Showing posts with label Mee Kuah. Show all posts
Showing posts with label Mee Kuah. Show all posts

Resepi Mi Kuah Daging

Mi Kuah Daging
Mi Kuah Daging

Bahan Kuah:
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inch halia
  • 2 biji tomato
  • Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan
  • Cili kering kisar 
  • 1 biji kentang russet
  • 2 biji keledek merah
  • Daging 
  • Asam keping
  • 1 tin tomato soup 
  • Susu pekat
  • Garam 
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Sos cili
Cara-cara:
  • dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus skli kentang dan keledek
  • agak-agak kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend
  • masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tadi, garam, pak aji, 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. 
  • agak-agak dah mendidih balance dengan gula.  
  • biar mendidih

RESEPI MEE KUAH UDANG

MEE KUAH UDANG
MEE KUAH UDANG

BAHAN-BAHAN:
  • kulit/kepala udang goreng /blend/tapis/simpan air udang tue
  • bawang 2 biji
  • bawang putih 4 ulas
  • cabai blend 3-4 sudu
  • tomato soup 6 sudu
  • mushroom seasoning
  • sayur sawi
  • udang kertas laut
  • mee sepeket
  • fish cake 
  • telur ayam rebus sehingga masak
  • daun bawang
  • cabai hidup
CARA-CARA:
  • tumis bawang besar/putih/cabai blend
  • dah pecah minyak masukkan air
  • blend kepala udang goreng tadi, tambah air ikut suka nak cair ke pekat
  • masukkan tomato soup tadi
  • masukkan udang
  • masukkan sayur sawi
  • garam, penambah periksa sikit
  • masukkan mee..
  • ok settle boleh makan dah.
Kredit resepi: Muhamad Ismail Mohd Ali

mee kuah daging

mee kuah daging
mee kuah daging

resepinya:
1. Tumbuk bwg besar 1biji + 3,4ulas bwg putih dan ditumis sampai naik bau.
2. Masukkan 2 sudu makan (ikut selera) cili kering yg telah dikisar.
3. Masukkan daging sedikit sos tiram + sos cili atau tomato.
4. Bila cili dah masak masuk kan stok air udang.
5. Biar sampai mendidih masukkan
        - tauhu putih.
        - fish cake.
6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji.
7.biarkan mendidih sekali lagi.
8. Masukkan sedikit garam 1sudu kecil (sedikit saja sbb sos dah masin), 2,3sudu makan gula. ** Ikut selera tekak msing-masing, juga sedikit serbuk lada sula.
9. Jika kuah cair pekatkan dgn 1sudu makan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air.
10. Masukkan mee, perlahankan api masukkan sawi bunga n tomato (tutup api) saya tak suka sayur yang layu & elak mee kembang.. 

SELAMAT MENCUBA.

Kredit: Nur Hidayah Mohd Ghazali

RESEPI MEE KUAH DAGING

MEE KUAH DAGING
MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
  • 2 peket mee kuning - secukupnya
  • 1 kilo daging
  • 2.5 liter air rebusan daging
  • sos tomato secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 1 cawan kuah kacang
  • 3 biji kiub stock ikan bilis
  • 4 biji telur - utk pekatkan kuah
  • 3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
  • 8 biji telur rebus - dipotong 2
  • hirisan cili merah secukupnya
  • hirisan daun bawang secukupnya
  • Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
  • Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
  • Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
  • Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
  • Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup  

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun, Cerok To' Kun Bukit Mertajam

 Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun terletak di Cerok To' Kun, Bukit Mertajam betul-betul di simpang jalan masuk ke kaki Bukit Mertajam. Orang yang suka hiking Bukit Mertajam ni, mesti akan lalu depan Pak Man Mee Kuah Ketam.

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Dari apa yang tertulis di dalam kedai makan Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun ni, kedai makan ni telah wujud sejak tahun 1976. Dari bapak turun ke anak tradisi resepi turun temurun. Depa kat masa bapak diorang lagi padu. Depa kata laaaa...

Dah nama pun mee kuah ketam, jadi masuk je kedai makan ni, takpa buang masa terus aku order mee kuah ketam. Akhirnya sampai mee kuah ketam tu kat meja aku. Tapi takda ketam! rupannya kena bagitau letak ketam sekali. Kalau tak cakap kira diorang assume korang nak makan mee ketam biasa jer.

Mee Kuah Ketam
Mee Kuah Ketam
Taknak mengecewakan korang, aku letak la gak gambar mee kuah ketam ada ketam. Tapi gambar tu aku rembat dari blog orang lain. Kredit untuk blog hari3aku sebab aku guna gambar dia masuk blog aku.
kredit gambar untuk blog hari3aku
Selain tu ada juga mee kuah udang, mee goreng, pasembor pun ada. Kuah mee kuah memang padu. Dah habis mee, kuah pun aku hirup sampai licin.
ni kira kedai dalam kedai la kan
ni kira kedai dalam kedai la kan

gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai
gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai

tudiaaa...besaq gambar ketam tu
tudiaaa...besaq gambar ketam tu
Parking kalau tengok dari jalan besar tu, macam takde harap je nak dapat parking. Tapi kalau korang masuk sikit simpang tu, korang akan nampak parking sebelah kiri. Parking je dekat kawasan tu.

Lokasi mudah nak cari, iaitu simpang masuk ke kaki bukit mertajam. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map lokasi Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun.

GPS koordinat : 5°20'48.6"N 100°29'13.2"E atau 5.346843, 100.486990