Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Auntie Anne's di The Curve, Mutiara Damansara

 

Kiosk Auntie Anne's
Kiosk Auntie Anne's
Auntie Anne's yang aku terjah ni dekat The Curve, Mutiara Damansara...Rasa kat mana-mana mall ada Auntie Anne's ni...saja la nak bagitau korang๐Ÿ˜…....Makanan di sini pun sempoi-sempoi gak..boleh layan makan untuk petang-petang a.k.a makan petang....
lai-lai...mau makan yang mana satu?
lai-lai...mau makan yang mana satu?๐Ÿ˜‹
GPS koordinat Auntie Anne's the curve: 3.1579242730341486, 101.6120009520478

Minum kopi di Kafe Zus Coffee, Sungai Besar, Selangor

Kafe Zus Coffee, Sungai Besar, Selangor
Kafe Zus Coffee, Sungai Besar, Selangor

kaunter zus coffee
kaunter zus coffee
Sekarang ni Zus Coffee tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, mana-mana saja mesti ada Zus Coffee ni. Kafe Zus Coffee yang aku terjah ni terletak di Sungai Besar, Selangor dan beralamat di No 33 (Ground Floor, Jalan Panchang Bandena, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor.
dessert yang ohsem dan sedap
dessert yang ohsem dan sedap๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

menu minuman Zus Coffee
menu minuman Zus Coffee

antara menu makanan di Zus Coffee
antara menu makanan di Zus Coffee
Di Zus Coffee Sungai Besar ni, aku just nak beli minuman jer....aku pilih air creamy manggo dan air iced velvet creme latte...Air kopi standard la kalau kafe-kafe macam ni..tapi zus cafe ni ada perisa lain antaranya yang aku beli ni air creamy manggo...padu bak hang!
air creamy manggo dan air iced velvet creme latte
air creamy manggo dan air iced velvet creme latte
kepada yang nak try minum kopi di Zus Coffee ni, boleh cari di Sungai Besar berdasarkan alamat yang aku dah bgtau di atas atau korang boleh saja ikut GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°40'25.2"N 100°58'59.7"E atau 3.673669, 100.983255

Minum kopi santai-santai di Richiamo Coffee Cafe di Sungai Besar, Selangor

 

Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar

Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Kafe Richiamo Coffee ni beralamat di Business Centre, 6, Jalan SBBC 7, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor. Nik kira kafe hipsters la...sekarang ni dah banyak kafe-kafe macam ni tumbah bagai cendawan selepas hujan.

Richiamo coffee ni pun sempoi jugak...kopi pun padu...selain tu ada jugak makanan western yang light-light serta menu yang paling wajib ada di kafe macam ni adalah dessert a.k.a pencuci mulut๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

antara menu air di richiamo coffee
antara menu air di richiamo coffee

dessert dah tinggal sikit je lagi, sebab aku datang dah lewat petang...
dessert dah tinggal sikit je lagi, sebab aku datang dah lewat petang...
Jadinya, aku masuk ke richiamo coffee ni, terjebak la jugak membeli dalam ni. Air aku pilih untuk try ice salted caramello cuppuccino, spaghetti carbonara dan macaron orange.
macaron orange
macaron orange

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

ice salted caramello cuppuccino
ice salted caramello cuppuccino
Untuk kakitangan kerajaan yang makan di sini, korang boleh dapat diskaun 10%...sapa mau bagi kan...untunglaaaaaaaa kakitangan kerajaan..
diskaun 10% kepada kakitangan kerajaan
diskaun 10% kepada kakitangan kerajaan

kaunter untuk order dan buat bayaran richiamo coffee
kaunter untuk order dan buat bayaran richiamo coffee

deko dalaman menggunakan warna hitam sebagai tema utama
deko dalaman menggunakan warna hitam sebagai tema utama
Kepada yang nak santai-santai minum kopi, boleh la datang terjah kafe richiamo cofffe ni yang terletak di Sungai Besar, Selangor. GPS koordinat dan google map lokasi Richiamo Cofffee ni boleh rujuk seperti di bawah ni.
GPS koordinat: 3°40'24.5"N 100°59'20.5"E atau 3.673481, 100.989026

