RESEPI KUIH BUAH MELAKA

buah melaka
buah melaka

Bahan-Bahan:
  • tepung pulut
  • air pandan
  • sedikit garam
  • sedikit air kapur 
  • 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
  • gula kabung/melaka dipotong kecil
  • kelapa parut (putih)
Cara-cara:
  • Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
  • Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
  • Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
  • Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
  • Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
  • Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
  • Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
  • Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya

1 comment:

  1. Sedap nih buah melaka tepung pulut tambah keledek. Tidaklah liat rasa tepung pulut saja. Warna hijaunya pun cukup menawan sebab warna semula jadi air pandan.

    ReplyDelete