih
sentiasa ada peminat mykori dessert nih

Masuk sini, off course la korang kena makan dessert sebab restoran ni pun bertema dessert cafe. Menu utama di sini adalah kaki....diorang panggil kakigori. Korang jangan salah faham, bukan makan kaki, tapi nama dessert tu adalah kakigori. Sebenarnya macam ais kacang ja.. tapi jepun style.
Untuk set dessert yang aku order, aku pilih Chocolate Tiramisu Kakigori dan Chocolate Honey Smore's Toast sebab bila aku tanya menu mana yang famous, diorang suggest yang dua tu.
Chocolate Honey Smore's Toast
Chocolate Honey Smore's Toast

Chocolate Tiramisu Kakigori
Chocolate Tiramisu Kakigori 
Ternyata sangat sedap, patut la orang tak putus-putus datang...maybe diorang repeat customer kot. Jika korang nak tengok dessert yang lain, boleh rujuk menu seperti di bawah ni.
Kenko Kakigori, Boru Kakigori
Kenko Kakigori, Boru Kakigori

Toast, Tayaki
Toast, Tayaki

Kakigori menu
Kakigori menu
Restoran Mykori Dessert Cafe ni buka jam 2 petang hingga 11 malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala Jumaat hingga Ahad buka dari jam 1 petang hingga 11 malam.
Lokasi Mykori Dessert Cafe, Bertam Kepala Batas ni adalah seperti gps koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS Koordinat : 5°30'58.7"N 100°26'50.8"E atau 5.516293, 100.447442

No comments:

Post a Comment