Makan tengahari nasi padang di Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam

 Kebetulan aku ada hal sikit dekat Shah Alam ni, sebelum balik, nak cari port makan tengahari yang sempoi sikit area Shah Alam ni. Hasil dari googlelan aku, terjumpa la Restoran Padangs On Wheels ni yang terletak di Syeksen 13, Shah Alam. Restoran ni berkonsepkan nasi padang. Apa tu nasi padang?...Nasi Padang adalah hidangan nasi yang berasal dari kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ini adalah salah satu jenis masakan Indonesia yang popular dan terkenal di seluruh negeri tersebut. Nasi Padang terdiri dari nasi putih yang disajikan dengan berbagai macam hidangan lauk-pauk dan sambal yang pedas.

Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam
Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam

cantik juga dalam restoran ni
cantik juga dalam restoran ni
Biasanya, hidangan lauk-pauk dalam Nasi Padang terdiri dari berbagai daging seperti ayam, daging sapi, ikan, atau kerang. Makanan laut seperti udang dan sotong juga sering dihidangkan. Hidangan lainnya termasuk gulai (semacam kari kental) yang beragam, rendang (daging lembu kering yang dimasak dengan rempah-rempah), dendeng (daging lembu asap), telur balado (telur rebus dengan sambal pedas), dan banyak lagi.

beraneka jenis lauk pauk
beraneka jenis lauk pauk

boleh pilih yang mana korang suka
boleh pilih yang mana korang suka

ada juga kuih muih
ada juga kuih muih
Nasi Padang juga dikenali dengan hidangan sambalnya yang pedas. Ada berbagai jenis sambal yang korang akan jumpa dalam hidangan ini, seperti sambal hijau, sambal merah, sehingga sambal balado. Hidangan ini biasanya disajikan dalam portion yang kecil dengan hidangan lauk-pauk yang ditempatkan di atas meja. Korang boleh pilih hidangan yang korang suka, dan hanya membayar untuk hidangan yang korang makan saja. Tapi dekat sini aku tak pasti macam mana praktisnya.. Mungkin diorang apply jugak kot..sebab aku ada nampak meja sebelah aku diorang buat macam tu..Wallahualam....Tapi yang aku makan ni, bayar macam biasa ler...๐Ÿ˜
ikan keli goreng
ikan keli goreng

ikan keli masak lemak cili api
ikan keli masak lemak cili api

terung berlado
terung berlado

ni set lauk yang aku makan, tambah juga kuah kari kosong
ni set lauk yang aku makan, tambah juga kuah kari kosong

siap dengan nasi lapik dengan daun pisang
siap dengan nasi lapik dengan daun pisang
Gambar-gambar kat atas ler menu yang aku makan..memang sedap dan padu...recommended untuk korang try.
Restoran Padangs On Wheels ni buka setiap hari kecuali hari Isnin, bermula dari jam 7.30 pagi hingga 7 malam dan beralamat di no 60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Selain di Syeksen 13, Restoran ni juga ada cawangan di tempat lain. Sebagai panduan korang, disertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.
GPS Koordinat: 3°04'52.4"N 101°32'24.3"E atau 3.081219, 101.540082

Senarai 29 pasar malam yang terdapat di sekitar Bandaraya Shah Alam, Selangor

 Setakat hari ini, di Selangor, jumlah pasar malam yang mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 335 buah pasar malam. Korang boleh rujuk website PBT. Ada dinyatakan angka tersebut. Dalam posting ni aku nak focus pada pasar malam yang terdapat di Shah Alam. Di Shah Alam , PBT adalah MBSA. Dalam senarai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pasar malam di Shah Alam berjumlah sebanyak 29 buah pasar malam. Senarai pasar malam tersebut, adalah seperti berikut:

