Gerai Simpang Maklom, Butterworth

 

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom ni terletak betul-betul di simpang traffic light Kampung Sungai Puyu, Butterworth Pulau Pinang. Sebenarnya ada banyak stall di bawah satu bumbung ni. Semuanya sedap-sedap belaka. Yang paling power dari review blog yang aku baca adalah cendol maklom. Tapi sayang masa aku datang stall cendol tak buka plak.
Selain cendol, ada banyak lagi yang viral sedap di sini. Antaranya cucur udang, bihun sup dan apam balik pun sedap.
cucur udang
cucur udang

bihun sup perut
bihun sup perut
Parking susah sikit la di sini. Sukar nak dapatkan parking kat tepi-tepi jalan. Tambahan pulak gerai maklom ni betul-beul disimpang jalan. Alternatif korang boleh parking dekat lot parking kedai di seberang jalan. Tapi kena lintas jalan sikit la. Hati-hati bagi yang bawa anak kecil masa nak lintas jalan.
gerai cucur udang
gerai cucur udang

gerai apam balik
gerai apam balik
Kepada yang nak mencari Gerai Simpang Maklom, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

gps koordinat : 5°27'04.2"N 100°24'06.9"E atau 5.451163, 100.401922


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...