Cari baju dan barangan branded di Johor Premium Outlet

 JOHOR PREMIUM OUTLETS yang beralamat di Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor merupakan tempat untuk orang ramai mencari barangan branded (berjenama) seperti baju, seluar, handbag, barangan bayi dan sebagainya. Johor Premium Outlets ni sama saja macam di Design Village Outlet Mall, Batu Kawan Pulau Pinang.

banyak kedai-kedai barangan berjenama di Johor Premium Outlets
banyak kedai-kedai barangan berjenama di Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets ni ada 2 tingkat untuk korang explore
Johor Premium Outlets ni ada 2 tingkat untuk korang explore

Johor Premium Outlets signboard
Johor Premium Outlets signboard

Walaupun lokasi Johor Premium Outlets ni agak tersorok @ jauh dari jalan utama, namun ianya tetap menjadi buruan orang ramai untuk ke sini teutamanya golongan wanita kerana faktor sifat wanita yang suka bershopping, maka di sinilah tempatnya.
Jika datang pada waktu yang tepat, banyak kedai/outlet yang ada sale sehingga 70%! Masa ni kalau tengok hampir setiap pengunjung mesti pegang berbeg-beg hasil barangan shopping di Johor Premium Outlets ni.
sebahagian signboard jenama-jenama yang ada di Johor Premium Outlets
sebahagian signboard jenama-jenama yang ada di Johor Premium Outlets

Kaki shopping semestinya akan lepak dalam Johor Premium Outlets berjam-jam, apatah lagi terdapat restoran-restoran yang sedap-sedap untuk makan sambil berehat sebelum meneruskan misi bershopping.
Aku sempat la terjah Coffee Bean dan Baskin Robbins yang ada dalam Johor Premium Outlet ni. Di Coffee Bean, aku layan mocha dan margherita pizza manakala di Baskin Robbins semestinya la ais krim.
Restoran Coffee Bean
Restoran Coffee Bean

margherita pizza
margherita pizza

mocha
mocha
Baskin Robbins pulak kita layan aiskrim. Tapi aiskrim sini mahal-mahal le sikit. Kena sedia duit lebih sikit.
aiskrim mangkuk
aiskrim mangkuk

aiskrim kon
aiskrim kon

pelbagai perisa aiskrim
pelbagai perisa aiskrim

Baskin Robbins
Baskin Robbins
Kepada yang nak bershopping di Johor Premium Outlets ni, korang boleh la datang ke sini. bagi yang first time nak datang tu yang tak tahu di mana lokasi Johor Premium Outlet ni, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS Koordinat : 1°36'13.2"N 103°37'18.2"E atau 1.603666, 103.621711


No comments:

Post a Comment