Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Perak

Mee Udang Mak Jah ni memang famous. Aku rasa Kuala Sepetang jadi famous sebab mee udang Mak Jah la... Kebanyakan yang datang sini, orang luar..orang tempatan takda la sangat nak makan kat sini. Apa taknya, google je mee udang, naik nama mak jah, mak jah ooooooo mak jah...Aku pun nak gak berpengalaman di sini. Dulu aku penah nak try dah mee udang kat Kuala Sepetang. Sekali aku salah masuk kedai daaa...korang jangan tersalah kedai plak.. Kat kuala sepetang ni banyak kedai makan jual mee udang. Pastikan Mak Jah baru beli..eh eh baru pegi....
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Perak
Mee Udang Mak Jah - pandangan tepi
Mee Udang Mak Jah dalam kedai

tempat makan yang luas
Banyak gak menu kat sini..semuanya mesti ada udang. Tapi paling top menu kat sini, mee udang la beb. Sebab kebanyakan orang datang sini, nak try makan mee udang dia. Dah nama kedai pun mee udang kann...Selain mee udang aku try gak la yang lain. Saja nak cuba. Udang tak sini tak payah nak timbang-timbang. Kalau kat mee udang pak ngah sungai dua, udang kena pilih dan timbang. Lepas aku melantak sampai habis, tetiba je nora datang...nora bagi 5 bintang!!!!!....hihihihi
Mee Udang
ko teow udang
koey teow goreng udang
Sekali lagi aku nak pesan, kalau nak cari Mee Udang Mak Jah ni, pastikan jangan tersalah masuk kedai. Banyak kedai Makan mee udang kat sini. Nak memudahkan korang, aku kasi gps koordinat dan google map. Senang korang cari.

4°50'19.3"N 100°38'02.4"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...