Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

CARA BETUL BUAT CUCUR UDANG BAGI RANGGUP

Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya.
Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup. 

BAHAN-BAHAN:
  • Sedikit Udang
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
  • Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 200gm taugeh
  • 1 pokok kucai
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
  • Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
  • Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
  • Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
  • Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. 
  • Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
  • Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
  • Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
  • Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
  • Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
  • Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

6 Sebab Kenapa Perlu Sarapan Dengan Telur Separuh Masak

 Seringkali kita lihat telur menjadi makanan utama dalam menu sarapan. Malahan, ia menjadi kegemaran ramai untuk diambil sebagai pemula hari yang baharu agar lebih bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti. Di sini, kami kongsikan beberapa khasiat dan kebaikan bersarapan dengan telur separuh masak.

1. Membantu Pembentukan Otot
Pengambilan telur separuh masak membantu dalam membentuk otot tegap dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

2. Menurunkan Berat Badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi tenaga. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber tenaga yang jauh lebih baik, jika dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama.

3. Menguatkan Daya Ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak seseorang.

4. Mencegah Penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara tetap boleh membantu tubuh, organ tubuh, serta fungsinya mengelak daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

5. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat, dan kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

6. Baik Untuk Mata
Vitamin A yang terkandung dalam telur separuh masak adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A nya jauh lebih banyak, berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Sumber: Women Online Magazine  ResepiMasterChefFazleyYaakob 

Rahsia 5 Teknik Masakan Sihat

 1. Celur
sayur sayuran seperti bendi , asparagus, carrot , kacang boleh di celur dalam 30 saat-1 minit jangan celur terlalu lama nanti khasiat sayur akan larut dalam air celur tadi

2. Kukus
teknik Kukus juga sangat baik untuk kesihatan kerana kita tidak menggunakan minyak langsung , pelbagai resepi mudah boleh dilakukan , ikan siakap kukus halia sangat mudah dan di tambah dengan herba Halia yang menyihatkan , jangan tenguk aje cuba tau ..

3. Rebus
Teknik Rebusan ini boleh kita buat masakan asam pedas ikan atau ayam , asam pedas tidak ada minyak kerana kita tidak menumis kan ..campak aje bahan-bahan tunggu hingga masak letak ikan atau protein lain ..mudah kan !

4. Sup
teknik sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup ada herba-herba seperti kulit kayu manis , bunga cengkih dan herba lain. teknik sup ini juga tidak memerlukan minyak dan sangat sihat .

5. Bakar
Teknik bakar,salah satu teknik yang sangat mudah , kalau nak pilih makanan kat luar pun boleh ambil ikan bakar atau ayam bakar , ini sudah tentu lemaknya dah habis di bakar kan …  

10 jenis makanan ini anda kena elak daripada simpan dalam peti ais

1. Ubi Kentang
Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang….

2. Tomato
Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomat0 kehilangan kesegaran dengan lebih cepat…

3. Madu
Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari….Menyimpan di dalam peti ais akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras.

4. Tembikai
Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil.

5. Bawang
Ramai yang tersilap bahagian ini. Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan.

6. Roti
Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering…. Ya, b0leh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka….

7. Kopi
Ianya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, barkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya.

8. Bawang putih
Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam pet sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih….

9. Sos
Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering….

10. Tumbuhan herba
Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti ais akan menyebabkan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air…. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik

BAGAIMANA MEMASAK LEMANG DENGAN BETUL

 1. Buluh
Gunakan buluh yang sesuai elakan mengambil buluh yang nipis seperti 'buluh telur' atau buluh yang terlalu tebal. Buluh yang nipis akan mudah pecah dan buluh yang tebal melambatkan proses pembakaran lemang. Potong Buluh mengikut kesesuaian, panjang yg dicadangkan adalah lebih kurang 80 cm bersamaan 2.5 kaki. kalau terlalu panjang dikuatiri lemang sebelah atas tidak masak dgn sempurna. Setelah buluh dipotong mengikut saiz buluh- buluh tersebut hendaklah dibersihkan dahulu.

