Senarai Restoran Nasi Kandar Popular/Famous di Pulau Pinang

Nasi Kandar dah memang sinonim dengan Negeri Pulau Pinang. Sebut saja Pulau Pinang, mesti dah terbayang keenakan dan kesedapan nasi kandar. Kira macam daya tarikan la untuk Pulau Pinang ni. Sepanjang aku berblog ni, dah 24 restoran nasi kandar aku dah terjah. Ada banyak lagi sebenarnya restoran nasi kandar yang belum berkesempatan untuk aku terjah dan aku mesti kena terjah. Untuk posting ni aku nak senaraikan lah restoran yang famous, yang popular, yang terkenal di Pulau Pinang ni daripada 24 restoran yang aku dah terjah tu. Jom kita tengok..........

    
 Nasi kandar hameediyah lebuh campbell
Nasi kandar Hameediyah ni dekat George Town. Ada satu lagi cawangan nasi kandar hameediyah di Jalan Baru, Perai. Boleh juga cuma makan di situ kalau malas nak masuk ke Pulau.
cawangan nasi kandar hameediyah di Jalan Baru, Perai
2.  Nasi kandar beratur masjid kapitan keling
 Nasi kandar beratur masjid kapitan keling
Nasi kandar beratur ni sangat famous dikalangan orang ramai terutamanya orang luar Pulau Pinang. Cuma nak makan nasi kandar beratur ni, kena datang jam 10 malam. 10 malam baru buka. Sebelum tu di kedai yang sama ada juga jual nasi kandar, tapi yang tu tokey lain. Yang ditunggu-tunggu yang jam 10 malam.


Original Penang Nasi Kandar Kayu
Nasi kandar kayu ni memang sedap, aku dah banyak kali dah repeat makan di sini. Kat sini ada pilihan sama ada nak duduk tempat ekon atau pun nak makan di luar saja. Nak beli nasi kandar pun kena beratur panjang gak ni.

4. Nasi Kandar Line Clear  
Nasi Kandar Line Clear
Nasi kandar line clear pun famous. Ramai artis-artis malaysia yang suka makan disini. Boleh tengok galeri gambar dalam restoran artis-artis yang pernah datang. Restoran ni memang rare sebab diorang takda ruang kedai pun. Restoran ni ambil ruang celah-celah lorong antara dua kedai.

5. Nasi kandar Tajuddin Hussain,George town 
Nasi kandar Tajuddin Hussain,George town 
Nasi Kandar Tajuddin Hussain ni terletak di Lebuh Queen, George Town. Restoran ni lain sikit dari nasi kandar yang lain. Kalau restoran nasi kandar yang lain. Kita beratur, pilih menu dan kuah campur. Tapi restoran ni, korang datang je, terus masuk duduk dimeja. Diorang akan datang ambil order. Pilih menu dimeja makan.

6.  Nasi kandar Mohamed raffee pulau tikus 
Nasi kandar Mohamed raffeepulau tikus 
Nasi Kandar Mohamed Raffee ni terletak di Pulau Tikus. Buka 24 jam. Tapi datang malam la sejuk sikit. Siang Panas lit lit. Parking pun agak mencabar di sini.

7.  Nasi kandar deen jelutong 
Nasi kandar deen jelutong 
Nasi Kandar Deen Jelutong juga famous. Nampak restoran macam biasa-biasa, tapi orang datang luar biasa. Kena beratur panjang jugak la untuk sepinggan nasi.

8. Cargas Cafe 
Gulai ikan pari Cargas Cafe 
Cargas Cafe ni korang boleh cari di Bayan Lepas. Apa yang special disini, korang kena try gulai ikan pari. Agak lain macam sikit seakan-akan asam pedas pari, tapi bukan asam pedas, tetap gulai ikan pari. Lagi satu yang best di sini, ayam goreng diorang. Berebut beb. Goreng, letak, berebut dan habisssss..... kena tunggu lain.

9. Nasi kandar pokok ketapang,George town 
Nasi kandar pokok ketapang,George town 
Nasi kandar pokok ketapang ni teletak di Goerge Town. Ada satu lagi yang famous yang nama pun lebih kurang sama Nasi Kandar Pokok Ketapang di Butterworth.

10.  Nasi kandar To' Kandu Permatang Pauh  
Nasi kandar To' Kandu Permatang Pauh  
Nasi Kandar To' Kandu ni terletak di Permatang Pauh. Berdekatan dengan Sekolah Rendah To' Kandu dan Stesen minyak shell. Ayam bawang di sini terbaik.

11. Nasi arab beratur kepala batas  
Nasi arab beratur kepala batas 
Nasi Arab beratur ni terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Buka dari petang hingga malam. Berniaga bawah khemah jer walaupun ada restoran di depan khemah ni. Pengunjung boleh pilih nak makan dalam restoran atau makan tepi jalan jer. Walaupun nama nasi arab, tapi sebenarnya nasi kandar!

12.  Nasi kandar subaidah seberang jaya 
mee goreng - Nasi kandar subaidah seberang jaya 
restoran nasi kandar Subaidah ni banyak cawangan. Yang ni di Seberang Jaya. Mee goreng sedap. Aku suka makan mee goreng di sini.

13. Nasi kandar jamal Mohamed butterworth 
Nasi kandar jamal Mohamed butterworth 
Nasi Kandar Jamal Mohamed terletak di Butterworth Pulau Pinang. Ada peminat tersendiri nasi kandar jamal mohamed ni. Restoran ni dekat je dgn lokasi nasi kandar bawah pokok ketapang yang famous tu. Aku difahamkan Nasi kandar Jamal ni adalah orang yang sama dengan nasi kandar bawah pokok ketapang. Nasi kandar bawah pokok ketapang tu, malam jam 10 baru buka. Wallahualam....

14. Nasi kandar al nur seberang jaya 
Nasi kandar al nur seberang jaya
Nasi Kandar Al Nur yang terletak di Seberang Jaya juga menjadi tumpuan orang ramai terutamanya waktu makan tengahari.

15. Restoran Nasi Kandar Pelita.
Restoran Nasi Kandar Pelita ni banyak cawangan di Pulau Pinang ni. Jadi aku list je kat sini restoran nasi kandar pelita yang aku pernah terjah di Pulau Pinang ni.

                                i.  Nasi kandar pelita juru
                               ii.  Pelita nasi kandar chai len gpark
                              iii.  Nasi kandar pelita sungai dua gelugor
                              iv.  Nasi kandar pelita padangLalang, Bukit Mertajam
                               v.  Nasi Kandar Pelita, Tesco Jelutong

16. Antara restoran nasi kandar lain yang aku dah terjah:

                               i.  Nasi kandar mydin bertam
                              ii.  Mamak kapitan pasaraya besarmydin, BM
                             iii.  Nasi kandar shahul hamid kepalabatas
                             iv.  Nasi kandar Hussain, aeon bigseberang jaya
                             v.   Kapitan, Bayan Bays, bayanlepas

Ok itu saja aku nak kongsikan. Harap dapat membantu korang buat pilihan nak makan nasi kandar dekat restoran yang mana satu. 
Kalau aku ada terjah tempat nasi kandar yang baru, aku update sini.

7 comments:

  1. Hang tak p perkena lagi nasi kandar kat Ramzan Restauran (Ah Quee Street). Macam2 ada. Briayani sedap. P lah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik...akan diusahakan nanti....mesti sedap nihhhh

      Delete
  2. Kat kafe tempat belajar dulu pun sedap. Hehe

    ReplyDelete
  3. cafe tu kat mana? boleh saya pi terjah... mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  4. kena pusing penang ni nak try......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...