Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet

Puncak Mutiara Cafe ni kiranya tempat famous la. Terletak di Kampung Pelet, Kubang Semang, Bukit Mertajam. Ramai orang akan datang sini dan kebanyakannya bukan orang tempatan. Macam tempat lain juga, yang datang banyak orang luar. Ni menunjukkan tempat tu famous.
Puncak Mutiara Cafe
Pintu depan Puncak Mutiara Cafe
Tempat ni berkonsepkan makan dalam pondok. Diorang tak cakap pun, aku je rasa konsep diorang camtu..kikikiki. Sebabnya aku tengok banyak pondok-pondok yang 'open' yang diorang sediakan untuk pilihan para pengunjung. Puncak Mutiara Cafe ni korang jangan terkejut kalau nak datang sini..tempat dia tersorok sikit. Kena lalu lorang jalan yang kecil..tetiba korang akan nampak Puncak Mutiara cafe ni kat hujung jalan. Tapi kalau korang first time nak datang, better pakai GPS je. Kat bawah sekali posting ni aku letas GPS koordinat. Kalau datang malam, korang kena bersedia dengan nyamuk. Nyamuk aku rasa diorang pun tak boleh nak control..apa taknya, restoran ni sah-sah dok dalam perkampungan nyamuk..hahahaha..Tapi kalau tak biasa gak nyamuk-nyamuk ni, boleh duduk dalam tempat aircond.


Tempat makan berkonsepkan pondok-pondok
banyak pondok-pondok pilihan - bersila atau duduk
Pilihan untuk duduk dalam bilik aircond
Bilik aircond berkaca
Ianya beroperasi setiap hari bermula dari 10pagi Hinggalah lewat malam, 2 pagi. Banyak menu ada kat sini, aku rasa yang jadi pilihan mungkin masakan western. Kamping golek pun ada gak disini. Nak datang sini, kena siapkan duit banyak-banyak sikit..bukannya apa, takut ter'order' menu yang mahal-mahal. Aku dengan famili aku datang sini, kitaorang pilih menu yang biasa-biasa saja...maklumlah, ongkos tak berapa nak mengizinkan. Walau bagaimanapun aku share la gak untuk korang tengok
kambing grill
hokkein mee
Roti arab dengan kuah kari
Nasi goreng biasa
.Kalau dah kata tempat ni famous kan, mesti ada program tv pun datang nak buat review. Penah satu ketika Jalan-Jalan Cari Makan TV3 penah datang sini.
Logo Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dalam senarai logo lain
Tempat parking pun luas dan agak selesa. So jangan risau pasal parking, semuanya telah diatur. Aku terlupa plak nak snap gambar parking. Aku cadangkan korang just pergi bawa perut yang kosong tapi poket tak boleh kosong la kan. Untuk yang pertama kali nak datang, aku sediakan kat korang gps koordinat dan google map. Semoga bermanafaat.

 5°24'54.3"N 100°27'21.8"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...