Best naik Kereta Kabel Langkawi - Langkawi SkyCab

Kaunter masuk dan tiket SkyCab

menuju puncak gunung Mat Chincang
Percutian aku kali ni ke Langkawi aku pilih bukan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum. Tujuannya nak juga nak kereta kabel @ skycab di Langkawi ni. Kalau musim cuti sekolah memang kebarangkalian untuk naik agak tipis disebabkan ramainya orang berpusu-pusu dan bersesak sesak nak naik kereta kabel ni. Korang boleh tengok posting aku yang lepas masa aku pergi waktu cuti sekolah.
Tapi kali ni harga tiket dah berubah. Kali ni penguruasan skycab buat kaedah lain untuk beli tiket. Dulu-dulu boleh beli tiket kereta kabel saja kalau datang nak semata-mata naik kereta kebal. Tapi sekarang tiket secara pakej. Boleh rujuk gambar di bawah berkenaan pakej-pakej yang di offer.
SkyCab tiket secara pakej/combo
Ada empat jenis kategori tiket iaitu, skycab admission, combo A, combo B dan combo C. Aku pilih yang skycab admission la sebab murah sikit dari yang lain. Untuk pakej ni, selain dapat naik cable car, korang boleh juga masuk ke skydome, skyrex dan 3D art langkawi. Pendek kata, korang memang wajib juga la melawat tempat-tempat lain selain nak naik cable car.
tempat beratur untuk nak cable car 
Disebabkan aku datang bukan pada waktu cuti sekolah, korang tengok la tempat beratur seperti gambar di atas. Takde orang sgt! bertapa bahagianya beli tiket, lepas tu terus boleh naik cable car. Tak perlu beratur panjang berjam-jam!
stesen pertama cable car
Sebelum sampai ke puncak gunung Mat Chinchang, korang boleh turun di stesen yang pertama. Ada menara peninjau untuk korang nak selfie ke, ambil gambar pemandangan ke...ikut suka korang lah.. Dah selesai, korang sambung balik nak cable ke untuk ke puncak gunung. Dari Stesen pertama ke puncak agak gayat sikit la...
ada kafe diatas ni, boleh makan-makan dan minum-minum santai

ada burger di kafe ni
Dah sampai puncak, rasa lapar pulak. Nasib ada kafe. Bekalan makan tak boleh bawa naik. Jadi terpaksa la beli di kafe tu. Aku try burger. Sedap gak la makan sambil tengok permandangan cantik dari atas. Dah makan, korang boleh explore la di atas ni, Ada dua menara yang boleh korang naik. Angin agak kuat juga la di atas ni.
salah satu menara di Puncak Gunung Mat Chincang

boleh juga jalan-jalan di Skybridge
Alang-alang dan sampai di puncak gunung, try la seklai untuk naik skybridge. Korang boleh pilih nak turun dengan SkyGlide atau nature walk. Kalau dengan SkyGlide, kena beli tiket sikit la.. Tapi kalau nak selesa baik nak SkyGlide. Nature walk penat sikit la. Video kat bawah ni korang boleh tengok track SkyGilde.

Video kat bawah ni pulak gambaran naik kereta kabel (cable car)

No comments:

Post a Comment