Mana nak cari nasi beriani dengan cheese nan di tengah-tengah KL?

RMSY house of real beriani

dalam restoran RMSY
Kat mana nak cari nasi beriani dan roti nan/cheese nan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur nih?
Mungkin ada banyak yang korang boleh explore di Kuala Lumpur ni. Yang aku nak bawa korang kali ni adalah di restoran RMSY house of real beriani yang beralamat di Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur berhampiran dengan jalan TAR.
So, bila dah sampai apa lagi, terus la terjah restoran ni. Nak dijadikan rezeki, dapat parking betul-betul depan restoran. Parking agak susah gak la nak dapat.
Kalau tengok dalam menu, banyak juga yang diorang sediakan. Tapi semuanya berkaitan dengan nasi beriani dengan roti nan la.. Korang boleh rujuk dalam menu seperti dalam gambar di bawah.
Dah puas study menu, jadi sampai masanya untuk mengorder makanan.....
Pilihan nasi beriani ada dua iaitu nasi beriani ayam ros dengan nasi beriani agam goreng berempah.
Disebabkan dari review orang ramai, diorang cakap cheese nan terbaik di sini, aku pun selit la juga order cheese nan tu...
nasi beriani ayam goreng rempah

nasi beriani ayam ros

Cheese nan

senarai menu makanan

senarai menu minuman
Kepada yang nak datang ke restoran ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 3°09'30.0"N 101°41'48.7"E atau 3.158326, 101.696855

No comments:

Post a Comment