Jalan-Jalan di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi

 

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Aku pergi Langkawi kalau ikutkan hampir setiap tahun. Tapi ni kali pertama aku masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi niπŸ˜…. Sebelum ni macam tak tahu kewujudan Taman Agroteknologi MARDI. Rupanya ada ek di Langkawi... Boleh masuk dan melawat dalam ni...tapi ada dikenakan tiket untuk masuk..bukan free yer😁😁
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
Lepas korang bayar tu, kena tunggu kat tempat menunggu kenderaan untuk korang round satu taman tu...bukan berjalan kaki ye..mau tercabut kaki kalau  nak berjalan...kenderaan tu lori yang diorang modified sikit letak tempat duduk...konon-konon macam jeep safari laπŸ˜‚πŸ˜‚
naik lori ni untuk pusing satu taman
naik lori ni untuk pusing satu taman
Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan permandangan pelbagai ladang-ladang buah. Ada beberapa check point perhentian yang korang boleh turun...makan ke ambil gambar ke...ada tempat yang korang boleh makan buah sepuas-puasnya...buah yang dihidangkan adalah buah dari dalam ladang ni sendiri. Kalau musim durian, memang untung la...sebab durian pun korang boleh makan sepuas-puasnya...free jer
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang

tempat makan buah-buah
tempat makan buah-buah
Cuma selain buah, korang kena beli la...buah jer free... Dekat sebelah tempat makan buat ni ada ladang kambing. Korang boleh juga nak bagi kambing tu makan....
bagi makan kambing
bagi makan kambing
Dah kenyang, teruskan perjalanan ke tempat lain pulak....
permandangan ladang buah...luas ladang ni
permandangan ladang buah...luas ladang ni

ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
Selian bagi makan kambing, korang juga boleh bagi makan ikan...ada kolam ikan....tapi air dia keruh sikit...dalam gambar tak berapa nak nampak ikan tuπŸ˜…..tapi kalau tengok real depan makan, boleh nampak la ikan-ikan yang banyak...
bagi makan ikan dalam kolam
bagi makan ikan dalam kolam
Selain tu korang boleh tengok juga pokok-pokok buah yang rare, yang dalam pasaran memang tak pernah jumpa, tapi masih dipelihara dan di tanam di taman ni...ada juga anak sungai yang jernih dan cantik...
anak sungai yang jernih
anak sungai yang jernih

pokok-pokok hiasan
pokok-pokok hiasan

wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
Selain tu, ladang anggur pun ada di taman agroteknologi Mardi ni...boleh tengok sendiri bagaimana kaedah penanaman anggur...

Maka selesai la aku dan famili pusing satu taman ni..best jugak...lain kali kalau nak repeat lagi, pastikan datang masa musim durian...untung-untung boleh makan durian di sini😁😁

Lokasi Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, boleh rujuk google map dan gps koordinat di bawah ni.

GPS koordinat: 6°21'40.1"N 99°47'33.8"E atau 6.361136979582801, 99.79270897002802

https://maps.app.goo.gl/kPZsz8ufXVna2YVPA


No comments:

Post a Comment