Pekan Rabu (pasar pagi) Simpang Empat Semanggol

Pekan Rabu Simpang Empat semanggol
Pekan Rabu ni adalah pasar pagi sebenarnya. Lokasi Pekan Rabu ni adalah di Simpang Empat Semanggol, Perak. Penduduk tempatan panggil pasar pagi ni sebagai Pekan Rabu. Dalam seminggu, hanya sekali je ada iaitu pada setiap hari Rabu. Pekan Rabu ni memang boleh masuk dalam Malaysia book of record sebagai pasar pagi yang paling lama bertahan sehingga hari ni. Apa taknya, Pekan Rabu ni wujud sejak zaman mak aku kecil lagi. Mak aku pun tak tahu bila sebenarnya Pekan Rabu ni mula beroperasi. Mak aku sekarang ni umur dah 70++, maknanya Pekan Rabu ni lebih tua dari mak aku. Aku pun masa aku kecil-kecil memang suka pergi ke Pekan Rabu ni. Disebabkan Pekan Rabu ni hari Rabu, iaitu waktu sekolah, jadi terpaksa tunggu cuti sekolah untuk nak pergi ke Pekan Rabu ni. Memang excited kalau dapat pergi Pekan Rabu. 
Yang bestnya di Pekan Rabu ni, kebanyakan peniaga adalah warisan turun-temurun. Dari bapak turun ke anak berniaga. Masa kecil-kecil aku tengok peniaga yang muda, sekarang bila aku berkesempatan untuk pergi ke Pekan Rabu ni, aku dapati peniaga yang sama, tapi dah tua, siap anak pun dah besar bantu bapak berniaga. Uniknya Pekan Rabu ni!
mee goreng, koew teow goreng Pak Ndak
Mee goreng Pak Ndak ni dari aku kecil sampai la dah beranak pinak sekarang ni, kalau datang je Pekan Rabu mesti aku beli mee Pak Ndak ni. Satu lagi makanan feveret aku di sini adalah pasembor...memang terbaik, dari dulu sampai sekarang sedap masih maintain. Cuba harga je berubah mengikut peredaran zaman. Bayangkan la aku beli pasembor masa kecil dulu dalam 60-70sen je..zaman mak aku kecil lagi la murah kan...sekarang harga dalam RM2-3 ringgit sebungkus. Itu la warisan berniaga turun termurun di Pekan Rabu....
Video kat bawah ni adalah sebahagian dari gambaran Pekan Rabu tahun 2018. Aku tak rakam setiap lorong la...Kalau korang ada video Pekan Rabu yang lama, yang legend, boleh la share di sini.


Lokasi Pekan Rabu Simpang Empat Semanggol, Perak ni, korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah. Tapi ingat ek, Pekan Rabu ni hanya ada pada hari Rabu dan waktu pagi sahaja.
GPS koordinat Pekan Rabu Simpang Empat Semangol : 4°57'04.0"N 100°37'40.6"E

No comments:

Post a Comment