2. Daun pisang .
Daun yang sesuai adalah yg tidak tua dan tidak terlalu muda. Daun pisang tua akan mudah pecah bila di masukan kedalam buluh dan daun pisang terlalu muda pula akan melekat pada pulut setelah masak nnt. Daun pisang jenis pisang hutan (pisang karuk), pisang Awak, dan pisang kapas adalah yg paling baik untuk dibuat daun lemang, jenis pisang2 lain juga bole di gunakan. potong mengikut saiz  dan bersihkan daun dengan mengelap dgn kain basah.

3. Cara-cara memasukkan daun pisang.
Ambil pelepah pisang (yang sederhana kecil) dibelah dua dan tinggalkan dalam 1/2 kaki (jgn di belah sampai pangkal) untuk dibuat “telutuk”. Telutuk ini gigunakan untuk menyepit daun pisang dan digulung semasa memasukan kedalam buluh. Sebaiknya tindanan daun pisang dalam buluh hanya sedikit sahaja.

3. Pulut dan Santan Kelapa
Satu gantang pulut memerlukan 3-4 biji kelapa, lebih byk santan lebih enak lemangnya. Bersihkan pulut dan rendam pulut dalam santan dan masukan sedikit garam dalam santan tersebut. Masukkan pulut dan santan kelapa kedalam buluh pelahan-lahan sehingga  sejengkal dari paras atas buluh, memberi ruang untuk pulut mengembang semasa pembakaran. Setelah diisi sumbat di bahagian atas dgn daun pisang dan dicampurkan dgn daun pandan untuk memberi aroma baun pandan pd lemang bila sudah masak… setelah buluh siap diisi dgn pulut dan seterusnya di letakan di lanngai dan sedia untuk di bakar.

4. Api/ Langgai
Sediakan Langgai seperti dalam gambar dan hidupkan api. Peringkat awal api yang menyala hendaklah jauh dari buluh lemang yang diletakkan di langgai, anggaran 1.5 kaki. Kalau terlalu dekat menyebabkan buluh akan hangus terbakar. Setelah kayu yang sudah berbara (tidak menyala lagi), barulah di alihkan dekat dgn buluh sehingga santan kering. Untuk memanaskan bahagian bawah buluh tersebut, setelah buluh bertukar warna kedudukan buluh di letakan lebih condong daripada sebelumnya dan serakan bara-bara api di bawah buluh untuk memaskan bahagian atas lemang tadi

Tips Murah Rezeki

  1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.
  2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh. 
  3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. 
  4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
  5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
  6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
  7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang. 
  8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
  9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
  10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. 
  11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. 
  12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. 
  13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
  14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
  15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri. 

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

KEBAIKAN MAKAN BAWANG PUTIH BAKAR

  1. Bawang putih atau nama glamornya, stinky rose. Mungkin sebab bentuk macam bunga ros serta bau kuat semerbak.
  2. Bawang putih ni tersangat padat dengan antioksida power. Nak makan mentah tu fikir dua kali juga. Apakata ambil yang dibakar?
  3. Bila bakar, tekstur bawang bertukar jadi berkrim dan bau kuat berkurang sedikit.
  4. Boleh makan sehari tu ambil 1-3 ulas. 
  5. Ambil sebelum sarapan untuk kesan maksimum.
  6. Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Legakan hypertension. Rangsang selera makan dan sistem usus. Elok untuk legakan sakit sendi.
  7. Lindungi diri dari risiko flu demam. Bantu detoks darah. Kawal tekanan darah. Tingkatkan penyerapan zat besi.
  8. Boleh masukkan dalam diet harian.
Kredit to Dr Rizal 

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA

 1. Sembahyang jemaah bersama-sama.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari.
4. Mandi bersama sekali-sekala.
5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.
6. Isteri tidur di atas lengan suami.
7. Mesra dengan suami.
8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU
9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.
10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.
11. Berhias untuk pasangan masing-masing.
12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.
13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.
15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.
16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.
19. Bentuk sifat cemburu yang positif.
20. Jadilah suami yang pemaaf.
21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.

