Singgah sarapan di Restoran De' Salai Bangi Station, Bangi Selangor

Restoran De' Salai Bangi Station

 
Aku ke Bangi ni sebab ada seminar dekat area situ. Seminar start pukul 9 pagi. Aku sampai awal jugak la di situ. Oleh sebab tu, aku pun cari la port nak sarapan yang berdekatan di area tesebut. Jalan punya jalan punya jalan, aku tertarik dengan satu restoran ni, Nama restoran tu adalah Restoran De' Salai Bangi Station. Orang pun ramai aku tengok. Mesti restoran ni sempoi. Tanpa buang masa, terus aku terjah.
nak makan nasi lemak, ada banyak lauk

soto pun ada
Nasi lemak dan soto je aku sempat snap gambar. Ada lagi yang lain macam roti canai, kuih muih dan lain-lain. Sebab ramai sangat orang masa aku datang tu, so aku pun malu-malu la sikit nak snap gambar banyak-banyak..hahahahahhaha.
Soto

nasi lemak
Soto dengan nasi lemak je aku sempat bedal di sini. Ni aku datang pagi je waktu breakfast. Kalau korang datang tengahari untuk makan tengahari hari, aku rasa lagi sempoi ni. Makanan orang nogori sembilan nih. Kalau ada yang dah pernah datang sini, cer cerita sikit kat ruang komen tu untuk info buat yang lain-lain yang tengok dok survey nak makan mana.
Alamat lengkap restoran ni adalah, De'Salai Bangi Station Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
gps koordinat : 2°55'53.9"N 101°45'53.0"E atau  2.931625, 101.764707

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...