Showing posts with label Yong Tau Foo. Show all posts
Showing posts with label Yong Tau Foo. Show all posts

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Kuah Yong Tau Foo
Kuah Yong Tau Foo

Bahan-bahan: 
  • 3 sudu besar serbuk cili - saya pakai brand Faiza
  • 6 sudu besar gula merah, dilarutkan dengan 2 cawan air
  • 1/2  botol sos cili - saya pakai brand Life
  • 1/2 botol kicap pekat manis - saya pakai kicap Haji
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar petis udang - tak guna pun boleh je
  • 3 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan air sehingga larut (tak berketul)
  • 2 sudu besar bijan (dipanggang duhulu)
  • Serbuk kacang tanah
  • Boleh tambah garam atau gula jika perlu.
Cara penyediaan:
  • Dalam periuk, campur serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap pekat, petis udang dan bancuhan air bersama gula merah. Kacau rata sehingga sebati. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih sambil dikacau
  • Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat.
  • Bila nak hidang, gaul dengan bahan-bahan frozen yang dicelur terlebih dahulu termasuk kangkung. Tabur kacang tanah hancur dan bijan. Siap!

Yong Tau Foo di Food Court Mydin Bertam, Kepala Batas

 

yong tau foo
yong tau foo
Yong Tau Foo yang paling sempoi, tak boleh lawan la dengan yong tau foo belakang bomba di Taiping Perak... Dekat Taiping memang padu...makan banyak-banyak pun tak rasa muak....Tapi kalau korang ada kat area Bertam Kepala Batas ni, kalau nak lepaskan gian yong tau foo Taiping tu, boleh la cari di Food Court Mydin Bertam.
boleh pilih apa yang korang nak...lagi banyak, lagi tinggi le kos harganyer...
boleh pilih apa yang korang nak...lagi banyak, lagi tinggi le kos harganyer...

gerai Yong Tau Foo, Mydin Bertam
gerai Yong Tau Foo, Mydin Bertam
Kepada yang nak makan yong tau foo, boleh la cari di Mydin ni...Senang je nak cari..tapi aku sertakan juga la GPS koordinat dan google map mydin ni..

GPS  koordinat: 5°31'08.8"N 100°28'41.1"E atau 5.51909730315493, 100.47808996998859


Setelah sekian lama, aku kembali try makan Yong Tau Foo belakang bomba di Taiping, Perak

yong tau foo
yong tau foo
Yong tau foo belakang bomba di Taiping ni memang padu...kiranya kalau korang nak makan yong tau foo yang sedap, boleh cari di Taiping, Perak....Di Taiping ni memang famous la yong tau foo belakang bomba ni...Sebenarnya adalah dah pernah review yong tau foo belakang bomba ni...boleh check posting aku berkenaan dengan yong tau foo ni yang aku tulis pada tahun 2018....kini aku kembali lagi untuk makan lagi yong tau foo😀😀😀
korang boleh pilih mana yang berkenan di hati
korang boleh pilih mana yang berkenan di hati

Seri Kenangan Yong Tau Foo
Seri Kenangan Yong Tau Foo
Ada 3-4 gerai yang jual yong tau foo ni...aku pilih nak try makan di Seri Kenangan yong tau foo pulak. Masa aku datang dulu, aku try gerai yang lain...di sini pun sedap...di tambah pulak dengan kuahnya yang pekat likat melekat....fuh...boleh request nak kangkung kalau korang nak...sotong pun ada...tapi aku tak ambil sotong la...😎
tempat famous, mesti la ramai orang datang
tempat famous, mesti la ramai orang datang
Gerai-gerai yong tau foo di sini sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin memcuba makan yong tau foo yang padu nih...tempat famous la katakan....Yong tau foo ni jugak menjadi salah satu daya penarik di Taiping ni...Sangat rekomen untuk korang mencuba...padu!

