Makan burger di Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

nak order ala-ala restoran makanan fast food yang lain
Restoran 21 grilled yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak adalah salah satu restoran fast food yang ada di Ipoh. Restoran 21 Grilled ni menyediakan makanan burger sebagai menu utama di sini. Cara nak order makanan pun macam restoran fast food yang lain. Antara menu-menu yang ada di Restoran 21 Grilled ni, boleh rujuk dalam gambar-gambar di bawah:
menu 1, 21 grilled

menu 2, 21 grilled

menu 3, 21 grilled
Restoran ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3). Sebagai bukti JJCMTV3 pernah hadir dan reviewed restoran 21 grilled, ada tergantung plate JJCMTV3 disebelah dengan kaunter restoran 21 grilled.
Plate Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Di Restoran 21 Grilled ni, aku try makan beef burger dan fries cheezy. Tinggi dan sedap pulak burger yang aku order tu. Sedap pun sedap.
beef burger

fries cheezy
Air di restoran ni adalah air bergas seperti pepsi, coca-cola yang sebagainya. Tapi kalau korang nak minum cuppacino ke, mocha ke, betul-betul kat depan restoran ni ada kiosk yang jual kopi tersebut dan boleh minum dalam restoran 21 grilled.
kiosk coffee & cocoa Original Taste (21 CO)

mocha
Kepada yang nak datang ke Restoran 21 Grilled, boleh lah cari di Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°35'41.1"N 101°07'37.9"E atau 4.594752, 101.127195

2 comments:

  1. nampak sedap burger tu..
    free2 datangla singgah blog sy^^
    https://haziqahadevin.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...