1

2

3

4

Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan, Plaza Ivory, Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang

Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan
Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan ni terletak di tingkat bawah plaza Ivory di Bukit Gambir, Gelugor Pulau Pinang. Lebih kurang macam food court la di sini. Banyak deretan kedai makan yang korang boleh pilih. Aku focus dua kedai makan ni sebab yang ni je aku try makan. Serai Thai Cafe dengan Aris Cheese Nan sebelah menyebelah jer. Mulanya aku makan di Serai Thai Cafe, kemudiannya tengok cheese nan macam sedap jer, so terjebak la nak order cheese nan.
Di Serai Thai Cafe, standard la menu diorang..makanan ala thai. Bole tengok menu Serai Thai Cafe seperti di bawah.
senarai menu Serai Thai Cafe
Dari banyak-banyak makanan dari senarai menu tu, aku just order nasi goreng ayam kunyit dan nasi paprik.
nasi goreng ayam kunyit

paprik ayam
Then order pulak cheese nan ayam tandori di gerai Aris Cheese Nan bersebelahan dengan Serai Thai Cafe. Cheese nan memang terbaik di sini. sedap dan lazat.
cheese nan ayam tandori

cheese nan yang cheese sempoi
Kepada sesiapa yang nak cuba makan di Serai Thai Cafe dan Aris Cheese Nan ni bolehlah datang ke Ivory Plaza tingkat bawah sekali food court nih. Bertentangan dengan Plaza Ivory ni, ada bangunan yang pelik sikit macam gambar di bawah ni.
landmark bangunan yang bertentangan dengan Ivory Plaza
gps koordinat : 5°21'31.2"N 100°17'32.0"E atau 5.358657, 100.292232

Makan roti nan cheese ayam tandoori di Kapitan, Jalan Chulia, George Town, Pulau Pinang

Roti nan cheese ayam tandoori

nan cheese
Satu lagi restoran  Kapitan yang korang boleh pergi makan ada restoran Kapitan di Jalan Chulia, George Town Pulau Pinang. Aku kat sini datang nak makan roti nan cheese jer. Sebenarnya ada macam-macam lagi makanan di sini. Ada nasi kandar, nasi briyani dan lain-lain lagi lah. Nak cakap roti nan cheese ayam tandoori yang aku makan ni sedap. Tu jer...hhehe
restoran Kapitan, Jalan Chulia, George Town, Pulau Pinang

lebih kurang macam ni la dalam kapitan chulia nih
Kepada yang nak datang sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat : 5°24'58.2"N 100°20'18.9"E atau 5.416165, 100.338583

Makan-makan di Kompleks Makanan Padang Brown, Pulau Pinang

Kompleks Makanan Padang Brown, Pulau Pinang

banyak gerai makanan yang sedap-sedap kat sini
Salah satu tempat makan yang famous di Pulau Pinang adalah di Kompleks Makanan Padang Brown, George Town.
Banyak gerai-gerai jualan yang best di sini. Macam Food court Padang Kota gak, tapi yang ni lagi besar.
Cuma untuk ke sini korang kena hadap jem sikit kalau waktu puncak. Lagi satu bila dah masuk ke dalam kawasan Kompleks Makanan Padang Brown, ada kaunter, kena bayar tol(parking) dulu, lepas cari la parking. Part ni la korang kena bertabah. Sebabnya susah ya amat nak dapat parking. Dah la kawasan sempit, sesak pulak tu... Tapi demi sesuap makanan yang best-best di sini, ku gagahi jua..hihihii... dan akhirnya dapat jugak parking.
Dah settle parking, terus ke kawasan food court tu, cari meja kosang. Korang tak sempat nak duduk lagi, dah sampai 2-3 orang datang nak ambil order. Macam di food court Padang Kota gak la.
Ada benda yang korang boleh order je kat situ, ada benda yang korang kena pergi sendiri kat gerai terutamanya kalau korang nak makan pasembur. Pasembur ini kena ambil sendiri sebab ikut bajet kita nak makan banyak mana. Kalau order di meja nanti diorang pilih yan mahal-mahal, penat la korang nak bayar.
pilih apa yang korang nak dalam pasembur korang, ambil banyak harga pun banyak la

