Resepi Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda
Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Bahan-bahan:
  • 3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu besar kerisik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • 2 tangkai lada burung dipotong serong
  • 3/4 cawan santan yang diperah segar
  • 3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara-Cara:
  1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut. Ketepikan (boleh guna mangga jenis lain)
  2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
  3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
  4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. Masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tabur lada burung yang dah dipotong. Siap untuk dihidangkan.
Nota:
  • Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
  • Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan... kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
SELAMAT MENCUBA!!

Kredit resepi: pipi pau

No comments:

Post a Comment