1

2

3

4

Showing posts with label makan sihat. Show all posts
Showing posts with label makan sihat. Show all posts

BARANG KEPERLUAN ASAS

Kat sini aku senaraikan bahan2 asas yang aku beli. Mungkin membantu korang yang nak sekapal dengan aku ni. Check it out!!

1.  Minyak kelapa

Aku beli jenama Medella. Ada lagi jenama lain..korang boleh cari dekat Tesco. Minyak ni aku guna bila aku nak menumis. Memang mahal sikit, tapi ko bukan nak guna banyak pun. Bukan nak buat deep fry pakai minyak ni..so pada aku berbaloi. Aku letak je lah nutrition facts tu. Aku pun x pandai sgt nak explain.. Cuma yg aku tau, badan kita memang perlukan lemak baik. So, kita boleh dapat salah satunya dari penggunaan minyak yang baik..yg trans fat 0g macam ada dalam fakta nutrisi ni. Korang boleh google if nak tau lagi detail pasal trans fat.


2.  Olive Oil

Kadang2 aku guna olive oil jugak utk tumis or bila nak bakar2. Bila fefeeling obersea…Olive oil pun ada banyak jenis…yang penting korang kena beli yg ada tulis Best For Roasting & Frying. 

3. Extra Virgin Olive Oil

Olive oil ni pun ada banyak brand. Kat Tesco pun ada..yg ni lebih kepada kalau nak buat dressing salad. Macam omputeh tu ha…jangan korang letak minyak olive oil utk roasting plak…tak lalu kang nak makan…

4. Beras

Aku ada baca yang beras pun mainkan peranan gak utk sihat. Yang dicadangkan adalah beras Parboiled atau beras rebus. Beras ni direbus supaya kulit-kulitnya yang kaya dengan fiber masih lagi dikekalkan dan vitamin boleh menyerap. So, beras tu akan tinggi khasiat. Kalau untuk kurus, beras ni bagus sbb GI (glisemiks index) rendah. Yg ni nanti2 la aku citer ek..Kalau nak sihat, makan beras biasa pun ok jer...

5.  Garam

Garam putih pun kena tukar dengan garam bukit or garam laut. Antara sebab yg aku tau gula putih tu dah dilunturkan dengan bahan kimia. Sbb tu die jadi putih…so dah hilang la nutrisi kat situ. Badan kita pun perlukan mineral. So salah satu sumber semulajadi adalah dari garam. Korang boleh cari kat tempat organic di Tesco or malas nak kuar shoppee kan ada…mahal sikit je dari garam putih yg korang selalu beli tu..tak luak la gaji korang tu..kata nak sihat!

6.  Gula

Next, pemilihan gula. Gula ni banyak sikit kontroversi. Ada banyak pendapat. Walaupun gula ni lagi better dari gula putih (sama kes macam garam putih), pengambilan tetap tak boleh dalam kuantiti yang banyak. Sebab gula pun memang dah sedia ada dalam real food yang kita ambil. Dalam buah,, sayur…so, sendiri kena control la ye…buat masa skang ni, aku tak banyak letak gula dalam masakan. If perlukan manis, aku akan gantikan dengan madu…ok je. Takda la rasa pelik. Tetap manis…tapi tetap xley banyak la yer…

7.  Telur

Ini satu lagi yang perlu korang tukar kalau nak lebih sihat. Sebab jenis telur pun bagi kesan pd badan. Telur ni sumber protein yang sangat baik tau. Vitamin dan mineral macam kalsium pun ada tau. Nanti2 aku buat entry pasal telur pulak…yg aku beli ni telur yg ada selenium sbb ada manfaatya..kat Tesco, Mydin pun ada telur ni…telur kampung organik pun terbaik gak..

Aku rasa ini je dulu yang aku beli..If ada info lain, aku roger korang lain...Selamat makan sihat...

Ujian darah…perlu ke?

Sebelum aku nak start dengan pemakanan yang sihat ni, aku kena beli barang2 asas yang diperlukan untuk masak. Part ni, nnti aku share...Pada pendapat aku, lebih baik kita masak sendiri dari beli kat luar..kecuali ko ada hal kecemasan la kan. Bila kita masak sendiri, kita boleh tau and control penggunaan garam, minyak dan lain2.

