Showing posts with label Sungai Besar. Show all posts
Showing posts with label Sungai Besar. Show all posts

Minum kopi di Kafe Zus Coffee, Sungai Besar, Selangor

Kafe Zus Coffee, Sungai Besar, Selangor
Kafe Zus Coffee, Sungai Besar, Selangor

kaunter zus coffee
kaunter zus coffee
Sekarang ni Zus Coffee tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, mana-mana saja mesti ada Zus Coffee ni. Kafe Zus Coffee yang aku terjah ni terletak di Sungai Besar, Selangor dan beralamat di No 33 (Ground Floor, Jalan Panchang Bandena, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor.
dessert yang ohsem dan sedap
dessert yang ohsem dan sedap😋😋😋

menu minuman Zus Coffee
menu minuman Zus Coffee

antara menu makanan di Zus Coffee
antara menu makanan di Zus Coffee
Di Zus Coffee Sungai Besar ni, aku just nak beli minuman jer....aku pilih air creamy manggo dan air iced velvet creme latte...Air kopi standard la kalau kafe-kafe macam ni..tapi zus cafe ni ada perisa lain antaranya yang aku beli ni air creamy manggo...padu bak hang!
air creamy manggo dan air iced velvet creme latte
air creamy manggo dan air iced velvet creme latte
kepada yang nak try minum kopi di Zus Coffee ni, boleh cari di Sungai Besar berdasarkan alamat yang aku dah bgtau di atas atau korang boleh saja ikut GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°40'25.2"N 100°58'59.7"E atau 3.673669, 100.983255

Minum kopi santai-santai di Richiamo Coffee Cafe di Sungai Besar, Selangor

 

Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar

Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Richiamo Coffee Cafe, Sungai Besar
Kafe Richiamo Coffee ni beralamat di Business Centre, 6, Jalan SBBC 7, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor. Nik kira kafe hipsters la...sekarang ni dah banyak kafe-kafe macam ni tumbah bagai cendawan selepas hujan.

Richiamo coffee ni pun sempoi jugak...kopi pun padu...selain tu ada jugak makanan western yang light-light serta menu yang paling wajib ada di kafe macam ni adalah dessert a.k.a pencuci mulut😋😋

antara menu air di richiamo coffee
antara menu air di richiamo coffee

dessert dah tinggal sikit je lagi, sebab aku datang dah lewat petang...
dessert dah tinggal sikit je lagi, sebab aku datang dah lewat petang...
Jadinya, aku masuk ke richiamo coffee ni, terjebak la jugak membeli dalam ni. Air aku pilih untuk try ice salted caramello cuppuccino, spaghetti carbonara dan macaron orange.
macaron orange
macaron orange

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

ice salted caramello cuppuccino
ice salted caramello cuppuccino
Untuk kakitangan kerajaan yang makan di sini, korang boleh dapat diskaun 10%...sapa mau bagi kan...untunglaaaaaaaa kakitangan kerajaan..
diskaun 10% kepada kakitangan kerajaan
diskaun 10% kepada kakitangan kerajaan

kaunter untuk order dan buat bayaran richiamo coffee
kaunter untuk order dan buat bayaran richiamo coffee

deko dalaman menggunakan warna hitam sebagai tema utama
deko dalaman menggunakan warna hitam sebagai tema utama
Kepada yang nak santai-santai minum kopi, boleh la datang terjah kafe richiamo cofffe ni yang terletak di Sungai Besar, Selangor. GPS koordinat dan google map lokasi Richiamo Cofffee ni boleh rujuk seperti di bawah ni.
GPS koordinat: 3°40'24.5"N 100°59'20.5"E atau 3.673481, 100.989026

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar, Sungai Besar, Selangor

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Aku singgah sini nak makan isi perut aku yang lapar ni si Sungai Besar, Selangor. Aku macam pelik sikit la gerai ni..sebab tajuk gerai ni Ali Char Kuey Teow & Ikan bakar....tapi bila aku masuk ke dalam, tempat ni seolah-olah macam food court la..ada 2-3 lagi gerai/kiosk dalam ni yang jual makanan yang lain😁😁😁😁
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu😎
Dalam ni juga ada menu lain seperti Very nice burger, Char koay teow, Yong tau foo, Sotong celup tepung....Disebabkan aku ni lapar nasi, jadi aku order la nasi goreng daging dan telur dadar...
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusss
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusss😅

nasi goreng daging telur dadar
nasi goreng daging telur dadar
not bad jugak la nasi goreng ni..layannnnnn....

