Mee Kicap dan Mee Kari Daud Mat Jasak, Ipoh

Kedai makan MEE DAUD MAT JASAK ni terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak. Mee Daud Mat Jasak ni adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan oleh food hunter. Jika ke Ipoh, pasti food hunter akan bergegas, berpusu-pusu ke sini. Walaupun tempat agak terhad parking, atas sebab ingin mencuba untuk makan mee di sini, pasti akan diusahakan juga untuk dapatkan parking.
Mee Daud Mat Jasak - pandangan dari jalan utama

Mee Daud Mat Jasak - pandangan dari tepi (lorong laluan celah bangunan)
Gambar kat atas tu menunjukan gambaran kedai makan Mee Daud Mat Jasak. Macam tu la rupanya kedai tu. Jangan terkejut, Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3) pun pernah terjah ke Mee Daud Mat Jasak ni. Sebagai bukti, aku sempat snap plat JJCM TV3 tu..tapi agak jauh la sikit.
Jalan-jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3)
Menu diorang simple je. Ada Koay teow, bihun dan mee yang dimasak dalam tiga hidangan iaitu, kari, sup dan kicap. Terjahan aku kali ni, aku cuba mee kari dan mee kicap. Mee kicap boleh pilih nak disertakan dengan sup atau kari. Aku pilih sup. Mee Kicap ni adalah makanan masyarakat cini. Di sini halal la sebab di sediakan oleh orang melayu Islam.
mee kari Daud Mat Jasak

mee kicap Daud Mat Jasak

sup untuk mee kicap
Jadi, jika anda sukakan mee kari dan mee kicap, jangan buang masa, terus saja ke MEE DAUD MAT JASAK sekiranya korang berada di Ipoh, Perak. Keenakan rasanya yang perlu korang cuba sendiri. Sebagai panduan untuk korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk ke MEE DAUD MAT JASAK ni.
GPS Koordinat: 4°35'38.9"N 101°04'56.4"E atau 4.594145, 101.082331

No comments:

Post a Comment