Makan western food di BKE corner, Kubang Semang, Bukit Mertajam

BKE Corner, Kubang Semang Bukit Mertajam
Kepada yang mencari-cari western food sebagai makan petang di area Bukit Mertajam ni, boleh la berkunjung ke BKE Corner yang terletak di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Restoran ni buka dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali hari Selasa. Selasa off day. 'BKE' sebab aku rasa restoran ni berdekatan dengan highway BKE. Signboard pun sebesar-besar alam boleh nampak dari jauh.
ramai orang tengah menjamu selera
So, bila dah sampai sini, aku pun order la makanan western food nyer... Daripada banyak-banyak menu yang tersenarai dalam  list menu, aku pilih beef burger dan chicken grill. Selain tu, ada juga makanan goreng-goreng. Untuk makanan biasa ni, aku pilih nasi goreng kampung. Boleh tengok menu pilihan aku di bawah ni:
beef burger

chicken grilled

nasi goreng kampung
Harga boleh tahan la jugak. Kalau nak tengok senarai menu lain beserta harga setiap item, boleh rujuk gambar di bawah ni... aku payung menu western food (makanan barat) dan juga menu goreng-goreng untuk korang.
senarai menu BKE corner
Untuk menghadirkan diri ke BKE corner ni, seperti yang telah aku bagitau, BKE corner ni terletak di Kubang Semang, Bukit Mertajam Pulau Pinang berdekatan dengan flyover highway BKE. Ada pasar malam kat bawah flyover tu kalau korang datang pada hari Jumaat. Nak lebih senang lagi, aku sertakan sekali gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps BKE corner : 5°24'03.5"N 100°27'44.0"E

No comments:

Post a Comment