Showing posts with label kelang lama. Show all posts
Showing posts with label kelang lama. Show all posts

Sarapan pagi roti canai di kedai Jamal Roti Canai Duduk, Kulim Kedah

 

Jamal Roti Canai Duduk
Jamal Roti Canai Duduk

Jamal Roti Canai Duduk
Jamal Roti Canai Duduk
Jamal Roti Canai Duduk ni korang boleh cari di area Kelang Lama,Kulim. Dekat-dekat keadai jual buah. Kalau ke belakang sikit ada pasar awam. Peminat roti canai boleh la try makan roti canai di sini. Aku dengar diorang cakap sedap roti canai di Jamal Roti Canai Duduk ni. Jadi, aku pun tanpa segan silu, cari la tang mana si Jamal Roti Canai Duduk ni..

Dah jumpa kedai ni, tunggu apa lagi beb, order je la roti canai. Aku try makan roti tampal iaitu roti canai yang ditampal dengan telur.

roti canai tampal telur
roti canai tampal telur
Bagi aku oklah..sedap la gak..ramai orang sarapan di sini. Nak cari Jamal Roti Canai Duduk? Boleh rujuk GPS koordinat dan google map di bawah sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°23'19.4"N 100°33'58.8"E atau 5.388724, 100.566331

Man Cucur Udang, Kelang Lama, Kulim

cucur udang digoreng panas-panas
cucur udang digoreng panas-panas

selain cucur udang, boleh tambah makanan yang lain
selain cucur udang, boleh tambah makanan yang lain
Kalau korang nak makan cucur udang yang sedap di Kulim, korang boleh cari di Kelang Lama. Korang cari gerai MAN CUCUR UDANG. Gerai ni terletak betul-betul di simpang traffic light. Landmark korang boleh cari masjid Al-Huda.

Cucur udang ni memang padu la nak habaq kat ampa, ditambah dengan kuah kacang yang sempoi, tak ranjau punya.. ampa boleh mai try makan. Nak bungkus pun boleh, nak makan di situ pun boleh.

ni simpang traffic light yang aku snap dari depan gerai Man Cucur Udang
ni simpang traffic light yang aku snap dari depan gerai Man Cucur Udang

ni gerai dia, kiri kanan ada orang jual ayam goreng dan laksa
ni gerai dia, kiri kanan ada orang jual ayam goreng dan laksa
Untuk lebih lanjut lokasi MAN CUCUR UDANG ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°23'25.9"N 100°33'47.6"E atau 5.390513, 100.563221


Kedai Makan Kak Rose, Kelang Lama, Kulim Kedah

 'Kakkkkkkkk Rosssssssssssssseee, opah panggil!', jerit upin dan ipin kepada Kak Rose..... opssss sori, ni bukan drama upin dan ipin. Ni Kak Rose kedai makan di Kelang Lama, Kulim Kedah.

Kedai makan Kak Rose ni, korang boleh try nasi campur bila waktu tengahari dan nasi lemak bila nak sarapan pagi.

Kak Rose Kedai Makan dan Minum
Kak Rose Kedai Makan dan Minum

lauk-lauk nasi campur Kak Rose
lauk-lauk nasi campur Kak Rose

lauk-lauk nasi campur Kak Rose
lauk-lauk nasi campur Kak Rose
Kedai makan Kak Rose ni takde la besar sangat, tapi nasi campur kak rose padu gak la.. sedap pun sedaap. Sempoi ja makan-makan kak rose.
nasi campur keli goreng, tempe goreng, jelatah timun nenas
nasi campur keli goreng, tempe goreng, jelatah timun nenas
Makan simple-simple pun sedap.... Boleh la nak cuba Kak Rose ni. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°23'27.4"N 100°33'51.1"E atau 5.390948, 100.564203


Restoran makan tengahari Sila O Sila, Kulim Kedah

 Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar yang terletak di Jalan Serdang, Kampung Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah boleh korang jadikan salah satu tempat makan tengahari di Kulim. Walaupun nama restoran Sila, tapi takde plak aku nampak orang makan bersila..hihihi

Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim
 Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim

Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim
 Restoran Sila O Sila Nurul Nasi Campur dan Ikan Bakar, Kulim

Waktu tengahari ramai juga orang yang datang. Lauk tengahari pun ada pelbagai jenis, dengan ikan bakar lagi. Boleh la untuk nak isi perut.
masakan makan tengahari
masakan makan tengahari

masakan makan tengahari
masakan makan tengahari

ni nasi campur yang aku makan di Restoran Sila O Sila....
nasi cmapur makan tengahariku
nasi cmapur makan tengahariku
Lokasi Restoran Sila O Sila adalah seperti berikut:

GPS Koordinat : 5°23'06.9"N 100°34'20.3"E atau 5.385238, 100.572298

Makan Bakso di restoran Bakso Idaman, Kilang Lama, Kulim

 Peminat bakso yang ada di area Kulim, Kedah, boleh la nak cari bakso di restoran Bakso Idaman yang terletak di Kilang lama. Restoran ni agak suram la sikit...hihihihi. Tapi diorang cakap bakso sini sedap. Jadi aku pun nak cuba le jugak walaupun bakso ni bukan la preveret aku.

bakso
bakso
Selain bakso, ada juga makanan indon yang lain seperti nasi ayam penyet, keli penyet. Aku pun try la jugak set keli penyet.
set keli penyet
set keli penyet
Menu-menu lain yang ada di restoran Bakso Idaman ni, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
senarai menu bakso idaman
senarai menu bakso idaman
Jika korang teringin nak makan bakso, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

gps koordinat : 5°23'23.7"N 100°33'53.2"E atau 5.389906, 100.564769


Makan tengahari di Sinar Mutiara Indah, Kelang lama, Kulim

 Jalan-jalan kulim, then rasa lapar. Hari dah tengahari.. Jom kita terjah restoran ni yang terletak di Kelang Lama, Kulim Kedah. Sebab dah lapar sangat, terus je masuk, pilih lauk dan makannnn...

lauk nasi campur
lauk nasi campur

sinar mutiara indah, kelang lama
sinar mutiara indah, kelang lama
Boleh la untuk menghilangkan rasa lapar. Saja je nak nak bagitau korang yang aku dah penah makan kat sini..hahahaha

gps koordinat sinar mutiara indah : 5°23'25.4"N 100°33'51.6"E atau 5.390384, 100.564320

makan tengahari di restoran Nun Singgah Rasa, Kelang Lama Kulim

 Restoran Nun Singgah Rasa ni terletak di Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama, Kulim Kedah. Nun Singgah Rasa menyediakan makanan untuk juadah tengahari. Pelbagai lauk pauk ada yang pilihan korang.

restoran Nun Singgah Rasa, Kelang Lama Kulim
restoran Nun Singgah Rasa, Kelang Lama Kulim
Selain juadah nasi campur untuk makanan tengahari, di Nun Singgah Rasa juga menyediakan makanan sampingan lain juga untuk makan tengahari. Antaranya adalah nasi ayam, sup-sup (mee, bihun, megi kuay teow), makanan goreng-goreng, mee rebus dan sebagainya.
ayam goreng, ikan goreng, ulam-ulaman
ayam goreng, ikan goreng, ulam-ulaman


pelbagai jenis masakan
pelbagai jenis masakan

nasi campurku
nasi campurku

Lokasi Nun Singgah Rasa ni, korang boleh rujuk GPS koordiant dan google map seperti dibawah:
GPS koordiant : 5°23'25.7"N 100°33'51.3"E atau 5.390477, 100.564243

Dlaila Cafe & Bakery, Kelang Lama, Kulim Kedah

 Kalau korang nak cari kuih raya, kuih-kuih moden, korang boleh datang ke Dlaila Cafe & Bakery. Di sini ada pelbagai jenis kuih raya yang dijual sepanjang tahun. Kot-kot korang rasa cam nak makan kuih raya tapi bukan time raya, datang je ke sini. Di sini juga ada jual roti banggali dan kek yang diorang buat sendiri.

antara kuih raya yang ada di Dlaila Cafe & Bakery
antara kuih raya yang ada di Dlaila Cafe & Bakery

Dlaila Cafe & Bakery
Dlaila Cafe & Bakery
Selain jual kuih raya, korang juga try makanan lain yang ada di sini. Ada makanan goreng-goreng, ada roti bakar, ada koay teow thing, mee kari, sup-sup, dan ada juga set nasi putih.

Dlaila Cafe & Bakery ni kiranya dua dalam satu la... selain jual kuih, ada juga makanan lain. Kuih raya ni waktu-waktu perayaan memang production luar biasa compare dengan hari-hari biasa.

koay teow kungfu
koay teow kungfu

nasi goreng ayam
nasi goreng ayam
Kepada yang nak mencari Dlaila Cafe & Bakery ni, boleh la datang ke Kelang Lama, Kulim Kedah. Kepada yang tak biasa dengan tempat ni, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 5°23'25.6"N 100°33'51.1"E atau 5.390454, 100.564198