1. Kawasan: Seksyen 6
    Tapak Lokasi: Tempak Letak Kereta Pasar Mode 
    Hari: Selasa & Jumaat

2. Kawasan: Seksyen 7
    Tapak Lokasi: Jalan Plumbum 7/28 (Belakang Gerai Majlis)
    Hari: Rabu

3. Kawasan: Seksyen 16
    Tapak Lokasi: Jalan 16/3
    Hari: Isnin

4. Kawasan: Seksyen 17
    Tapak Lokasi: Tempat Letak Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9
    Hari: Selasa

5. Kawasan: Seksyen 17
    Tapak Lokasi: Jalan padang, Kg. Padang Jawa
    Hari: Jumaat

6. Kawasan: Seksyen 18
    Tapak Lokasi: Jalan 18/A dan 18/2
    Hari: Isnin

7. Kawasan: Seksyen 19
    Tapak Lokasi: Jalan 19/D dan 19/E
    Hari: Sabtu

8. Kawasan: Seksyen 20
    Tapak Lokasi: Jalan Singa C 20/C
   Hari: Sabtu

9. Kawasan: Seksyen 24
    Tapak Lokasi: Jalan 24/B dan 24/15
    Hari: Rabu

10.Kawasan: Seksyen 25
     Tapak Lokasi: Jalan 25/38
     Hari: Jumaat

11. Kawasan: Seksyen 27
      Tapak Lokasi: Jalan 27/6
      Hari: Khamis

12. Kawasan: Seksyen 28
      Tapak Lokasi: Jalan 28/35
      Hari: Isnin

13. Kawasan: Seksyen 30
      Tapak Lokasi: Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kedan
      Hari: Selasa

14. Kawasan: Seksyen 30
      Tapak Lokasi: Lorong Hj Said, Kg. Jalan Kebun
      Hari: Jumaat

15. Kawasan: Seksyen 31
      Tapak Lokasi: Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning)
      Hari: Selasa

16. Kawasan: Seksyen 32
      Tapak Lokasi: Jalan Rezab Buang, Kg. Bukit Naga
      Hari: Jumaat

17. Kawasan: Seksyen 34
      Tapak Lokasi: Jalan Stering 34/6
      Hari: Isnin

18. Kawasan: Seksyen 36
      Tapak Lokasi: Jalan Sg. Kandis, Kg. Sungai Kandis
      Hari: Rabu

19. Kawasan: Seksyen 36
      Tapak Lokasi: Jalan Nagasari 36/1, Desa Latania
      Hari: Sabtu

20. Kawasan: Seksyen U2
      Tapak Lokasi: Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya)
      Hari: Jumaat

21. Kawasan: Seksyen U5
      Tapak Lokasi: Jalan Bulan BV U5/BV (Subang 2)
      Hari: Sabtu

22. Kawasan: Seksyen U5
      Tapak Lokasi: Kg Melayu Subang Tambahan
      Hari: Khamis

23. Kawasan: Seksyen U5
      Tapak Lokasi: Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang)
      Hari: Rabu

24. Kawasan: Seksyen U6
      Tapak Lokasi: Dataran Pasar Tani, Kg. Bertik Subang
      Hari: Isnin

25. Kawasan: Seksyen U6
      Tapak Lokasi: Dataran Pasar Tani, Kg Melayu Subang
      Hari: Sabtu

26. Kawasan: Seksyen U13
      Tapak Lokasi: Jalan A U13/A, Setia Alam
      Hari: Ahad

27. Kawasan: Seksyen U16
      Tapak Lokasi: Taman Bukit Subang
      Hari: Rabu

28. Kawasan: Seksyen U19
      Tapak Lokasi: Kg. Paya Jaras Tengah
      Hari: Selasa, Khamis & Sabtu

29. Kawasan: Seksyen U20
      Tapak Lokasi: Jalan Perusahaan A/1
      Hari: Isnin

Jom try makan di Restoran Bawal Padu, Seksyen 16 Shah Alam

 

Restoran Bawal Padu
Restoran Bawal Padu
Restoran Bawal Padu ni terletak di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Aku sebenarnya nak cari kedai makan lain untuk makan malam aku...Tapi kedai makan tu tutup la plak... jadi aku secara tak sengaja terjumpa la dengan Restoran Bawal Padu...Macam menarik...terus aku terjah masuk la nak try makan sepadu mana seperti di claim๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
menu yang ada di bawa padu
menu yang ada di bawa padu

menu minimuan bawal padu
menu minimuan bawal padu
Ada banyak menu makanan yang sempoi-sempoi selain bawal padu....ada set menu ayam bakar, kambing bakar, keli goreng, sotong bakar, sotong goreng tepung, talapia goreng, ayam goreng kunyit...