GPS koordinat yong tau foo belakang bomba: 4°51'00.7"N 100°44'36.0"E atau 4.850196, 100.743324

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Yong Tau Foo
 Yong Tau Foo

Kuah hitam
  • 2 sudu makan taucu
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4-5 sudu makan gula
  • 3 cawan air
Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, pastu masak bagi mendidih sekejap.

 Kuah merah
  • 1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 4- 5 sudu makan gula
  • 3 cawan air
  • 1/4 sudu makan garam
Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
  • 3 sudu makan cili blend
Cara-cara: 
  • Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk. Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
  • Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap
Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
Selamat mencuba! Sedap tau, boleh jimat, makan kat rumah hanya beli bahan-bahan je. Resepi ni boleh buat niaga tau!

Credit resepi:Hamidah ida
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

Yong Tau Foo Belakang Bomba, Taiping Perak

beberapa kedai yong tau foo

Kak Lia Yong Tau Foo
Yong Tau Foo belakang bomba di Taiping, Perak memang tempat famous yang patut korang cuba jika berada di Taiping.
Kenapa belakang bomba? Sebabnya gerai makan ni memang di belakang balai bomba pun. Tempat ni memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan yong tau foo. Selain tu makan lain pun ada juga la...
Antara banyak-banyak gerai yong tau foo, aku pilih gerai no 17 iaitu Kak Lia Yong Tau Foo sebab ramai je aku tengok orang datang ke kedai Kak Lia ni...
pilih-pilih mana nak makan

Yong Tau Foo
Jika korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordiant untuk korang dan juga google map sekali sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordianat : 4°51'01.9"N 100°44'35.0"E atau 4.850539, 100.743042

Makan Yong Tau Foo famous Bagan Ajam, Pulau Pinang

Yong Tau Foo Bagan Ajam
Yong tau foo ni start beroperasi pukul 4 petang. Sesuai la yong tau foo ni untuk makan petang-petang. Kedai yong tau foo ni sebenarnya terletak dalam medan selera a.k.a food court atau lebih spesifik medan selera ni, diorang panggil Taman Selera EMBA. Sampai sekarang aku masih compius kenapa diorang panggil taman, tempat makan kot..Lokasinya di area Pantai Bersih Bagan Ajam, cxamndsx,xdlrdmButterwoth. Korang kena masuk agak ke dalam sikit. Dekat area tu ada dua food court yang berdekatan. Korang kena cari fourt macam gambar yang aku snap kat bawah ni.

Taman Selera EMBA Bagan Ajam (food court a.k.a medan selera)
Food ni betul-betul bertentangan dengan rumah flat dan juga berdekatan dengan sekolah Men. Keb. Dato' Onn. Yong tau foo ada dekat kedai hujung kiri. Nak pilih yong tau foo ni kena beratur dulu. Lepas dah pilih semua bahan yang korang suka tadi, seterusnya korang kena pilih nak makan yong tau foo sama ada dengan mee. bihun ataupun koay teow. Lagi satu kuah di sini guna kuah sup. Kuah sos hitam pekat tu takde ek kat sini. Dah settle pilih semua bagai, nanti diorang akan hantar makanan tu ke meja korang. Harga semangkuk yong tau foo tu ada di selit di bawah mangkuk tu. Harga ikut apa yang korang pilih tadi la kan.
semangkuk yong tau foo

dari dalam food court, boleh nampak rumah flat

ada banyak deretan kedai makan dalam Taman Selera EMBA
Selain yong tau foo, korang boleh juga try makan makanan yang lain di Taman Selara EMBA ni. Aku nak cuba makan cucur udang...ada orang cakap cucur udang pun sedap kat sini. Tapi malangnya kedai cucur udang tak buka pulak. So, aku terjah la pulak kedai mee goreng. Mee goreng pun sedap beb...aku suka la...kalau datang sini lagi boleh repeat makan mee goreng ni lagi. 

mee goreng
Jika korang nak datang ke sini, dan tak tahu Bagan Ajam tu kat mana...korang boleh guna gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°26'51.4"N 100°22'48.4"E