Untuk nak makan sihat, semestinya kita kena guna bahan2 yang natural la kan. Kena makan pun yang real food. Maksudnya bukan bahan atau makanan yang diproses. Dan satu lagi, kena elakkan dulu semua bahan2 perasa dan segala macam sos2 penambah kesedapan. Back to nature…Gituuu. Baru la ko boleh feel macam orang dulu2 yang memang makan natural je..takda 3P bagai. Apa tuh? Perasa, Pewarna dan Pengawet.









Aku ni pun baru je dapat kesedaran bila aku dah buat ujian darah…huhu. Aku suggest kat korang buatlah ujian darah. Baru kita tau keadaan dalam badan kita macammana. Memang la seram seh bila nak tau result. Tapi itulah hakikat yg kita kena terima. If badan ko ok, alhamdulillah…if badan ko dah banyak rosak, innalillah la jawabnya. Baik kita bertindak segera sebelum terlambat. Betul…ajal maut di tangan Allah. Tapi kita pun tak da hak untuk menzalimi diri sendiri dengan makan makanan2 yg kita sebenanya tau tak sehat…tepuk dada, tanya iman…









Pesan aku, rujuk doktor atau pakar untuk baca korang punya result ujian darah. Hanya yang pakar je tau terms2 yg dipakai n angka2 yg ada kat result tu nanti. macam aku yg golongan marhaein ni mana la nak tau…lepas dah tau, baru lah korang atasi masalah tu ye…jangan dibiarkan melarat….

Realiti PKP2.0 : Aku vs makanan sihat

Angka statistic Covid19 makin hari makin meningkat. Petanda nak kena PKP lagi nih..zasss…terus teringat momen2 masa PKP1.0. Aku pun terfikir sampai bila aku nak ternak lemak lagi nih…So, aku nekad nak ubah lifestyle aku. Aku nak hidup sihat. Aku dapat rasakan ada peningkatan benda yg tak baik dalam badan aku…mungkin kolestrol tinggi, mungkin gula tinggi…dan lain2 kemungkinan…seram pulak bila dok pikir. Daripada sel dalam badan aku lagi bertambah rosak, marilah kita sama2 menjaga kesihatan..Sebelum tu, kenalah ada ilmu dulu kan…Betulkan niat. InsyaAllah dipermudahkan.



Setelah aku dok kaji2 la kan…punyala banyak jenis diet..Diet Atkins, Diet Keto, Diet Vegetarian, Diet 365, Diet sukahati pun ada daaa…buat masa nih aku malas la nak hurai jenis2 nih..maybe next posting..


 













So aku rasa better aku jaga pemakanan dulu. Ada kajian kata, pemakananan mempengaruhi 80% senaman 20% je…Tak da maknanya kalau bersenam bagai nak rak, lepas ko penat balun pulak roti canai la, fast food la…ke laut dalam la gayanya. Mula2 ni jom kita tengok apa menu sihat yang boleh korang cuba…kalau ada yg dah insaf macam aku la kan…


Throwback PKP1.0 : Menternak lemak

Sungguh tak sangka kan…tak pernah2 terfikir yang kita satu hari akan kena berkurung dalam rumah. Bukan setakat seminggu…rupenye sampai berbulan2…sampai raya kot!! Memang rare punya experience. Yang paling tak disangka2, masjid pun tak boleh pergi…bukan tu je! aku pun dah tak boleh nak g review makanan sedap2 kat Malaysia ni…

Yg lagi tak tahan dan sadisnya, lemak pun dah berkilo2 dalam badan aku…Arghhh…Mana taknya, asyik ke dapur je kejenye..Dok umah la katakan, apa lagi nak buat…kejap2 kerepek, pastu desert…malam food panda. Balun burger ke…Tahap waktu kaya sikit, balun McDonald, KFC, Pizza Hut…sampai boleh buat koleksi sos cili la….Tahap gaban punya ternak lemak…

Alhamdulillah, pas berbulan-bulan boleh dah kuar g kerja…Tapi, yg tak syioknye bila org dok kata aku makin berisi la…bla..bla…bla..Mmmm…😕