Kalau korang nak try makan di sini, boleh cari di Pekan Sungai Besar ni..kalau dari jalan besar, kena masuk ke dalam sikit..GPS koordinat dan google map lokasi gerai ni seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°40'26.5"N 100°59'10.1"E atau 3.674023, 100.986140

Restoran Mamak Hidayat RHM, Sungai Besar, Selangor

 

Restoran Hidayat RHM
Restoran Hidayat RHM

Restoran Hidayat RHM
Restoran Hidayat RHM

Peminat-peminat restoran mamak, sila la try makan di restoran Hidayat RHM yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Standard restoran mamak, semua menu sama saja kalau korang pergi mana-mana restoran mamak yang style macam ni. Ada roti canai, nasi lemak, makanan goreng-goreng dan juga nasi kandar. Cumanya kalau korang nak makan nasi kandar yang asli dan padu, korang kena datang ke Pulau Pinang la. Klik SINI.

senarai menu restoran Hidayat RHM
senarai menu restoran Hidayat RHM

roti canai

nasi kandar
nasi kandar
Restoran Hidayat RHM ni korang boleh cari dalam pekan Sungai Besar. Korang pusing-pusing je dalam tu, nanti korang akan jumpa gak restoran ni.
gps koordinat dan google map restoran ni boleh rujuk seperti di bawah.
GPS Koordinat : 3°40'24.2"N 100°59'23.1"E atau 3.673377, 100.989756

Sarapan pagi di restoran Al Manara, Sungai Besar, Selangor

restoran al-manara
Al-Manara ni sebenarnya restoran nasi kandar yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Bukan setkat nak sarapan pagi, nak makan tengahari, makan petang, malam malam, makan tengah malam....semuanya boleh kat sini..itulah kelebihan kedai mamak sebenarnya. Cuma kali ni aku nak fokus kat sarapan pagi di sini. Apa yang aku tengok, ramai jugak orang pilih Al-manara ni untuk bersarapan pagi. Bukan setakat roti canai, nak makan yang goreng-goreng pun ada. Nak makan yang berat-berat a.k.a nasi kandar pun aku tengok ada jugak untuk sarapan...Minuman standard kalau datang kedai mamak, biasanya kebanyakkan orang order teh tarik. Untuk menu sarapan pagi aku kali ni, aku makan roti bom dan minum teh tarik.
dalam restoran al-manara

teh tarik

roti bom
lokasi restoran nasi kandar Al-Manara ni, korang boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah:
gps koordinat restoran Al-Manara Sungai Besar: 3°40'28.6"N 100°58'55.2"E

Restoran Arina Sona Seafood Sungai Besar, Selangor

Salah satu alternatif tempat makan malam di Sungai Besar, Selangor. Restoran Arina Seafood ni dekat dengan traffic light dan surau. Seperti biasa, restoran seafood ala-ala Thai ni menu lebih kurang sama ja...beza sedap dengan tak sedap je...
Pandangan depan restoran Arina Sona Seafood Sungai Besar

restoran Arina Sona Seafood Sungai Besar

ramai pelanggan datang di Arina Sona Seafood
Lokasi Restoran Arina Sona Seafood, boleh rujuk gps koordinat seperti di bawah.

3°40'19.4"N 100°59'34.3"E

Satay Haji Samsuri, Sungai Besar Selangor

Satay Haji Samsuri memang dah terkenal seantero Malaysia...bagi yang duduk di Sungai Besar Selangor, kat sini pun ada orang jual satay haji samsuri ni..makanya, senanglah rakyat jelata Sungai Besar nak makan satay samsuri..hahahahahahahahaha...
Lokasi Satay haji Samsuri, Sungai Besar

Tengah bakar satay
Senang nak cari tempat ni sebab kat sebelah jalan utama je...antara dua simpang empat traffic light main road kat Sungai Besar ni...Boleh juga guna gps koordinat yg kat bawah sekali tu...
Satay yg belum dibakar

Satay yg sudah dibakar
GPS koordinat : 3°40'27.4"N 100°59'30.7"E

Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar, Selangor

Keunikan restoran ni, macam-macam stall dalam satu restoran ni....ada yang jual laksa, char koey teow, mee kari, makanan goreng-goreng dan banyak lagi. Feveret aku kat sini, cucur udang diorang..selalunya aku beli cucur udang jer...yang lain kadang-kadang....
Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar, Selangor

Suasana dalam restoran Kuala Kurau
Ramai gak yang datang restoran ni, kadang-kadang aku nampak diorang terpaksa buka khemah tambahan untuk pelanggan...mungkin aku rasa restoran ni macam yang aku cakap tadi, dalam ni banyak stall yang jual makanan....ala-ala restoran cina.....kan restoran cina kalau kita tengok style banyak stall dalam satu restoran....