Western food, Big Tas' Tea, Pokok Sena Kepala Batas

Big Tas' Tea, Pokok Sena Kepala Batas

ruang makan big Tas' Tea
Big Tas' Tea, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Nak makan westren food yang ohsem dan sedap boleh datang sini. Restoran yang agak luas dan selesa. Masa aku datang nak makan, ramai orang ada dalam restoran. Pada firasat aku, kalau dah ramai orang datang tu, dah tentulah makanan pun sedap. Jadi setelah aku selak-selak buku menu, atas faktor bajet, sebab nak makan satu family, aku order Set Hidangan Jumbo (set A). Harga dalam RM39.80 dapat dua air percuma. Set ni boleh makan dalam 2-3 orang.
Set Hidangan Jumbo (set A)

dapat 2 air free untuk set hidangan jumbo....yang mocha tu kena bayar laaa
Tu set menu yang aku order la. Kalau korang takut suka set ni boleh order yang lain. Kalau nak menu lain, boleh rujuk dalam buku menu kat bawah ni. Banyak lagi adaaa.....
menu big tas' tea

menu big tas' tea

menu big tas' tea
Selain tu sebagai penutup menu aku malam tu, aku order mushroom soup with garlic bread.
mushroom soup with garlic bread
Jika korang nak datang ke Big Tas' Tea ni, diorang buka dari pukul 3 petang hingga 11 malam. Boleh cari di Pokok Sena Kepala Batas, Pulau Pinang. Kepada yang tak biasa dengan kawasan ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°29'17.2"N 100°27'27.7"E atau 5.488108, 100.457686

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...