PETUA DAN TIPS MASAKAN

1. Elak Pedih Mata Kupas Bawang Merah  
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih. 
 
2. Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali  

Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.  
 
3. Warna Sambal Cantik  
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah. 
 
4. Buat Rendang  
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi. 
 
5. Kurangkan Masin Makanan  
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.  
 
6. Tomato Kekal Segar  

Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh. 
 
7. Daging Cepat Empuk  
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu 
 
8. Timun Rangup  
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.  
 
9. Elak Nasi Cepat Basi  
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap. 
 
10. Taugeh Kekal Segar  
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais. 
 
11. Mudah Kupas Telur Rebus  
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak kupas kulit telur semudah abc. 
 
12. Ayam Goreng Sedap  
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing. 
 
13. Ayam Goreng Rangup  
Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.  
 
14. Nasi Lemak Cepat Masak  
Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak. 
 
15. Tahu Tahan Lama  
Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.  
 
16. Pekatkan Kuah Sup  
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau. 
 
17. Mata Pisau Blender Kekal Tajam  
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye 

Selamat mencuba

Kredit:Tip Masakan dan Resepi 

TIP UNTUK BUAT BISKUT

  1. Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair - akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
  2. Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
  3. Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh - mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
  4. Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak 'gluten' daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
  5. Selalu 'rehatkan' doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu 'rehatkan' doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
  6. Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan 'direhatkan'. Jangan 'rehatkan' kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali arus, doh itu akan mula keluar minyak - menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
  7. Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
  8. Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
  9. Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
  10. Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar - yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
  11. Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas 'cooling rack'. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas 'cooling rack', wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
  12. Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
  13. Untuk biskut yang mengandungi 'peanut butter', lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana 'peanut butter' itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.

Credit :Maz Samad

Tips untuk lebatkan rambut

1- Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

2- Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

3- Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

4- Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

5- Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

6- Tip-tip lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.

7- Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.

8- Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.

6 TIPS BERGUNA UNTUK ELAK JADI MANGSA SCAMMER

Semenjak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah penipuan berlaku melibatkan pengguna yang mengakibatkan mangsa terpaksa menanggung kerugian besar apabila ditipu oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam era dunia digital hari ini, tanpa kita sedar sebenarnya nombor telefon kita adalah data peribadi yang paling berharga dan jika diperoleh penjahat, dengan mudah mereka dapat menipu pengguna. Sebelum lebih ramai yang terkena, berikut merupakan tips asas untuk elakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer.

1. Jangan Jawab Panggilan Antarabangsa

Ini taktik yang selalu digunakan oleh scammer luar. Jadi, jangan sewenang-wenangnya menjawab panggilan daripada nombor telefon luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi

Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Jika ada pihak meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut jangan layan panggilan tersebut. Nanti anda termakan ayat-ayat manis scammer!

3. Catat Segala Maklumat Pemanggil

Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda. Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

4. Jangan Muat Turun Aplikasi Yang Mencurigakan

Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda. Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.

5. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan

Jika anda ada menerima panggilan yang tidak dikenali dan agak mencurigakan berulang kali, catatkan butiran dan nombor berkenaan dan terus hubungi talian khidmat pelanggan dan nyatakan segala butiran perbualan anda sebelum ini. Pastikan talian yang anda hubungi itu betul. Cara mudah, layari laman web rasmi pihak yang berkenaan.

6. Guna Aplikasi Untuk Menyekat Panggilan

Playstore dan iOs sering mengeluarkan aplikasi yang boleh menyekat panggilan. Fungsi ini amat berguna kerana masa panggilan diterima, sesetengah aplikasi boleh detect dan paparkan nombor berkenaan sebagai scammer dan sebagainya. Salah satu contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah Truecaller.