Untuk menu makan malam aku malam ni, aku pilih untuk makan set bawal padu dan set keli goreng..

set keli goreng
set keli goreng

set bawal padu
set bawal padu

set sambal setiap menu makanan
set sambal setiap menu makanan
Ok la menu-menu kat sini..rare dari restoran yang lain..korang boleh la cuba kalau datang ke Shah Alam ni...Aku sertakan GPS koordinat dan google Map Restoran Bawal Padu ni seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°03'23.2"N 101°29'25.8"E atau 3.056454, 101.490504


Singgah makan tengahari sekejap di Ayam Gepuk Wak Kardan Kampung Melayu Sungai Buloh, Selangor

Ayam Gepuk Wak Kardan
Ayam Gepuk Wak Kardan

restoran Ayam Gepuk Wak Kardan
restoran Ayam Gepuk Wak Kardan
Kali ni aku nak cari makan yang rare sikit dari kebiasaan aku. Makan yang aku nak try makan ni adalah makanan orang jawa...jarang la aku nak makan ni๐Ÿ˜…...Apa lagi jom terjah restoran Ayam Gepuk Wak Kardan yang terletak di Kampung Melayu, Sungai Buloh, Selangor.

Kalau dari Exit highway Sungai Buloh (Hospital Sungai Buloh, ambil kanan, then jumpa simpang traffic light, ambil kanan sekali lagi..terus jalan ke depan sehinnga jumpa dengan ayam kepuk ni...

ayam gepuk dapur station
ayam gepuk dapur station

ayam gepuk dapur station
ayam gepuk dapur station
Selain ayam kepuk, dalam restoran ni juga ada steakhouse yang prepare western food...kot-kot la ada famili korang yang tak makan masakan jawa ni kannnn๐Ÿ˜…...Ada juga stall yang jual char koay teow dan bakso dalam restoran ni...

Berbalik kepada menu jawa ayam gepuk ni...menu gepuk ni bukan ayam ada....ada macam-macam gepuk lagi yang dok adaaaa....ada  ikan gepuk, menu bakar gepuk dan gepuk-gepuk yang lain-lain๐Ÿ˜Ž

set gepuk bakar
set gepuk bakar

western food
western food

ada shell out jugak oooo
ada shell out jugak oooo

menu gepuk
menu gepuk
Aku order nasi ayam gepuk, nasi ikan gepuk dan juga bakso beranak...Walau pun menu gepuk takda kuah...tapi sambal gepuk padu makan dengan nasi kosong...Sambal tu pembuka selera makan nasi gepuk ni..lagi satu yang aku suka dalam menu ni, ada terung..aku tak pasti terung tu terung goreng or terung bakar..tapi memang sedap.....
nasi ikan gepuk
nasi ikan gepuk

bakso beranak
bakso beranak

nasi ayam gepuk
nasi ayam gepuk
Kepada yang nak cuba makan menu-menu gepuk ni...boleh la datang ke Restoran Ayam Gepuk Wak Kardan, Kampung Melayu Sungai Buloh ni...Cuma nak parking tu agak mencabar jugak la...sebab jalan raya area ni sempit sikit.. banyak kedai makan kiri kanan..so kena bertabah sikit bila nak cari parking terutamanya waktu peak hour. Lokasi Ayam Gepuk Wak Kardan ni boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°13'20.3"N 101°34'15.3"E atau 3.222309, 101.570923

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar, Sungai Besar, Selangor

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Aku singgah sini nak makan isi perut aku yang lapar ni si Sungai Besar, Selangor. Aku macam pelik sikit la gerai ni..sebab tajuk gerai ni Ali Char Kuey Teow & Ikan bakar....tapi bila aku masuk ke dalam, tempat ni seolah-olah macam food court la..ada 2-3 lagi gerai/kiosk dalam ni yang jual makanan yang lain๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu๐Ÿ˜Ž
Dalam ni juga ada menu lain seperti Very nice burger, Char koay teow, Yong tau foo, Sotong celup tepung....Disebabkan aku ni lapar nasi, jadi aku order la nasi goreng daging dan telur dadar...
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusss
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusss๐Ÿ˜…

nasi goreng daging telur dadar
nasi goreng daging telur dadar
not bad jugak la nasi goreng ni..layannnnnn....

