Aziz mee Pak Ngah - Mee Udang Sungai Dua

Mee udang sungai dua ni memang famous kat sini..Ada 2-3 kedai yang famous area ni...Untuk post kali ni aku nak share kedai Aziz mee Pak Ngah..lain kali aku gi kedai lain plak..Sungai Dua ni terletak dalam Negeri Pulau Pinang,..bukan kat Island tapi dia ni dok sebelah mainland...Kalau datang dari KL, lepas tol Juru, straight je sampai jumpa exit Sungai Dua...Traffic light sungai Dua tu, belok kanan..kedai tu betul2 bertentangan dengan stesen minyak petron. Kalau dari Kedah, lepas exit tol Sungai dua, terus ambil susur keluar sungai dua.....GPS koordinat nak datang sini, boleh pakai ni => 5°26'46.9"N 100°25'20.3"........
Aziz mee udang pak ngah view dari seberang jalan
berhadapan dengan stesen minyak petron
aziz mee udang pak ngah
Oleh sebab tengah bulan, gaji tak masuk lagi, aku tak order la mee udang...Sebab mee udang, udang kena timbang. Jadi mahal la sikit..so aku order yang biasa2 je..mee rebus, ada ada gak dia letak udang kecil dua ekor..jadi le tu, ada gak udang..hilang kempunan aku hahahahaha...Aku try gak order mee goreng kat sini..ada gak la dia letak udang..Sambil tu aku order gak sate..saja nak try sebab tengok macam sedap...tapi ada satu tempat kat bertam kalau nak cerita pasal sate yang sedap ni..pergh!!!! aku suka betul sate tu...tapi yang nanti aku cerita lain, next post bila aku pi melantak kat kedai tu nanti hihihihi....ni aku tempek gambar mee yang dah selamat landing dalam perut aku..semoga korang terliur..


mee goreng
mee rebus
Add captionsate daging dan ayam
Yang ni plak udang yang korang kena pilih, then timbang, kalau ambil banyak, siap2 la duit banyak sikit masa nak bayar tu ek....
udang segar
Add captionharga ikut kilogram
Bagi melincinkan lagi pencarian korang untuk ke sini, aku tempek google map untuk korang kaji dan hayati agar tidak sesat ntah ke mana-mana...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...