1

2

3

4

Resepi Spageti Carbonara Homemade

Spageti Carbonara Homemade
Spageti Carbonara Homemade 

Bahan-bahan:
  • 1 paket spageti
  • 2 1/2 tin susu cair ATAU susu krim penuh dalam kotak
  • Marjerin
  • Minyak
  • Daging cincang
  • Bawang dadu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Cendawan
  • Sosej
  • 3 keping keju
  • Lada hitam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Pasli
  • Oregano
Cara-cara:
  • Rebus spageti sehingga menjadi ‘al dente’, dan tambahkan 2 sudu besar minyak untuk mengelakkan spageti bergumpal bersama-sama setelah sejuk
  • Dalam kuali, masukkan marjerin dan minyak dan tumis bawang hingga wangi
  • Masukkan tepung gandum, gaul sebati sebelum menambah lada hitam dan daging cincang
  • Campurkan semua bahan dan kemudian masukkan cendawan dan sosej
  • Seterusnya, masukkan susu dan kacau hingga menggelegak
  • Kemudian masukkan hirisan keju dan perasakan dengan garam, gula dan Maggi Cukup Rasa
  • Akhir sekali, masukkan oregano, pasli atau kedua-duanya
Nota: Kuah akan menjadi lebih pekat setelah sejuk kerana kandungan tepung gandum dan keju

Kredit resipi: Nurul Husna Mohamed Daud

No comments:

Post a Comment