Kalau korang nak try makan di sini, boleh cari di Pekan Sungai Besar ni..kalau dari jalan besar, kena masuk ke dalam sikit..GPS koordinat dan google map lokasi gerai ni seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°40'26.5"N 100°59'10.1"E atau 3.674023, 100.986140

Singgah makan tengahari di Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh, Sungai Buloh Selangor

Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh
Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh

menu Warung Kita
menu Warung Kita
Perjalanan aku dari utara nak ke selatan, time tengahari nak kena cari makan tengahari la..Biasa aku akan singgah jer rnr Restoran Jejantas Sungai Buloh...tapi kali ni rasa bosan pulak nak makan dekat rnr tu...Jadi aku buat keputusan exit tol Sungai Buloh untuk cari makan tengahari.. Ni yang tol Sungai Buloh yang dekat dengan hospital Sungai Buloh yer...jangan salah exit plak๐Ÿ˜๐Ÿ˜..

Warung Kita ni dekat je dari exit tol Sungai Buloh tu...jadi takde la buang masa sangat nak ke dalam yang jauh dari tol...sebab nanti nak masuk balik tol sambung perjalanan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..

Restoran Warung Kita ni, menu sempoi je...ada ye menu tu..tapi masa aku datang ni, yang aku perasan ada satu je menu iaitu nasi kukus ayam goreng....simple jer... ayam goreng yang dipotong kecil-kecil dan di goreng panas-panas...mantappp๐Ÿ˜‹...

simple je lauknya...ayam goreng, kuah kari dan sambal
simple je lauknya...ayam goreng, kuah kari dan sambal

ayam yang dipotong dadu dan kemudianya digoreng panas-panas
ayam yang dipotong dadu dan kemudianya digoreng panas-panas

kena beratur panjang la sikit kalau datang waktu tengahari
kena beratur panjang la sikit kalau datang waktu tengahari
Air yang special dekat Warung Kita ni adalah coconut shake dan air kelapa baldi...Air kelapa baldi ni memang rare la...Jadi aku pun nak try la 2 menu minuman ni..order je dua-dua air tu๐Ÿ˜…...
air coconut shake
air coconut shake

air kelapa baldi...comel je baldi dia tu
air kelapa baldi...comel je baldi dia tu๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

air coconut shake..ada ais krim
air coconut shake..ada ais krim

dah buat banyak-banyak siap-siap, korang just ambil jer
dah buat banyak-banyak siap-siap, korang just ambil jer
Selepas dah beratur panjang...dah dapat nasi kukus ayam goreng, coconut shake dan kelapa baldi, korang kena bayar terus dekat kaunter..Diorang style bayar dulu baru makan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...
nasi kukus ayam berempah
nasi kukus ayam berempah

nasi kukus ayam berempah
nasi kukus ayam berempah

ni yang aku order untu makan tengahari aku
ni yang aku order untu makan tengahari aku

tak payah nak basuh pinggan, nak makan di kedai pun diorang bungkus je pakai kertas
tak payah nak basuh pinggan, nak makan di kedai pun diorang bungkus je pakai kertas๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Tempat makan yang agak luas dan selesa..tempat parking pun luas..tapi kalau datang waktu peak hour, memang akan ramai orang la yang datang nak makan tengahari di sini.
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita

kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
Kepada yang nak datang ke Warung Kita ni, boleh cari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Sungai Buloh. Alamat Warung Kita adalah no 95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

GPS koordinat dan google map lokasi Warung Kita ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.2247925723075284, 101.56911932913815