Pasembur Kompleks Makanan Taman Brown
Selain pasembur, aku juga makan sate dan laksa. Minum saja nak try coconut shake. Ada juga steambot di sini. Korang boleh duduk dimeja yang dah ada siap-siap makanan steambot ni.
laksa 

sate

coconut shake

steambot
Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang menarik di Kompleks Makanan Padang Brown ni. Korang boleh cuba mee mamak, sup cicah roti benggali, kerang bakar dan banyak lain lah..
gerai-gerai

kerang bakar
Kepada yang nak datang ke sini tapi tak tahu kat mana? Aku sediakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°24'51.4"N 100°19'00.3"E atau 5.414288, 100.316738

Cara-cara nak redeem point Plusmiles

plusmiles kad
Rasanya semua orang ada kad ni. Sebabnya nak masuk lebuhraya mesti kena guna kad plusmiles. Tak kisah lah sama ada nak juga untuk touch n go ataupun smartag.
Mungkin ramai yang tak tahu, jika boleh redeem point plusmiles ni untuk dapatkan makanan secara tebusguna point plusmiles. Dulu plusmiles ni boleh redeem balik tambah nilai. Start 2019, redeem tambah nilai dah tak dibenarkan. Plus ubah dari redeem tambah nilai ke redeem makanan pulak. Boleh Tak boleh redeem kat semua jenis makanan ek. Hanya dekat tempat-tempat yang ambil bahagian sahaja.
Bagaimana nak redeem????
Kalau korang nak redeem point plusmiles, pertama sekali kena daftar dulu kat korang dalam website plusmile, https://plusmiles.com.my/landing. Dah daftar, kemudiannya korang kena install apps Plusmiles dalam handphone korang. Lepastu korang dipersilakan guna plusmiles tu untuk kumpul point.
Setelah sekian lama korang dah guna, so tibalah masa nak redeem.
Dalam apps plusmiles, boleh pilih makanan yang nak redeem
Korang buka apps plusmiles dalam android handphone korang. Check point korang banyak mana dah. Macam point aku nih dah 6195.
Bila korang nak redeem korang pilih makanan dalam list tersebut. Ada pizza hut, ada KFC, ada dunkin donut dan banyak lagi.
Kata korang nak makan KFC, korang boleh pilih untuk tengok restoran-restoran KFC yang ambil bahagian.
Kalau nak makan dunkin donut, tengok dalam senarai outlet location tu sama ada outlet yang depan mata korang tu ambil bahagian ataupun tak.
Aku bagi contoh la yang aku pernah redeem. Aku redeem di dunkin donut, di rnr tapah dan juga rnr rawang. Tak semestinya di rnr ek. So tengok dalam list outlet location yang ambil bahagian.

klik dekat dunkin donut
list outlet dunkin donut
Then, lepas korang dah confirm yang outlet yang depan korang boleh redeem point, korang bagitau dekat cashier tu kata korang nak redeem. Nanti cashier tu akan cakap la berapa banyak donut yang korang boleh redeem.

pilih dunkin donut
tekan button redeem





Pilih dunkin donuts dan kemudian scroll ke bawah. Ada button REDEEM REWARD NOW. Tekan button tu. 
Untuk nak redeem satu donut, kena guna 400 point. Kalau dua donut, 800 point la kan... Camtu la seterusnya.








bagi hp kat cashier
dah berjaya redeem





Lepas korang dah tekan button redeem tu, akan keluar pop up menu important note yang minta korang untuk pass hp kat cashier. Lepas tu cashier akan buat procedure yang seterusnya lah. Then, settle la redeem tu.... dapatlah korang makan donut tu...selesai..
Dunkin Donuts