1

2

3

4

Nasi Kandar Beratur sebelah Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

 

Nasi Kandar Beratur
Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur
Nasi Kandar Beratur
Nasi Kandar beratur ni terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang. Nasi kandar ni aku dah pernah review dah posting yang lepas. Boleh tengok SINI. Ni kira kali kedua la aku datang ke sini. Biasa la kat penang ni, nak cari parking satu cabaran. Tapi aku bernasb baik dapat juga parking dekat dengan Nasi Kandar Beratur ni.
nasi kandar ayam goreng bendi rebus
nasi kandar ayam goreng bendi rebus

nasi kandar ayam goreng telur masin
nasi kandar ayam goreng telur masin

lauk nasi kandar
lauk nasi kandar
Tempat makan pun sempoi ja... diorang buka payung pasar malam ja dekat depan kedai. Semua pakat makan bawah payung pasar malam tu.. Kalau hujan, naya ooooπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Nak mai sini? boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 5.416781659537668, 100.3375612539757

Nasi kandar kuah banjir tahap lemas di Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang

 

Nasi Kandar Kampung Melayu
Nasi Kandar Kampung Melayu

pakat-pakat dok beratoq nak makan nasi kandaq
pakat-pakat dok beratoq nak makan nasi kandaq
Nasi Kandar kampung Melayu ni terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang. Restoran ni dalam kawasan rumah flat yang terletak di satu sudut penjuru salah satu flat yang terdapat di sini. Nasi Kandar Kampung Melayu ni terkenal dengan pelbagai kari yang banyak dan juga setiap pinggan nasi kandar mesti disusuli dengan kuah banjir tahap boleh lemas oooo dalam sepingggan nasi kandar. Banyak oooo kuah diorang bohπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Restoran ni bukan seawal 6.30 pagi tapi tutup pun awal agak... seawal 1.30 tengahari. Petang mungkin bukan balik jam 4 petang hingga 10 malam... tak pasti la musim covid ni macam mana pengoperasian Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu ni😍😍.

beratur panjang ooo untuk sepinggan nasi..
beratur panjang ooo untuk sepinggan nasi..
Kalau kena time cuti sekolah or cuti umum, orang yang beratur ni akan lagi panjang sampai boleh beratur keliling restoran. Sambil beratur, kedai-kedai sebelah dok promote macam-macam. Memang betul ambil kesempatan berniaga😁😁😁😁

banyak kari di Nasi Kandar Kampung Melayu
banyak kari di Nasi Kandar Kampung Melayu

nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, telur masin
nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, telur masin

nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, bendi rebus
nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, bendi rebus
Kalau nak makan roti canai pun ada diorang sediakan. Maklum la kalau bawah anak-anak kechik, diorang mana layan nasi kandar. Jadi Penyelamatnya adalah order roti canai, baru la mak bapak dalam layan makan nasi kandar dengan tenang😎😎😎
roti canai
roti canai

roti canai panas-panas
roti canai panas-panas
Roti canai pun lembut, kuah pun sedap gak. Berselera la budak-budak makan. 
Tempat duduk terhad dan sentiasa penuh... nasib korang la kalau dapat meja kosong. Macam kena loteri bila dapat meja..nikmat dia lain macam bila dapat mejaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
kawasan dalam restoran nasi kandar kampung melayu
kawasan dalam restoran nasi kandar kampung melayu
Ok lah... Kepada yang nak try makan nasi kandar kampung melayu ni, korang boleh cari flat di Ayer Itam, Penang. Atau korang boleh je guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

GPS koordinat : 5°24'01.1"N 100°17'03.7"E atau 5.400294, 100.284346

The Bakaw, Burger Premium Jalanan, Bertam Kepala Batas

Gerai The Bakaw, Burger Premium Jalanan
Gerai The Bakaw, Burger Premium Jalanan

Bukan Sebarangan Burger!
Bukan Sebarangan Burger!
The Bakaw ni terletak di Bertam Kepala Batas. Gerai diorang ni betul-betul di depan Restoran Bafana. The bakaw ni gerai jual burger jalanan tapi lain macam sikit dari yang biasa kita beli tu... Yang ni cam betul-betul eksklusif sebab ada kotak yang ada tulis The Bakaw, lagi best dekat setiap roti pun ada tulisan 'The Bakaw'. Ada 5 jenis menu burger je yang diorang jual. Antaranya adalah The Bakaw Classic, The Bakaw Single, The Bakaw Taken, The Bakaw Terrible, The Bakaw Happiness dan The Bakaw Say Cheese. 
Setiap Burger tu ada ingredientnya tersendiri. Tapi harga pun boleh tahan la jugakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. Menu The Bakaw boleh tengok dalam gambar dibawah ni.
The Bakaw Menu
The Bakaw Menu
Aku try la beberapa jenis burger. Yang The Bakaw Say Cheese ni macam padu gak la.... cheese leleh dengan daging homemade lain macam ooooo bila makan. lagi satu nak habaq, daging yang diorang guna bukan biasa-biasa, daging homemade kot aku rasa. Semuanya daging lembuπŸ„✅, ayam takdak noooπŸ”❌....
tudiaaa cheese leleh....
tudiaaa cheese leleh....

daging burger sedang dimasak
daging burger sedang dimasak

kotak dan roti siap ada tulisan "The Bakaw"
kotak dan roti siap ada tulisan "The Bakaw"

The Bakaw Say Cheese
The Bakaw Say Cheese
Rare kan gerai burger ni? Kalau korang rasa nak cuba makan gerai ni, mai la beli kat depa ni di Bertam Kepala Batas. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat : 5°31'01.0"N 100°26'50.6"E atau 5.516940, 100.447392

Nasi Campur Restoran Cahaya Gembira di Kulim Kedah

Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi
Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi

Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira ni terletak betul-betul di simpang tiga traffic light jalan besar iaitu Jalan Lunas. Restoran ni menyediakan hidangan nasi campur dengan pelbagai lauk pauk sebagai pilihan. Selain itu Cahaya Gembira ni juga ada menyediakan hidangan special. Apa yang special tu? Ikan bakar dan ayam bakar la...yang di bakar panas-panas di atas grill dapur arang. Tapi sedih arr... masa aku sampai dah habis ikan bakar😭😭.....
restoran pun luas dan selesa
restoran pun luas dan selesa

boleh pilih pelbagai jenis lauk
boleh pilih pelbagai jenis lauk
Tempat parking pun luas jugak la untuk para pelanggan diorang. Untuk yang first time datang, mesti korang tercari-cari mana parking. Korang boleh masuk sebelum traffic light dan juga selepas traffic light... ada jalan nak masuk ke parking Restoran Cahaya Gembira... korang slow-slow la sikit takut terlepas jalan masuk tu.
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
Kalau korang nak try makan di Restoran Cahaya Gembira ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang.

GPS koordinat: 5°24'17.7"N 100°33'10.4"E atau 5.404920, 100.552879