Sarapan pagi di Pasar Seberang Jaya

Nak sarapan di mana? Tempat mana yang best kat Seberang Jaya ni?? Pencarian aku bermula lagi. Tempat yang aku pilih kali ni adalah Pasar Seberang Jaya. Biasa la pasar kan..sebut je dah boleh bayang tempat tu camna. Ada pasar basah, ada pasar kering dan yang paling best ada banyak gerai nak sarapan pagi.
pasar pagi seberang jaya - pasar kering
Pasar Seberang Jaya - Pasar Basah
Pandangan luar gerai makan - dalam ni banyak gerai makan
Lepas penat beli barang-barang mentah untuk nak masak, boleh singgah dulu kat gerai sarapan pagi. Banyak pilihan makanan. Boleh pilihan mana yang korang rasa nak makan. Tempat ni pun tempat port penjawat awam dan swasta dok cari makan. Pagi-pagi ramai la orang sikit. Parking pun penuh. 

Boleh pilih gerai mana yang korang suka
ada lagi ni....
nih lagi
Macam-macam ada. Ada nasi lemak, nasi campur, char ko teow, me watan, kuih muih, mee goreng..ishhh macam-macam lagi lah, malas plak aku nak taip..hihi. Tempat ni parking memang di consider luas, tapi kalau datang wrong timing, penat gak la nak cari parking. tak caya tgk gambar bawah ni:
Parking pasar seberang jaya
Parking pasar seberang jaya
Bagi orang tempatan, rasanya semua orang dah tahu tempat ni kat mana. Kalau orang dari luar penang mungkin perlukan bantuan camna nak sampai ke sini. So aku dengan rendah diri ingin menempek gps koordinat dan juga google map untuk bantu pencarian korang. Semoga bermanafaat.

5°23'34.7"N 100°24'03.5"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...