10 KHASIAT KISMIS YANG RAMAI YANG TAK TAHU

Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi. Lebih menarik, ia mempunyai jumlah serat, vitamin, mineral dan antioksidan jauh lebih tinggi berbanding anggur segar.

Walaupun kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi dan setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

Jom kita tengok 11 Khasiat Kismis:

1. Bebas daripada toksin gluten dan boleh dimakan sebagai alternatif bagi mereka yang tidak boleh bertoleransi terhadap gluten.

2. Kaya dengan kalsium, zat besi, mangan, magnesium, fluoride dan zink.

3. Mengandungi elektrolit dan potasium yang mampu menurunkan kesan sodium, menurunkan tekanan darah dan mengelak strok serta masalah jantung.

4. Memiliki vitamin B kompleks.

5. Boleh dinikmati sebagai snek tanpa merosakkan kesihatan.

6. Boleh dimakan bersama apa saja hidangan termasuk salad, pencuci mulut dan dicampurkan dalam masakan.

7. Menjadi pengganti gula dalam penyediaan bakeri dan coklat.

8. Tiada lemak, sodium dan kolesterol.

9. Mengandungi fruktos iaitu gula semula jadi yang mudah dihadam untuk memberi tenaga yang cepat.

10. Kaya dengan serat dan menjadi sumber tenaga berpanjangan.

No comments:

Post a Comment